Monday, July 26, 2010

Saodah Yassin Generations - Family Day 2010



Banner Yang Direka Oleh Muhammad Faizal



Banner Sambutan Dari A Famosa Waterworld

Alhamdulillah, segala perancangan yang dibuat 2 bulan dahulu akhirnya terlaksana sudah. Pada tanggal 24.7.2010 (Sabtu) bertempat di A Famosa Waterworld, Alor Gajah, Melaka seramai hampir 65 orang berkumpul untuk memeriahkan hari keluarga Generasi Saodah Yassin yang julung kali diadakan.

Sebulan sebelum acara berlangsung, peserta telah dibahagikan kepada 6 warna rumah atayu kumpulan yang akan diwakili oleh mereka dalam 8 acara sukaneka iaitu Merah, Biru, Ungu, Hijau, Kuning dan Putih. Setiap kumpulan terbahagi kepada 8 orang. Maka bermulalah perang psikologi di FB. Semuanya tak mahu kalah...nak menang. Macam-macam cara dilakukan oleh ahli kumpulan termasuklah 'upload' video untuk menaikkan semangat pasukan masing-masing.

Untuk kanak-kanak pula terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Merah Jambu & Oren. Masing-masing diwakili oleh 4 kanak-kanak yang comel dan aktif. Mereka inilah generasi pelapis yang akan meneruskan usaha yang telah dimulakan. Kesempatan inilah untuk mereka mengenali antara satu sama lain. InsyaAllah semoga nilai baik yang disemai ini akan terus hidup subur dalam jiwa mereka.

Yang menariknya, semua ahli sepakat mengikut warna tema kumpulan masing-masing dalam berpakaian dan diberi tanda pengikat kepala mengikut warna rumah. Bendera mengikut warna juga disediakan dan ada yang kreatif dengan menjahit manik serta menulis kata-kata semangat di atas bendera. Semuanya atas nama semangat untuk bersaing secara sihat. Setiap kumpulan juga diharuskan untuk mencipta tag line atau kata-kata semangat. Ada yang kreatif dalam membuat tag line kumpulan. Kelihatannya kumpulan Putih mempunyai tag line yang menarik.



Rumah Hijau - Tempat Pertama



Rumah Kuning - Tempat Kedua



Rumah Biru - Tempat Ketiga



Rumah Merah - Tempat Keempat



Rumah Ungu - Tempat Kelima



Rumah Putih - Tempat Keenam


Dalam banyak-banyak acara, yang paling menarik dan meriah ialah sessi memanaskan badan iaitu Tarian Poco Poco. Terima kasih kepada Azrin yang menjadi instructor dan mengeletek hati semua peserta dengan aksi-aksi bersahaja. Nanti boleh ajar step-step yang lebih menarik lagi...hehehehe.

Apapun TAHNIAH untuk kumpulan Hijau, Kuning dan Biru yang berjaya mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga. Manakala Merah, Ungu dan Putih masing-masing mendapat tempat ke empat, lima dan enam.

Yang pasti, bukan kemenangan yang dikejar oleh semua peserta. Semangat kesukanan yang menebal lebih penting dan ternyata semuanya enjoy dengan setiap acara yang dijalankan.

Selepas acara sukaneka, semua peserta makan tengahari secara bufet di Sidewalk Cafe. Makanan yang disediakan juga enak dan banyak pilihan. Time makan ni, ada juga budak-budak yang takder selera sebab dan tak sabar nak mandi dan bermain dengan air.

Acara berakhir pada pukul 5.30 petang selepas semuanya kembang dan kecut berendam dalam air.



Sessi Bergambar Beramai-Ramai


Kesempatan ini nak ucapkan Terima Kasih kepada semua yang telah luangkan masa untuk hadir, kepada AJK yang terlibat, kepada mereka yang telah menyumbangkan tenaga, idea dan wang ringgit dan tidak lupa kepada pihak A'Famosa Waterworld yang telah bekerjasama dalam memeriahkan Hari Keluarga tahun ini dengan tema Lencun D Waterworld.

Tahun depan kita berkumpul lagi....