Monday, February 21, 2011

Perjumpaan 2011 - Permulaan Yang Menarik

Kadang-kadang perkara yang tidak dirancang sering menghasilkan sesuatu diluar jangkaan. Walaupun terdapat 'kecacatan' di sana-sini, ianya masih lagi boleh 'tutup sebelah mata'.

itulah yang dapat disimpulkan pada acara keluarga yang diadakan sempena cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini. Tiada rancangan apa-apa, tetapi bila dah duduk berkumpul di meja bulat, tup-tup apa yang dirancangkan terus mendapat persetujuan.

Bayangkan, pada malamnya duduk berkumpul, tiba-tiba esoknya semua dah bersetuju untuk berkelah beramai-ramai di pantai Pengkalan Balak. Bila semua dah sepakat, kerja yang rumit akan menjadi senang.

Esoknya (04.02.2011), awal pagi semua dah bersedia. Budak-budak kecik usah cakaplah. Merekalah yang paling seronok. Tepat pada masa yang dijanjikan, berkonvoilah 7 buah kereta.

Kebanyakan tempat semuanya dah penuh dengan pengunjung yang menyewa chalet. Awal pagi lagi dia orang dah mencari 'port-port' yang sesuai dan strategik. Akhirnya kami mendapat tempat yang agak sesuai walaupun berdekatan dengan tempat pembuangan sampah. Kira oklah tu, senang nak buang sampah.






Antara aktiviti yang dijalankan ialah bola tampar pantai, bola pantai dan menaiki 'banana boat'.

Time makan menang happening. Yang budak-budak memang tak ingat nak makan. Leka dengan aktiviti dia orang. Hasil dari konsep pot luck, maka mewahlah kami semua dengan makanan. Dari karipap hinggalah ke sambal ayam. Dari nasi lemak hinggalah ke bihun goreng. Semuanya ada.

Oleh kerana hari Jumaat, seawal pukul 12.00 semua dah berkemas balik. Lepas Jumaat ada satu lagi tugas yang perlu diselesaikan kerana malamnya akan diadakan BBQ. Kena cari barang lah pulak.

Petangnya, 4 orang hero 'remaja' telah ditugaskan untuk membeli segala keperluan. Nak senang beli yang sudah siap diperap je. Tinggal bakar je. Kambing, Ayam, Daging Burger, Isi Ketam dan Sosej Malangnya, bahagian kepak sudah sold out. Tinggal bekas aja. Apa nak buat, takda masa nak cari tempat lain. Layan jer dengan apa yang ada.



Lepas Maghrib semua dah tahu tugas masing-masing. Tengok ajalah belon-belon pelbagai warna yang digantung indah dan cantik. Mood BBQ dah mula terasa. Riuh rendah mula menerjah gegendang telinga. Ada saja yang diusik dan kena usik. Meriah dan mesra. Masing-masing dah mula berkumpul di halaman rumah.



Seperti biasa, bila bab membakar, otai-otailah akan menunjukkan kepakaran membuat bara. Sambil-sambil tu aktiviti permainan pun berjalan. Acara kanak-kanak ialah meniup belon sehingga pecah. Dalam belon tu pula ada tepung, gula-gula dan macam-macam khazanah lagi yang diletak. Acara untuk remaja pula ialah mencari gula dalam timbunan tepung. Time nie memang seksalah bagi yang terpaksa menyertainya. Sebab tukang kacau yang sengaja lumurkan muka dan rambut mereka dengan tepung memang ramai. Semuanya nak dajalkan. Nasiblah.

Acara untuk bapak-bapak pula ialah Win, Loose or Draw. Dengan berpandukan simpulan bahasa, mereka perlu melukis dan diteka oleh ahli kumpulan masing-masing. Maka bakat melukis yang terpendampun dikeluarkanlah pada malam itu.

Acara akhir, acara yang paling ditunggu-tunggu ialah Poco-Poco. Masa inilah semuanya berbaris dan menari mengikut muzik. Gerakan kaki yang seiringan dan dibuat berulang-ulang. Berpeluh jugalah dibuatnya.



Yang pasti, acara-acara seperti ini akan terus disuburkan dari semasa ke semasa.

Kesempatan ini nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua.

Jumpa lagi pada acara yang akan datang. Tungguuu....