Hari ini, pagi-pagi lagi Haziq dan keluarga telah dihujani ucapan TAHNIAH dalam group whatsapp keluarga kerana telah berjaya terpilih ke Tingkatan 1 SM Imtiaz Ulul Albab Melaka Sessi 2018.
Maka berakhirlah episod 'Penantian Suatu Penyiksaan' untuk Haziq terutamanya Ibu Haziq yang memang sentiasa dalam debaran. Alhamdulillah....bolehlah fokus kepada benda lain pulak...iaitu persiapan kembali ke sekolah.
Alhamdulillah juga bila semua tempat yang Haziq mohon dan pergi temuduga, semuanya positif dan berjaya. Semuanya menarik..kalau tidak takkan dimohon...yer tak? Tapi dalam banyak-banyak pilihan tu tentulah ada faktor-faktor yang dipertimbangkan.
Tahniah sekali lagi Haziq...semoga dapat mengikut jejak langkah sepupu sepapatnya yang berjaya dan cemerlang dalam pelajaran.
Tahniah juga untuk 2 pupu Haziq yang cemerlang dalam peperiksaan PT3 nya bila menggondol 8A. TAHNIAH Amir Rusyaidi...semoga terus maju jaya.
Friday, December 15, 2017
Wednesday, December 6, 2017
Pasca UPSR
Keputusan UPSR 2017 telahpun diumumkan pada 23/11/2017 (Khamis) yang lalu. Bagaimana keputusan Haziq?
Semua murid pastinya mensasarkan semua A (6A), tapi dari segi pencapaian semasa Haziq boleh merangkul 4A dengan mudah. Tetapi oleh kerana kesalahan format dalam menjawab soalan Bahasa Melayu Kertas 2 (Haziq terkilan dan menitiskan air mata selepas keluar dewan bila mengetahui format surat yang dibuatnya salah)...Sasaran 4A macam payah. Alhamdulillah, Haziq berjaya mendapat 3A/1B/1C/1D. Lengkap abjadnya. Heheheh.
Yang paling risau ketika keputusan diumumkan tentunyalah Ibu Haziq. Tahun-tahun sebelumnya, slip keputusan dia akan bagi kepada anak murid. Tahun ini dia akan beri kepada anaknya sendiri. Bukan calang-calang emosi yang perlu dijaga. Tapi semuanya berakhir dengan baik.
Emosi Haziq? Macam biasa...stabil sokmo. Cuma dia ada bertanyakan pada ibunya....kalau-kalau ibunya terkilan. Apapun, UPSR dah lepas dan menjadi sejarah. So, Apa perancangan Haziq?
Ada beberapa sekolah Agama sekitar Johor yang ibunya ada mohon. Diluar Johor juga ibunya ada membuat permohonan. Antaranya ialah SM Imtiaz Ulul Albab Melaka. Kenapa sekolah ini menjadi pilihan?
1. Bekas pelajar ibunya ada belajar di sini dan mengambil masa selama 2 tahun untuk khatam.
2. Penekanan aspek Agama yang maksimum disamping akademik yang tidak dilupakan. Senang
cerita KBSM dan Program Quran digabungkan secara sepadu dan serentak.
3. Sekolah yang masih baru...fasilitinya juga tentulah baru dan persekitaran yang selesa. Sesuai untuk pembelajaran.
4. Sekolah ini dekat sangat dengan rumah nenek Haziq. Mudah untuk ibunya balik kampung. Sambil jenguk Haziq, sambil balik kampung. 2 in 1.
Jadi, selepas sahaja keputusan UPSR diumumkan, tanpa berlengah lagi permohonan pun dibuat.
Alhamdulillah....langkah pertama telah berjaya. Haziq telah dipanggil untuk mengikuti program simulasi selama seminggu beserta dengan temuduga kemasukan.
Jadi, dari 3/12 - 8/12, Haziq beserta dengan calon-calon lain akan berada di sana untuk disaring dengan pelbagai program diatur untuk pihak sekoalh melihat daya tahan dan potensi yang ada dalam diri calon tersebut.
Jom kita tengok gambar-gambar sessi pendaftaran...
Usai sessi pendaftaran dan taklimat, semua calon sudah terikat dengan jadual yang telah disediakan oleh pihak sekolah.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program simulasi...
Program simulasi dah nak sampai ke penghujung. Esok 8/12/17 sessi temuduga pelajar dan juga ibu bapa. Semoga Haziq dapat mengumbul markah yang baik sepanjang sessi simulasi yang berlangsung.
Diterima atau tidak, Allah mempunyai perancangan yang baik ke atas hambaNya. Sebagai manusia dan hamba kepada Pencipta, kita kena selalu bersangka baik. Allah sebaik-baik perancang,
Walaubagaimanapun, pengalaman yang dikutip sepanjang seminggu di program simulasi ini sangatlah mahal harganya. Semoga ianya dapat memberi suntikan semangat buat Haziq untuk terus berusaha menjadi anak yang dibanggakan oleh kedua ibu bapanya.
Selamat Maju Jaya Haziq.....
Perjuanganmu Belum Selesai....
Teruskan Usaha Memartabatkan Agamamu....

Tuesday, November 21, 2017
Santai-Santai Di The Shore Sky Tower Melaka
Pertengahan bulan Oktober tempohari, Haziq & keluarga telah mengambil peluang cuti hujung minggu untuk balik kampung di Melaka. Kirakan percutian singkat dan santai selepas UPSR. Santaipun taklah sangat sebab peperiksaan SDEA yang dijadualkan pada 12/11 hingga 15/11 sedang menanti.
Percutian singkat tetapi padat dengan aktiviti antaranya:
1. Sarapan Pagi beramai-ramai di warung yang agak popular di kampung neneknya.
2. Melihat keindahan Bandaraya Melaka dari bangunan tertinggi di Melaka (The Shore Sky Tower)
3. Menonton wayang filem Tombiruo
4. Makan tengahari di Johnny's Restaurant
5. Makan malam Home Made cekodok Pisang ( Aisyah punya peberet laaa)
Harga nak naik ke Sky Tower tu kalau tak silap RM 25.00/seorang (Dewasa), RM 18.00/seorang (Kanak-Kanak). Agak mahal sebab tak banyak aktiviti yang dapat dilakukan. Hanya dapat mengambil gambar pemandangan Bandaraya Melaka dan melihat kawasan sekeliling dengan teropong. Mungkin kalau pergi sebelah malam, suasana sekeliling agak menarik.
Tapi sebenarnya ada pakej untuk yang menarik untuk ke Sky Tower + The Shore Oceanarium yang menjimatkan. Tapi dah naik, barulah nampak kaunter tersebut. Sabar je lah!
Walaupun padat dengan aktiviti, yang penting keseronokan dapat bersama dengan keluarga itulah yang sangat bermakna. Kualiti masa yang digunakan dengan sebaiknya.
Percutian yang singkat, tapi cukup bermanfaat.
Jom tengok gambar...
Di bulatan merah tulah (lantai kaca) tempat mengambil gambar. Tak boleh guna kamera sendiri. Kena guna kamera khas yang telah dipasang. Harga gambar RM 45.00. Mahal, jadi tak beli.

Laluan lantai kaca ke aras paling tinggi (Tingkat 42)
Kawasan atas bumbung
Friday, October 20, 2017
Kejutan Dari Haziq Untuk....
Haziq ni kadang-kadang ada sisi misterinya. Bukan misteri nusantara...tapi sukar nak telah apa yang bermain difikirannya. Ada sisi matang dalam berfikir, tapi kadang2 nampak sisi keanak-anakannya. Tapi, dia baru 12 tahun je kot...dah memang kategori budak-budak kan?! Hehehe...tak boleh nak expect lebih-lebih.
Berbalik kepada sisi matangnya dalam berfikir, kalau rajin skroll semula blog ni masa usianya masih 2/3 tahun, kadang-kadang dia bercakap dengan kita guna perkataan yang kita pun tak duga akan keluare dari mulutnya. Pelik dan tertanya-tanya jugak samada dia faham atau tak perkataan tersebut.?! Tak selalu, tapi bila dia cakap...kita akan perasan. Itu cerita 10 tahun dululah....sekarang skill komunkasinya biasa-biasa. Seiring dengan usianya.
Berbalik kepada cerita tadi, tahun ni dia telah pakat dengan kawan-kawannya untuk membuat kejutan sambutan hari lahir ibunya sehari awal dari tarikh sebenar. Hari lahir ibunya jatuh pada 6/10 (Jumaat) yang merupakan cuti mingguan, maka diawalnya sehari iaitu pada 5/10 (Khamis).
Tak tahulah berapa lama dia dah plan, tapi bila dah dekat dengan tarikh kejutan tersebut, iaitu dua hari sebelum, Cikgu kelasnya beritahu kat ibunya yang dia ada nampak Haziq bawa duit RM 50 ke sekolah. Memanglah ibunya tahu sebab Haziq ada tukar duit kecil untuk dapatkan RM 50 tersebut pada beberapa hari sebelumnya, tapi tak tahu pulak duit itu akan di bawanya ke sekolah. Untuk apa dan buat apa? Jeng jeng jeng.....Ibunya dah musyikil.
Dalam perjalanan balik dari sekolah pada hari tersebut, adalah edisi soal siasat. Ibunya puas bertanya...buat apa? Dia tak jawab. Diam jer....bila ditanya mana duit RM 50 tu...dia tunjukkan baki RM 40 yang tinggal. Akhirnya dia bersuara, RM 10 dia dah bagi kawan untuk uruskan jamuan Akhir Tahun nanti. Ibunya lagilah hairan, selalunya cikgu yang akan uruskan pasal jamuan. Bukannya anak murid. Sedekah katanya.... Suwit tak jawapan? Hehehe....
Oklah...ceritanya tak habis di situ....adalah rentetan-rentetannya selepas itu sehinggalah membawa kepada rajuk si Haziq...dan rasa bersalah pada si ibu bila tahu duduk perkara sebenarnya. Dalam hal ini..Aisyah pun memainkan peranan....kikiki...suka kantoikan orang tau!
Esoknya....di Sekolah, dengan tidak semena-mena ada adegan culik dan mata ibunya ditutup dan dibawa ke satu tempat (Padang Sekolah jer pun...hehehe). Bila mata ibunya dibuka, rupanya ramai anak-anak murid yang lain dah berkumpul di situ untuk menyambut hari lahir ibunya a.k.a Ustazah Rahayu.
Walaupun ibunya dah tahu duduk perkara sebenar, tetapi kenalah 'in character' supaya tidak menghampakan perancangan Haziq. Kejutan yang berjaya....walaupun!.
Inilah sisi Haziq yang misteri....unsangkarable. Tetap tidak pecahkan rahsia..walaupun diasak berkali-kali oleh ibunya. Rupanya duit RM 10.00 yang diberikan kepada kawannya itu untuk belikan sudu dan garfu.
Tertunailah hasrat Haziq untuk meraikan ibunya dan berkongsi kegembiraan dengan kawan-kawan sekelasnya. Episod yang sedikit beremosi pada mulanya.....berakhir dengan kegembiraan.
Ada hikmah yang boleh diambil untuk Kezutan ini....yang pastinya akan menjadi kenangan terindah untuk haziq dan Ibunya yang pastinya akan diimbau kembali nanti. Mungkin masa tu haziq dan berkeluarga....
Jom..tengok kemeriahan sambutan tersebut.
Itulah Kezutan Dari Haziq Untuk Ibunya.....

Wednesday, September 27, 2017
UPSR dah pergi, SDEA menanti...
SELESAI lah sudah peperiksaan UPSR. Kira dah merdekalah budak budak dajah 6 ni yea? Tapi, untuk Haziq, ada peperiksaan lain lagi yang sedang menanti iaitu Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) pada 12 - 5 November ini. Tak semua negeri yang ada peperiksaan SDEA ini. Yang bersekolah di Negeri Johor memang dah biasalah dengar peperiksaan ini.
Apapun, semoga Haziq dan calon-calon lain sudah bersedia untuk menghadapinya dan semoga berjaya.
Jom kita imbas kembali saat-saat Haziq meraikan kawan-kawannya sempena hari lahirnya tempohari.

Friday, September 8, 2017
Ibadah + Berkorban + Hari Lahir + Masa Depan = September
Bulan September pada setiap tahun semenjak 2005 memanglah tersangat istimewa kerana pada bulan tersebutlah Haziq dilahirkan ke dunia. Lebih tepat lagi pada tanggal 09.09.2005. Tapi September 2017 terhimpun segala macam peristiwa.
Bermula pada 01.09.2017, umat Islam di Malaysia meraikan hari raya Haji. Alhamdulillah, tahun ini Haziq dapat melakukan ibadah korban di Sekolahnya. Semoga ibadah yang dilakukan diterima oleh Allah.
Jika makna korban dilihat dari sudut yang lain pula, tahun ini Haziq perlu banyak berkorban untuk menghadapi peperiksaan besar - UPSR. Berkorban masa untuk mentelaah pelajaran. Berkorban minat dengan menghentikan dahulu latihan Tae Kwan Do...dan mungkin juga berkorban perasaan.
Esok (Sabtu 09-09-2017) - Haziq akan menyambut Hari Lahirnya yang ke-12. Terasa cepat masa berlalu. Terbayang-bayang keletah dimasa kecilnya. Sangat menghiburkan dan sentiasa dirindukan. Kini usianya dah menginjak 12 tahun. Dah boleh buat kad pengenalan (My Kad) dah.
Isnin - 11.09.2017 semua pelajar darjah 6 di Malaysia akan mengadapi peperiksaan UPSR. Semua ibu bapa akan mendoakan kejayaan anak-anaknya. Begitu juga Haziq....sentiasa dan selalu dilimpahi dengan doa dari kedua orang tuanya supaya berjaya dalam UPSR nanti. Langkah pertama untuk sebuah masa depan yang terjamin.
Bukan Haziq sahaja yang akan bertarung dengan UPSR, dua orang sepupunya iaitu Seri Atika dan Zafira juga akan turut berjuang. Semoga mereka semua dipermudahkan dalam menjawab nanti.
Buat Haziq....

Selamat Hari Lahir yang ke-12,
Semoga Allah Sentiasa Merahmati ; Memberkati Perjalanan Hidupmu
Semoga Kejayaan Sentiasa Mengiringimu
Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR. Buat sehabis baik.
Semoga September 2017 akan menjadi kenangan terindah buat Haziq. Langkahlah dengan penuh bergaya.
Buat semua calon-calon UPSR di seluruh negara, Selamat Maju Jaya......
Friday, August 11, 2017
Hari Penyampaian Hadiah
Pada 23 Julai 2017 yang dahpun lepas, sekolah Haziq telah mengadakan upacara penyampaian hadiah untuk meraikan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam UPKK. Oleh kerana masih lagi dalam suasana Raya, maka masing-masing bergayalah dengan sepersalinan baju Melayu. Segak nampaknya
Haziq, seperti tahun-tahun sebelumnya, masih setia dengan baju melayu fesyen teluk belanganya. Orang Johor lah katakan. He he he. Tapi bila dah ramai-ramai tu, dengan warna warni baju yang pelbagai, majlis nampak cukup meriah.
Tahniah sekali lagi pada yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPKK. Tapi AWAS.....Pada...11.09.2017 ni adalah tarikh bermulanya peperiksaan UPSR. Kepada semua yang akan mendudukinya, semoga beroleh kejayaan yang cemerlang.
Buat Haziq, perjuangan mu belum selesai. Teruskan berusaha. Semoga kejayaan menjadi milikmu.
Jom kita nengok gambar-gambar sepanjang acara berlangsung.
Sunday, July 16, 2017
Happy Birthday Princess Aishah
Semalam (Ahad - 16.07.2017) genaplah usia Aishah 8 tahun. Oleh kerana Johor sekolah pada hari Ahad, ibunya telah menyambutnya di sekolah. Dapatlah Aishah berkongsi hari istimewanya dengan kawan-kawan.
Di kalangan keluarga, Aishah dikenali dengan gelaran Nek Mun Junior. Iras wajahnya dan cara pembawakan dirinya mirip nenek Mun nya. Dia nyer celotehpun sikit lebih kurang. Pot pet..pot pet kalau bercerita. Dan tentunya dia juga merupakan kesayangan Nek Munnya.
Aishah ni agak lasak sikit. Tapi hatinya lembut dan sangat penyayang. Boleh dibawa berunding kalau kena caranya.

Aishah
Hari ini genaplah usiamu 8 tahun
Semoga perjalanan kehidupanmu sentiasa diiringi bahagia
Semoga dikurniakan iman yang sempurna
akhlak yang terpuji
pekerti yang mulia
umur yang bermanfaat
rezeki yang halal
ilmu yang berguna
dan hidup yang dirahmati
dunia dan akhirat
Al Fatihah juga buat Tok Daut yang genap 19 tahun (16.07.1998 - 16.07.2017) meninggalkan kita semua. Semoga rohnya sentiasa dicucuri Rahmat. Jika dia masih hidup, pastinya Aishah akan dilimpahi dengan kasih sayang yang tiada penghujungnya.
Jom kita selak gambar-gambar Aishah meraikan hari istimewanya..
Subscribe to:
Posts (Atom)