Tahun ini Haziq & keluarga telah berkumpul di rumah neneknya di Melaka untuk menyambut hari raya. Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini juga pelbagai aktiviti telah dirancang untuk memeriahkan sambutan Hari Raya.
Hampir kesemua keluarga besar Haziq dapat berkumpul tahun ini. Walaupun ada juga yang tidak dapat bersama tetapi kemeriahan sambutan tetap dapat dikongsi bersama.
Seawal jam 4.30 pagi hari terakhir puasa, semuanya telah bersedia untuk sahur bersama. Selepas solat subuh, masing-masing sudah tahu tugas yang perlu dilaksanakan. Semua kerja beres.
Antara menu hari mantai untuk berbuka puasa ialah:
1. Ayam kampung masak lemak cili api
2. Sup Tulang
3. Begedil Daging
4. Daging + Lemak goreng kunyit
Menu untuk raya pula ialah :
1. Rendang Kerang
2. Rendang Daging Bali
3. Lemang
4. Ketupat Nasi
Usai berbuka puasa dan solat Maghrib, majlis khatam quran dimulakan, diikuti dengan solat isyak berjemaah dan bertakbir. Selepas itu aktiviti malam raya dimulakan antaranya:
1. Bertukar-tukar hadiah
2. Cabutan bertuah
3. Hadiah Kecemerlangan Akademik (Irfan - SPM dan Haziq - UPSR)
4. Sambutan Hari Lahir
5. Pembentangan dana keluarga
6. Tikam raya
7. Bunga api
Masing-masing terutamanya kanak-kanak seronok dapat hadiah masing-masing. Keesokannya seawal jam 5.00 pagi semua bersiap untuk sessi bermaaaf-maafan dan bergambar. Selepas solat sunat hari raya, serbu pula rumah sepupu untuk sessi bermaafan dan juga bergambar. Kalau tahun lepas, sebelum solat sunat, dah serbu dah, tetapi tahun ini oleh kerana kekangan masa, dan memberi peluang kepada mereka untuk mempunya ruang dan waktu yang selesa antara mereka, maka mulai tahun ini mungkin acara serbuan dilakukan selepas solat sunat.
Selepas itu menziarahi kubur beramai-ramai sambil hadiahkan pahala bacaan Quran. Selepas ini barulah masing-masing mempunyai aktiviti bebas untuk dilakukan. Antaranya melayan tetamu, sessi bergambar di luar (tahun ini Masjid Jamek Putra @ Masjid Putih) telah dijadikan lokasi.
Begitulah aktiviti yang dilakukan bersama. Untuk tema raya tahun ini, #KitaBersaudara telah dipilih sebagai simbolik darah yang sama mengalir dalam diri setiap generasi Nek Mun.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
Monday, June 18, 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)