Thursday, October 20, 2016

Ujian Kecergasan Majlis Sukan Negeri Johor

Selepas sahaja kemenangan dalam pertandingan tempohari, selang 3 hari kemudian dapat pula panggilan dari Majlis Sukan Negeri Johor untuk ujian kecergasan atlet pelapis negeri Johor.

Maksudnya Haziq perlu betul betul bersedia dan mesti berada dalam keadaan tip top. Semoga segala-galanya dipermudahkan. Apapun, doa yang terbaik sentiasa mengiringi Haziq agar semuanya berjalan lancar dan permulaan yang baik buat Haziq.



*** Haziq tidak dapat melaporkan diri untuk mengikuti ujian kecergasan di atas atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan ***


Tetiba rasa nak throwback semula gambar lama sewaktu latihan masa dia kecik kecik dulu...







Dan pastinya...keletahnya masa kecil2 kecil dulu sentiasa dalam ingatan....


So suwit kan?!

Semoga membesar dengan sihat dan berjaya dunia & akhirat. Amin....

Sunday, October 16, 2016

Kejohanan Taekwando Bakat & Remaja Johor 2016

Pada 14.10.2016 yang lepas, Haziq dan keluarga telah berkampung seharian di Tennis Academy Taman Perling Johor Bahru.

Dah lama rasanya Haziq tidak menyertai kejohanan besar. Sebetulnya Ibu bapa Haziq tidak menggalakkan haziq untuk memasuki pertandingan pada kali ini kerana keadaan kesihatannya yang masih belum stabil. Tapi, disebabkan haziq beria ia nak menyertainya juga, mereka mengalah.

TAHNIAH, kerana akhirnya berdiri di atas podium No. 1 selepas berhempas pulas dalam 5 perlawanan yang panjang. Semoga banyak lagi kejayaan akan mengiringi dan terus bersemangat untuk menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik. Yang pasti, kelab dan jurulatih yang mengajar Haziq selama ini turut berbangga atas kejayaannya.

Kebetulan pula pada 15.10.16 adalah hari lahir ayahnya...pastinya pingat kemenangan tersebut merupakan hadiah yang sangat bermakna buat seorang bapa.


Bak kata Ibu Haziq....biarlah gambar berbicara...










UPKK 2016

Pada 10.10.2016 yang lepas, Haziq telah menduduki Ujian Penilian Kelas KAFA (UPKK). Dua hari sebelum peperiksaan bermula, penyakit asma telah menyerang Haziq. Agak teruk juga asmanya menyerang kali ini. Hingga perlu dipakaikan topeng oksigen.

Bila dah sakit, fizikal akan menjadi lemah. Mentalpun akan turut terkesan. Memang sukar nak fokus untuk buat persiapan dan ulangkaji. Apapun semuanya dah selamat. Semua calon di seluruh negara telahpun selesai mendudukinya. Haziq dan rakan-rakannyapun telah membuat solat sunat sujud syukur usai kertas akhir peperiksaan yang mengambil masa selama 3 hari itu.

Semoga semua calon mendapat kejayaan yang cemerlang.




Thursday, October 6, 2016

06102016 - Nombor apa nie?

As Salam...

Semalam 06.10.16 adalah merupakan tarikh hari lahir ibu Haziq. Tapi tahun ini mungkin merupakan tahun yang akan diingati sampai bila-bila kerana limpahan rezeki yang telah dikurniakan olehNya. Rezeki dapat banyak kek. 9 biji kek kesemuanya disamping hadiah-hadiah dari anak-anak didiknya.

Haziq dan Aisyah dapatlah sama meraikan hari lahir ibunya bersama dengan anak-anak murid yang lain.

Selamat Hari Lahir Ibu Haziq.....

Jom tengok gambar kek dan sambutan yang diberikan.

















Wednesday, October 5, 2016

Happy 11th Birthday Haziq

As Salam...

Sudah lama tak post cerita atau aktiviti Haziq dan adiknya Aisyah. Kadang-kadang tu terlupa dan adakalanya pula takda idea atau info baru yang nak dikongsikan.

Okay..sempena dengan cuti panjang Raya Korban pada 12.09.16 (Isnin) tempohari, Haziq dan family telah meluangkan masa untuk balik kampung di Melaka pada 09.09.16 (Jumaat). Oleh kerana hari lahir Haziq jatuh pada tarikh tersebut, sedikit sambutan telah diadakan. Tiada potong kek....cuma makan malam di sebuah restoren. Menu pilihan Haziq ialah Sizzling Chicken Chop with Melted Cheese. Wahh....dengar namapun dah sedapkan...Memang sedap pun.

Kebetulan pula keluarga Pak Ngahnya dari Perak muncul pada malam tersebut untuk menyambut Raya Korban di Melaka...semakin meriahlah sambutan hari lahirnya.

Sebelum itu, Haziq telahpun menyambut birthdaynya lebih awal dengan rakan sekelas dengan menjamu mereka semua roti canai. Alhamdulillah....berkongsi rezeki dengan kawan-kawan sekelas pada hari yang bermakna. Semoga rezeki Haziq dan keluarganya diluaskan oleh Allah s.w.t.

Errmmm...macam tak percaya jer dah 11 tahun. Sekejap sangat. Tak puas lihat keletah dia masa kecil dulu. Masih terbayang-bayang diruang mata saat memujuk dia yang sedang menangis. Bawa tengok ayam kat belakang rumah...reda sikit tangisannya. Chicken...chicken...sebutnya pelat ketika itu.

Kalau diimbau semula kenangan masa kecilnya, dia akan malu-malu kucing. Hehehe.....

Selamat Hari Lahir yang ke 11 Haziq.

Tiada ungkapan yang dapat diucapkan. Tiada hadiah yang dapat diberikan untuk meraikan harimu yang penuh bersejarah. Hanya doa dapat dititipkan.....

Semoga Allah selalu ada dan selalu menjaga dan melindungi dirimu. Dengan bertambahnya usia kamu, jadikanlah dirimu manusia yang berguna dan tingkatkanlah amal bakti kepada kedua ibu bapamu kelak..

Semoga impainmu akan menjadi kenyataan, cita citamu akan tercapai. Semoga kegembiraan sentiasa mengiringi dalam setiap langkah perjalanan kehidupanmu. Amin.... 

Gambar sambutan dengan rakan sekelasnya...