Monday, May 30, 2016

Cuti-Cuti Malaysia

Sempena cuti sekolah yang dah bermula pada 27/5 tu hari, Haziq dan keluarga telah merancang untuk bercuti sebelum bulan puasa bermula. Malangnya, ibu Haziq pula kena hadiri kursus dua hari berturut-turut. Maka rancangan untuk bercuti yang telah dirancang dari awal terencat sedikit.

Oleh kerana plan untuk bercuti dah berubah, maka bermulalah sessi booking hotel di saat-saat akhir. Malangnya kebanyakan hotel di Melaka dan Port Dickson telah penuh. Akhirnya destinasinya ialah balik kampung.

Walaupun begitu, aktiviti Haziq dan Aisyah penuh juga di kampung. Selain dapat bermesra dengan neneknya, dapat juga pergi mandi kolam seharian di Gold Coast, Melaka. Selain itu, aktiviti menarik yang lain sepanjang dua hari di Melaka ialah :-

1. Kejar/Halau monyet yang datang curi telur ayam nenek.
2. Bermain bersama dua pupunya - Haikal
3. Makan di Nasi Ayam Gemas.
4. Makan Malam di Pengkalan Balak dengan menu yang sedap seperti Sotong Goreng Tepung                 (Favourite Haziq), Ketam Gorang Cili, Ikan Kembung Bakar, Ayam Goreng Kunyit, Sepahat        
    Goreng Pedas & Kerang Rebus)
5. On the way balik ke Johor...singgah Legoland.

Jom tengok gambar mereka ketika mandi kolam di Gold Coast, Melaka.








Wednesday, May 18, 2016

Selamat Hari Guru....

Bersempena dengan sambutan hari guru pada 16.05.16 (Isnin) yang lepas, Sekolah Haziq telah mengadakan sambutan peringkat sekolah dengan beberapa acara yang menarik.

Yang membuatkan sambutan Hari Guru tersebut menjadi lebih menarik dan bermakna buat Haziq ialah apabila Haziq telah dipilih untuk membuat persembahan pembacaan Sajak khas sebagai tanda penghargaan kepada pengorbanan guru.

Oleh kerana pemilihan Haziq dibuat pada saat akhir dan sajaknya pula agak panjang, tak sempatlah nak menghafalnya. Jadi.....dengan berbekalkan selembar kertas, Haziq telah berjaya melaksanakan misi dan tanggungjawab yang telah diberikan dengan jayanya.

Dengan getaran dan lontaran suara yang jelas, pastinya sedikit sebanyak ia akan menusuk terus ke sanubari murid murid dan guru yang mendengarnya. TAHNIAH Haziq....

Ibunya pula....selaku ustazah yang diraikan sempena Sambutan Hari Guru tersebut, telah mendapat banyak hadiah dari anak-anak muridnya dan yang paling menarik ialah duit berjumlah RM 300.00 yang tidak dapat dikesan siapa pemberinya. tengoklah koleksi hadiah yang diterimanya dalam gambar di bawah...Meriahkan!

Pastinya ucapan terima kasih dan doa dipanjangkan kehadrat Allah s.w.t. untuk kesemua anak muridnya supaya sentiasa cemerlang dalam kehidupan dunia dan akhirat. Sesungguhnya hadiah yang paling bermakna untuk seorang guru adalah kejayaan anak-anak muridnya seiring dengan sahsiah diri yang baik.

SELAMAT HARI GURU....GURU PEMBINA NEGARA BANGSA



Thursday, May 12, 2016

Coretan Hari Ibu...Untuk Ibu...Dari Aisyah...

Kalau dulu...Haziqpun pernah menulis sesuatu/ucap selamat sempena Hari Ibu, kini Aisyah juga telah menulis ucap selamat hari ibu kepada ibunya. Sebenarnya, tiap tiap hari adalah hari untuk ibu dan ayahnya...ialah, siapa lagi yang ada dalam rumah tu kan?! Cuma bersempena sambutan hari ibu, mungkin Aisyah meluahkan rasa kasih dan sayang pada ibunya dengan cara yang berbeza dari biasa.

Satu usaha yang kecil jika di lihat dari pandangan orang lain, tapi ia adalah sesuatu yang amat bermakna dan bernilai buat ibunya. Seorang ibu tak perlu dan tak berkehendakkan sesuatu yang mahal, tetapi ingatan yang tulus lahir dari kasih sayang seorang anak sudah cukup untuk membahagiakan seorang ibu.

Apa yang Aisyah tulis...?! Haaa...sesuatu yang nampak simple.....tapi sebenarnya sangat interesting. Sesungguhnya keluarga adalah anugerah yang teramat indah untuk kita semua....

Tunjukkanlah kasih sayang kepada Ayah & Ibu yang sentiasa berada dekat di dalam hati kita semua. Semoga Aisyah & Haziq membesar dengan kasih sayang yang sentiasa subur dalam hati mereka.

Selamat Hari Ibu Untuk Semua Ibu-Ibu...


 



Wednesday, May 4, 2016

Kejohanan Terbuka Taekwando Johor Baharu - 2016

Hujung minggu lepas sempena cuti hari hari pekerja, Haziq masuk lagi pertandingan Taekwando. Tahun ni kira all out. Adat bertanding....ada menang dan ada kalah. Yang penting pendedahan dan pengalaman yang dapat dikutip sepanjang menyertai pertandingan. Untuk menjadi seorang juara bukan mudah kerana...

Juara itu bukan hanya dilahirkan, tetapi ia harus dicipta. Yang penting kena terus berusaha kerana setiap manusia itu ada potensi diri dan perlu dikeluarkan.

Haziq....jangan pernah putus asa...teruskan usaha dan selebihnya yakinlah dengan Allah.

Kegiatan sekolah pula berjalan seperti biasa. Sempena minggu Bahasa Arab hujung bulan April yang lalu, kelas Haziq ada membuat persembahan. Haziq mewakili kelas untuk menerima hadiah.


Jom tengok gambar....