Sunday, March 25, 2018

Tahniah Irfan....

Belum terlambat lagi rasanya untuk mengucapkan TAHNIAH kepada Irfan atas keputusan cemerlangnya dalam SPM yang diumumkan pada 15.03.18 tempohari.





Semoga kecemerlangan Irfan dapat diteruskan oleh generasi Nek Mun yang lainnya seterusnya menjadi pembakar semangat kepada mereka untuk turut sama mengukir kejayaan yang cemerlang. Bukan mudah tapi tidak juga susah. Insya Allah...BOLEH.

Kebetulan pula Irfan dan keluarganya balik kampung untuk meraikan kejayaannya dengan nenek, dan Haziq pula transit di rumah nenek sebelum balik asrama, maka dapatlah mereka berjumpa.

Bukan senang mereka nak berjumpa, jadi masa yang ada tu dapatlah mereka manfaatkan dan melakukan pelbagai aktiviti bersama antaranya solat bersama di masjid berdekatan, memanah serta jalan2 ke bandar Melaka.

Walaupun singkat masa un tuk mereka bersama kerana pada petang Ahad (25/03/18) Haziq dah kembali semula ke asrama dan Irfan serta keluarganya juga pulang ke Ipoh, tapi nampak kepuasan di wajah mereka terutamanya si-Aishah yang dimanjakan oleh Irfan. Di dukung dan di dudukkan dalam troli serta di tolak...suka lah dia.

Tahniah sekali lagi Irfan dan semoga terus menjadi inspirasi kepada yang lain-lain. Semoga dapat meneruskan pelajaran dalam bidang yang diminati. Kami semua akan terus memberi sokongan.











Tuesday, March 6, 2018

Emosi dah stabil, cuma....

Hampir 2 bulan dah Haziq berada di SM Imtiaz, Melaka. Sepanjang temph tersebut, ada 2 perkara/cabaran yang sedikit mengganggu emosinya. Cabaran tersebut adalah:-

Cabaran pertama - Berjauhan dengan ibu bapa.

2 minggu pertama masih okay lagi emosinya sebab sibuk dengan pelbagai aktiviti. Bila rutin harian dah mula bergerak perlahan, perasaan rindu mulalah bertamu. Tapi bila dah dapat 'balik kampung' masa cuti CNY yang lalu....dah jumpa rumah, bilik tidur dan suasana sekeliling yang dah sebati dengan dirinya sejak kecil lagi...Alhamdulillah emosinya kembali stabil.

Cabaran kedua - Kesihatan sedikit terganggu.

Akhir-akhir ini kesihatannya sedikit terganggu. Asmanya terkawal tapi perutnya meragam. Bila perut dah mula baik, batuk pula menyerang. Sepanjang 2 minggu ni badannya tidak berapa selesa dan nampak keletihan. Harap lepas ni sistem badannya kembali pulih dan cergas seperti sedia kala.

Semoga masa menjadi penawar yang paling mujarab.

Gambar-gambar yang sempat dirakam semasa sessi 'outing' nya.