Monday, May 2, 2011

Tahniah...Tahniah...Tahniah

Pada 30.04.2011 yang lepas, aku dan ahli keluarga telah menghadiri majlis bacaan Yasin beserta solat Maghrib di kedai baru sepupu (Abdul Rahman) yang akan beroperasi tidak lama lagi.

Kedai atau butik pengantin tersebut semestinya akan menjadi pilihan kerana perkhidmatannya yang berkualiti beserta dengan puluhan pakaian pengantin yang bercitarasa moden dan klasik termasuklah singgahsana pelamin dan jurumekap yang mempunyai pengalaman dan kepakaran. Kirakan butik ini akan menjadi one stop centre. Semuanya ada di bawah satu bumbung.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar walaupun di padang bersebelahan kedai ada juga majlis dan konsert artis terkenal yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran.

Jamuan makan yang disediakan dibahagian bawah kedai berjaya membuka selera. Antara menu yang disediakan ialah daging salai masak lemak cili padi, sambal jawa, ayam goreng sambal, ulam-ulaman, ikan kering, satay, char keuy teow goreng panas-panas, buah tembikai, agar-agar, pai telur, tapai dan air oren yang pastinya sukar dilepaskan.

TAHNIAH untuk Abdul Rahman Bin Jaafar kerana hasil usaha dan kerja kerasnya selama ini telah membuahkan hasil. Terima kasih juga kerana berkongsi kejayaan selama ini. Kami seluruh keluarga mendoakan agar perniagaan butik pengantin ini akan terus maju dan berdaya saing pada masa-masa yang akan datang.

Semoga kejayaanmu akan menjadi pendorong dan pencetus semangat pada seluruh ahli keluarga.

Antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan...