Bulan September pada setiap tahun semenjak 2005 memanglah tersangat istimewa kerana pada bulan tersebutlah Haziq dilahirkan ke dunia. Lebih tepat lagi pada tanggal 09.09.2005. Tapi September 2017 terhimpun segala macam peristiwa.
Bermula pada 01.09.2017, umat Islam di Malaysia meraikan hari raya Haji. Alhamdulillah, tahun ini Haziq dapat melakukan
ibadah korban di Sekolahnya. Semoga ibadah yang dilakukan diterima oleh Allah.
Jika makna korban dilihat dari sudut yang lain pula, tahun ini Haziq perlu banyak
berkorban untuk menghadapi peperiksaan besar - UPSR. Berkorban masa untuk mentelaah pelajaran. Berkorban minat dengan menghentikan dahulu latihan Tae Kwan Do...dan mungkin juga berkorban perasaan.
Esok (Sabtu 09-09-2017) - Haziq akan menyambut
Hari Lahirnya yang ke-12. Terasa cepat masa berlalu. Terbayang-bayang keletah dimasa kecilnya. Sangat menghiburkan dan sentiasa dirindukan. Kini usianya dah menginjak 12 tahun. Dah boleh buat kad pengenalan (My Kad) dah.
Isnin - 11.09.2017 semua pelajar darjah 6 di Malaysia akan mengadapi peperiksaan UPSR. Semua ibu bapa akan mendoakan kejayaan anak-anaknya. Begitu juga Haziq....sentiasa dan selalu dilimpahi dengan doa dari kedua orang tuanya supaya berjaya dalam UPSR nanti. Langkah pertama untuk sebuah
masa depan yang terjamin.
Bukan Haziq sahaja yang akan bertarung dengan UPSR, dua orang sepupunya iaitu Seri Atika dan Zafira juga akan turut berjuang. Semoga mereka semua dipermudahkan dalam menjawab nanti.
Buat Haziq....
Selamat Hari Lahir yang ke-12,
Semoga Allah Sentiasa Merahmati ; Memberkati Perjalanan Hidupmu
Semoga Kejayaan Sentiasa Mengiringimu
Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR. Buat sehabis baik.
Semoga September 2017 akan menjadi kenangan terindah buat Haziq. Langkahlah dengan penuh bergaya.
Buat semua calon-calon UPSR di seluruh negara, Selamat Maju Jaya......