Sunday, October 11, 2020

Ujian Kemasukan MRSM Tingkatan 4

Hari ini (12/10/02020), Haziq akan mengambil Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) Tingkatan 4 Tahun 2021. Oleh kerana tempat ujian tersebut telah dipilih di Johor, maka Haziq telah diberi pelepasan oleh sekolahnya untuk balik Johor pada hari Sabtu (10/10/20)

Oleh kerana Covid-19 kembali hangat dengan peningkatan kes kebelakangan ini, pihak sekolah telah menasihatkan Haziq untuk melakukan self-quarantine di rumah. Maksudnya Haziq akan berada di rumahnya di Johor selama seminggu sebelum dihantar semula ke asrama sekolahnya.

Semoga Haziq dapat menjawab dengan tenang dan pada masa yang sama terhindar dari jangkitan Covid-19.




Sambil-sambil tu, jom layan projek video pendek yang dibuat oleh Haziq untuk satu pertandingan di sekolahnya. Walaupun tidak terpilih ke peringkat yang seterusnya, pendedahan yang diterima dalam projek tersebut amat besar maknanya.

Jom layan...




Monday, October 5, 2020

Kejutan dari Haziq

 Hari ini (06.10.2020) adalah merupakan hari lahir ibu Haziq. Apa kejutannya?!

Untuk meraikan bersama, memang tak dapatlah kerana jarak yang jauh. Haziq di Melaka, Ibunya di Johor.

Untuk membuat surprise delivery...mungkin juga. Tapi bab ini Haziq belum khatam lagi kot. Dia tak tahu lagi celah mana nak buat dan cara mana nak buat sebab belum ada pengalaman lagi. 

Ucapan? Inilah sahaja cara yang dapat dibuat oleh Haziq. Telefon atau whatsapp dan ucap selamat hari lahir. Tapi, mengenali Haziq, dia bukanlah jenis yang akan ucap panjang berjela dan berpuitis bagai. Dia akan ucap direct jer. Takda bunga-bunga.

Cuma, untuk hari lahir ibunya kali ini, ucapannya agak istimewa sikit. Bukan dia saja yang buat ucapan. Dibawanya segerombolan kawan-kawan kelasnya untuk nyanyikan lagu wajib 'Happy Birthday' untuk ibunya. 

Haziq....kadang-kadang sukar di duga. Dia tak boleh dipaksa. Kalau dipaksa untuk buat sesuatu, hasilnya tak memberangsangkan. Tapi jika diberi ruang dan peluang, hasilnya di luar kotak.

Selamat Hari Lahir Ayue. 

Semoga sentiasa dalam limpahan Rahmat dan Kasih SayangNya. 

Dikurniakan umur yang panjang, 

rezeki yang halal lagi berkat 

serta kesihatan yang baik. 


Jom kita tengok ucapan si haziq untuk Ibunya....




Wednesday, September 16, 2020

Dapat Hadiah Apa Tu....?

Sempena dengan Hari Malaysia pada 16.09.2020 (Rabu), sekolah Haziq telah memutuskan unttuk memberi cuti penggal kedua dari 16/9 - 20/2. Cuti pendek je. Macam cuti hujung minggu. Tak lama. So, parents Haziq kenalah jemput sambiul mengambil peluang tidur semalam di Kampung.

Oleh kerana masa birthday Haziq pada 09/09/20, parents tak dapat nak sambut, maka pada 15/09/20 malam, parents Haziq telah belanja semua yang ada dikampung pada waktu itu di Ikan Bakar Pengkalan Balak. Malangnya, tempat favourite tutup pula, terpaksalah ke restoren yang satu lagi. Memang ramai pengunjung pada malam tersebut.

Antara menu yang dipilih, Kerang Rebus, Kupang Sambal, Udang Butter, Siakap Bakar, Sotong Goreng Tepung dan Ketam Goreng Kunyit. Menu untuk 9 orang makan. Alhamdulillah.

Kebetulan pula sepupunya si Irfan ada pada waktu itu. Dapatlag Haziq geng berbual sekejap sebelum Irfan dan keluarganya pulang ke Ipoh pada malam itu juga kerana esoknya Irfan perlu pulang ke kampus di Universiti Teknologi Petronas. Tahniah Irfan. Semoga terus cemerlang d UTP.

Walaupun Irfan dan beberapa orang kawannya di Kolej Mara Banting tidak dapat mengikuti kawannya yang lain untuk sambung pelajaran ke luar negera seperti yang diidamkannya, dia tetap bersemangat.untuk meneruskan pengajiannya di UTP. Insya Allah, pasti ada hikmah. Tak dapat sekarang, mungkin kemudian. Perancangan Allah tu kan lerbih baik!

Dah meleret pula, ok berbalik pada topik asal. Apa hadiah yang parents Haziq bagi?! Jeng jeng jeng. 

Biarlah gambar yang berbicara,



Muka ada senyummmmm 😊😊😊😊


Ucapan dari Pihak Sekolah


Okay...selamat bercuti pendek Haziq. Jaga Kesihatan....

Tuesday, September 8, 2020

09-09-2005 - 09-09-2020

 09-09-2020 - Hari ini, genaplah usia Haziq 15 tahun. Rasa macam cepat masa berlalu. Masih terbayang lagi gelagatnya dengan botol susu. Keletahnya dan cara cara percakapannya yang melangkaui usianya pada ketika itu. Bila nak dekat hari lahirnya, neneknya pasti menjadi orang yang paling sibuk nak belikan dia baju. Yang pasti neneknya akan selalu belikannya baju jenama Polo. Biarlah mahal sikit, dia nak cucunya yang sorang ni nampak comel bergaya.

Itu dulu. Masa neneknya masih lagi mampu untuk melangkah kaki ke kompleks membeli belah. Kini neneknya sudah agak uzur. Bila diberitahu akan Hari Lahir Haziq, dia suruh juga beli hadiah. Paling kurang kek. Dan...yang paling pasti, terselit doa untuk anak cucunya setiap kali lepas solat. Itulah hadiah terbaik dari seorang nenek untuk anak cucunya.

Haziq, 

Selamat Hari Lahir yang ke 15. 

Semoga membesar menjadi hamba Allah yang baik, anak yang soleh, abang yang hebat, pelajar yang cemerlang dan insan yang berguna dan bermanfaat kepada semua.


Jom intai apa ucapan ibunya di FB...




Thursday, August 6, 2020

Kembali Ke Sekolah

 Akhirnya selepas hampir 5 bulan duduk diam diam kat rumah, pada 02/08/20 tempohari, Haziq perlu melaporkan diri ke sekolah. Sempatlah dia beraya Haji/Korban dengan keluarga, nenek dan sepupunya di Melaka sebelum melaporkan diri ke sekolah.

Oleh kerana tahun ini PT3 di batalkan, maka tiadalah tekanan untuk dia pada tahun ini. Walaubagaimanapun, dia perlu fokus untuk menyelesaikan hafazannya. So, inilah peluang terbaik untuk dia dan rakan seangkatannya.

5 bulan dok bertapa di Pasir Gudang, memang nampak ketara perubahan fizikalnya. Sekejap jer dah besar panjang. Arghhhhh, tapi tetap rindukan Haziq yang 10 tahun dahulu. Waktu dia masih kecil dan aktif berceloteh. Mungkin sebab dah letih berceloteh masa kecil dulu, sekarang ni dia agak pendiam. Tak banyak nak bercakap atau berbual. Dah remajalah katakan.

Tapi, bila kena dengan gengnya, seronok dia berbual dan ketawa. Kebetulan sepupunya Irfan ada balik kampung sekali masa raya haji, dapatlah dia kawan. Bukan senang nak jumpa. Haziq duk Johor, sekolah di Melaka. Irfan pula duk Ipoh, sekolah di Kolej Mara, Banting. Memang susah nak bertembung lah gamaknya. Last dia org berjumpa kalau tak silap Bulan Raya tahun 2019. Lama tuu....

Selamat Kembali Ke Sekolah Haziq. Semoga dipermudahkan segala urusan.


Jom tengok aksi Suwiiiiiiiitttttttnya........














Wednesday, June 17, 2020

Salam Aidilfitri 2020

Tidak terlewat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.

Tahun ini merupakan tahun yang paling bersejarah untuk umat Islam di Malaysia khususnya dan di dunia amnya dalam menyambut Ramadhan & Syawal.

Oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18/3, merentas negeri untuk balik beraya adalah tidak dibenarkan. Oleh sebab itu, ramailah yang beraya di rumah masing-masing dan menyambutnya secara sederhana. Haziq juga buat pertama kalinya beraya dirumahnya sendiri di Johor.

Walaupun begitu, atas komitmen semua ahli keluarga, satu projek raya 2020 dengan tema #JarakMendekatkanKita telahpun dibuat. Projek ini dibuat khas sebagai satu cabaran kepada semua dengan satu persoalan yang besar - Adakah projek ini akan berjaya?

Semua ahli keluarga sedia maklum yang bermula dari tahun 2002 - 2019, setiap kali malam raya, pastinya ada acara yang dibuat khas untuk ahli keluarga berkumpul sambil bermesra. Oleh kerana Malaysia masih lagi dalam tempoh PKP, acara untuk malam raya 2020 tidak dapat diadakan.

Jadi, untuk memastikan adakah program yang dianjurkan selama ini untuk memupuk semangat kekitaan dan mengeratkan tali silaturrahim dalam keluarga benar-benar berjaya! Atau ianya hanya sekadar rutin tahunan yang tidak memberi impak apa-apa dalam jiwa setiap ahli keluarga. Haaa, seram kan! He he he.

Alhamdulillah..., semuanya memberikan kerjasama dan komitmen yang meletup. Walaupun terpisah dengan jarak - Melaka - Johor - Pahang - Perak - Selangor - Kuala Lumpur, tetapi semangat kekeluargaan tetap dekat di hati.

Maka, dengan menggunakan medium whatsapp, setelah membuat perbincangan konsep yang hendak dibuat, maka bermulalah sessi menghantar klip masing masing. Tempoh masa yang diberi ialah dari 9/5/2020 sehinggalah sebelum atau pada 16/5/2020 .

Hasilnya....dari 57 orang anggota keluarga, 53 telah berjaya melaksanakan tugas dengan jayanya. Hanya 4 orang (dari 1 keluarga) sahaja yang tidak dapat memberikan komitmn atas sebab-sebab yang tertentu. Kira oklah tu. Lebih kurang 93%. Kirakan A++ punya komitmen.

Walaupun begitu, ada juga yang hantar klip salah konsep. mereka tetap kool untuk hantar semula klip mengikut konsep yang diminta. Akhirnya pada 22/5/2020 pada jam 6.46 pagi, setelah beberapa kesilapan teknikal berlaku, tayangan perdana #JarakMendekatkanKita telah dilancarkan di FB ibunya si Haziq.

Tahniah untuk semua. Jom kita nengok....







Tuesday, June 2, 2020

Chef Haziq

Walaupun dalam tempoh PKP, SM Imtiaz Ulul Albab tetap melaksanakan pembelajaran dalam talian. Pada 16/5 - 21/5 tempohari telah berlangsungnya Peperiksaan Pertengahan Tahun secara dalam talian bagi tingkatan 1,2 dan 3.

Setiap pelajar menggunakan aplikasi Google Classroom. Kata laluan diberikan 5 minit sebelum peperiksaan bermula. Yang jadi pengawas peperiksaan...ibu bapalah, siapa lagi.



Selain itu, ada ketikanya Haziq akan menjadi chef bila dia teringin nak makan sesuatu. Ala, masak yang simple-simple yang tak renyah penyediaannya.

Antara yang dia dah cuba buat dan menjadi kata ibunya ialah...Puding Roti dengan Sos Kastad.



Cantik kejadiannya dan lemak berkrim bak kata ibunya.

Sagu Gula Melaka pun dia ada cuba buat.





Nampak sangat menyelerakan.....

Cuma nak tanya ibunya, lepas dia buat semua ni, dapur porak peranda tak? Sebab kalau ikutkan gen nenek disebelah ibunya, memang neneknya akan bagi anak-anak dia bebas menggunakan dapur tapi kena pastikan semuanya kembali seperti sedia kala. Tak kecah atau bersepah.

At least adalah asas ilmu memasak sedikit sebanyak. Esok lusa bila duduk berjauhan dengan keluarga, taklah kekok nak masak sendiri. Tahulah beza halia dan kunyit, daun sup dengan daun ketumbar. Kira masak untuk lepas isi perut sendiri, dah kira okaylah tu.

Tak Gitu?!!!!