Sunday, July 16, 2017

Happy Birthday Princess Aishah

Semalam (Ahad - 16.07.2017) genaplah usia Aishah 8 tahun. Oleh kerana Johor sekolah pada hari Ahad, ibunya telah menyambutnya di sekolah. Dapatlah Aishah berkongsi hari istimewanya dengan kawan-kawan.

Di kalangan keluarga, Aishah dikenali dengan gelaran Nek Mun Junior. Iras wajahnya dan cara pembawakan dirinya mirip nenek Mun nya. Dia nyer celotehpun sikit lebih kurang. Pot pet..pot pet kalau bercerita. Dan tentunya dia juga merupakan kesayangan Nek Munnya.

Aishah ni agak lasak sikit. Tapi hatinya lembut dan sangat penyayang. Boleh dibawa berunding kalau kena caranya.


Aishah
Hari ini genaplah usiamu 8 tahun
Semoga perjalanan kehidupanmu sentiasa diiringi bahagia
Semoga dikurniakan iman yang sempurna
akhlak yang terpuji
pekerti yang mulia
umur yang bermanfaat
rezeki yang halal
ilmu yang berguna
dan hidup yang dirahmati
dunia dan akhirat


Al Fatihah juga buat Tok Daut yang genap 19 tahun (16.07.1998 - 16.07.2017) meninggalkan kita semua. Semoga rohnya sentiasa dicucuri Rahmat. Jika dia masih hidup, pastinya Aishah akan dilimpahi dengan kasih sayang yang tiada penghujungnya.

Jom kita selak gambar-gambar Aishah meraikan hari istimewanya..







Tuesday, July 11, 2017

Selamat Hari Raya...

Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya...

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Haziq & keluarga menyambut Syawal di kampung ibunya di Melaka. Cuma yang berbezanya, tahun ini mereka tidak beraya di Kedah, sebaliknya hanya beraya di Seremban kerana nenek sebelah bapanya ada di sana.

Apa aktiviti raya Haziq? Seperti tahun sebelumnya, 2 hari sebelum raya Haziq dan keluarga telahpun berkampung di Melaka. Begitu juga dengan suku sakatnya yang lain. Jadi, banyak aktiviti yang telah dilakukan antaranya Khatam Quran beramai-ramai, tahlil ringkas, solat Maghrib dan Isyak berjemaah dan bertakbir. Selepas itu barulah acara bertukar-tukar hadiah sesama sendiri, Cabutan bertuah, sambutan hari lahir untuk bulan Jun, tikam raya dan permainan ringan. Acara kemuncak ialah bermain bunga api.

Oleh kerana cuti raya kali ini agak lama, si comelpun dibawanya sekali. Dapatlah sicomel beraya sekali di Melaka. Kalau tidak keseoranganlah comel di Johor. 💛💛💛💙😛

Bila dah beraya tu....buku pun cuti rayalah nampaknya. Haziq dan Aishah balas dendam tengok tv cerita kartun kat rumah neneknya. Kalau sebelum ini di sekat oleh ibunya, kat kampung dia dua orang merdeka.

Semalam (10.07.2017) Haziq dah mula menduduki peperiksaan percubaaan UPSR. Semoga Haziq dan semua murid yang mendudukinya dapat menjawab dengan tenang, diberi daya ingatan yang baik dan dipermudahkan oleh Allah.

Selamat menjawab Haziq. Buat Sehabis Baik!

Jom tengok gambar raya.


                                         Hadiah Photobook Untuk keluarga Haziq


                                         Aishah dan dua pupunya Qaseh & Kashah


                                                Tikam Raya 2017 - Sapa yang kenaaa??!!

                                                Cabutan Bertuah dan sessi Tukar-Tukar Hadiah



                                                  Hazi dan Sepupunya - Irfan


                                         Keluarga Haziqdan Nek Mun


                                         Lemang Raya


                                                    Haziq Dan Pak Ngah