Friday, December 15, 2017

TAHNIAH.....!!!

Hari ini, pagi-pagi lagi Haziq dan keluarga telah dihujani ucapan TAHNIAH dalam group whatsapp keluarga kerana telah berjaya terpilih ke Tingkatan 1 SM Imtiaz Ulul Albab Melaka Sessi 2018.

Maka berakhirlah episod 'Penantian Suatu Penyiksaan' untuk Haziq terutamanya Ibu Haziq yang memang sentiasa dalam debaran. Alhamdulillah....bolehlah fokus kepada benda lain pulak...iaitu persiapan kembali ke sekolah.

Alhamdulillah juga bila semua tempat yang Haziq mohon dan pergi temuduga, semuanya positif dan berjaya. Semuanya menarik..kalau tidak takkan dimohon...yer tak? Tapi dalam banyak-banyak pilihan tu tentulah ada faktor-faktor yang dipertimbangkan.

Tahniah sekali lagi Haziq...semoga dapat mengikut jejak langkah sepupu sepapatnya yang berjaya dan cemerlang dalam pelajaran.

Tahniah juga untuk 2 pupu Haziq yang cemerlang dalam peperiksaan PT3 nya bila menggondol 8A. TAHNIAH Amir Rusyaidi...semoga terus maju jaya.



Wednesday, December 6, 2017

Pasca UPSR

Keputusan UPSR 2017 telahpun diumumkan pada 23/11/2017 (Khamis) yang lalu. Bagaimana keputusan Haziq?

Semua murid pastinya mensasarkan semua A (6A), tapi dari segi pencapaian semasa Haziq boleh merangkul 4A dengan mudah. Tetapi oleh kerana kesalahan format dalam menjawab soalan Bahasa Melayu Kertas 2 (Haziq terkilan dan menitiskan air mata selepas keluar dewan bila mengetahui format surat yang dibuatnya salah)...Sasaran 4A macam payah. Alhamdulillah, Haziq berjaya mendapat 3A/1B/1C/1D. Lengkap abjadnya. Heheheh.

Yang paling risau ketika keputusan diumumkan tentunyalah Ibu Haziq. Tahun-tahun sebelumnya, slip keputusan dia akan bagi kepada anak murid. Tahun ini dia akan beri kepada anaknya sendiri. Bukan calang-calang emosi yang perlu dijaga. Tapi semuanya berakhir dengan baik.

Emosi Haziq? Macam biasa...stabil sokmo. Cuma dia ada bertanyakan pada ibunya....kalau-kalau ibunya terkilan. Apapun, UPSR dah lepas dan menjadi sejarah. So, Apa perancangan Haziq?

Ada beberapa sekolah Agama sekitar Johor yang ibunya ada mohon. Diluar Johor juga ibunya ada membuat permohonan. Antaranya ialah SM Imtiaz Ulul Albab Melaka. Kenapa sekolah ini menjadi pilihan?

1. Bekas pelajar ibunya ada belajar di sini dan mengambil masa selama 2 tahun untuk khatam.
2. Penekanan aspek Agama yang maksimum disamping akademik yang tidak dilupakan. Senang
cerita KBSM dan Program Quran digabungkan secara sepadu dan serentak.
3. Sekolah yang masih baru...fasilitinya juga tentulah baru dan persekitaran yang selesa. Sesuai untuk pembelajaran.
4. Sekolah ini dekat sangat dengan rumah nenek Haziq. Mudah untuk ibunya balik kampung. Sambil jenguk Haziq, sambil balik kampung. 2 in 1.

Jadi, selepas sahaja keputusan UPSR diumumkan, tanpa berlengah lagi permohonan pun dibuat.


Alhamdulillah....langkah pertama telah berjaya. Haziq telah dipanggil untuk mengikuti program simulasi selama seminggu beserta dengan temuduga kemasukan.




Jadi, dari 3/12 - 8/12, Haziq beserta dengan calon-calon lain akan berada di sana untuk disaring dengan pelbagai program diatur untuk pihak sekoalh melihat daya tahan dan potensi yang ada dalam diri calon tersebut.

Jom kita tengok gambar-gambar sessi pendaftaran...









Usai sessi pendaftaran dan taklimat, semua calon sudah terikat dengan jadual yang telah disediakan oleh pihak sekolah.


Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program simulasi...






Program simulasi dah nak sampai ke penghujung. Esok 8/12/17 sessi temuduga pelajar dan juga ibu bapa. Semoga Haziq dapat mengumbul markah yang baik sepanjang sessi simulasi yang berlangsung.

Diterima atau tidak, Allah mempunyai perancangan yang baik ke atas hambaNya. Sebagai manusia dan hamba kepada Pencipta, kita kena selalu bersangka baik. Allah sebaik-baik perancang,

Walaubagaimanapun, pengalaman yang dikutip sepanjang seminggu di program simulasi ini sangatlah mahal harganya. Semoga ianya dapat memberi suntikan semangat buat Haziq untuk terus berusaha menjadi anak yang dibanggakan oleh kedua ibu bapanya.

Selamat Maju Jaya Haziq.....
Perjuanganmu Belum Selesai....
Teruskan Usaha Memartabatkan Agamamu....