Friday, December 21, 2018

Majlis Raja Sehari 15/12/2018

Pada 15/12/2018 (Sabtu) tempohari berlangsunglah Majlis Persandingan dan Sambut Menantu untuk 3 pasang pengantin yang kesemuanya adalah sepupu kepada Haziq. Oleh kerana ingin menyambut 3 keluarga (orang sebelah) iaitu dari Negeri Sembilan, Johor dan Kelantan, maka 3 bulan sebelum majlis bermula, pembahagian tugas telahpun dibuat untuk melicinkan perjalanan majlis. Dari yang tua kepada yang muda, semuanya telah diagih-agihkan tugas. Bukan nak membebankan, tapi nak menerapkan sifat kekitaan dan sekaligus mengeratkan silaturrahim supaya terus kukuh dan subur. Nak lentur buluh biarlah dari rebungnya kan!

Ialah, nak berkumpul serentak memang susah. Time kenduri kendara macam inilah kebanyakan dari keluarga akan berkumpul walaupun tak semuanya dapat hadir.

Kalau majlis bulan 9 dulu menggunakan tema biru, majlis kali inipun menggunakan tema yang sama. Tema biru memang dirancang semenjak raya lagi supaya ianya dapat digunakan berkali-kali dan tidak membebankan semua pihak yang terlibat.

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan molek sekali. Cuacapun cerah dan cantik bersinar. Makananpun sedap dan tetamupun ramai.

Semua AJK telah melaksanakan tugas dengan jayanya. Apa agaknya tugas yang digalas oleh Haziq dan Aisyah...?

Haziq - Membaca doa
Aisyah - Pembawa Bunga Manggar

Selamat Pengantin  Baru Buat:

Khairul dan Zila
Nazmi dan Hakimah
Nazirah dan Ameer

Semoga sentiasa dalam lipahan Rahmat & Kasih SayangNya

#TillJannah






Inilah keluarga besar Haziq





Thursday, December 6, 2018

Sepenggal telah berlalu...

Penggal persekolahan 2018 telahpun melabuhkan tirainya. Cuti sekolahpun bermula. Bermakna Haziq dah berada di Sek. Men. Imtiaz Ulul Albab, Melaka. Kejap jer masa berlalu. Awal Januari 2018 mendaftar sebagai pelajar, hujung November 2018 dah habis sepenggal persekolahan.

So, sepanjang persekolahan tersebut, semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Seperti pada entri dulu, bulan pertama dan kedua di sekolah, kesihatan Haziq tak berapa baik. Maklumlah, tempat baru, sausana baru, kawan baru...dan juga baru nak belajar berjauhan dengan ibu bapa. Betullah orang cakap, masa meruapakan 'ubat' yang paling mujarab. Alah bisa, tegal biasa. Walaupun tak sepenuhnya biasa, (sebab mungkin pengalaman kehidupan sebelum duduk di asrama dijadikan perbandingan) tapi so far ianya tak menjadi suatu masalah yang besar.

Bab makanan pula...., mujurlah rumah neneknya dekat. Bolehlah dia order menu kegemaran bila time berpuasa sunat pada setiap Isnin & Khamis dan sesekali pada hujung minggu. Menu kegemarannya ialah Nasi Goreng Cili Padi Extra Pedas Tak Nak Sayur. Belum nampak jemu lagi. Kalau keluar outing pula, menu Mee Tom Yam Secret Recipe menjadi pilihan. Tapi sebenarnya dia tak kisahpun untuk makan apa dan di mana. Ok memanjang jer dia.

Time yang dia paling suka dan dok berkira hari ialah time cuti panjang sikit. Dapatlah dia balik ke Pasir Gudang. Time ni dia memang seronok. Lagi dia seronok bila dia dapat balik ke JB naik bas dengan kawan. Adalah dua kali dia dapat merasa balik sendiri dengan menaiki bas. Selebihnya kebetulan ibu bapanya datang menjemput terlanjur balik kampung atau hanya ayahnya sahaja datang ambil Haziq.

Sepanjang cuti sekolah yang sedang berlangsung, selain dari bercuti bersama keluarga ke Sunway Lagoon dan Lost World of Tambun (Haziq, Aishah dan Air...Berpisah Tiada), menghadiri majlis perkahwinan sepupunya di Kluang pada 01/12/18 dan sekali lagi di Melaka pada 15/12/18 nanti.

Selamat Bercuti Haziq.....



Gambar yang diabadikan pada kotak Pizza


Gambar yang dilukis oleh khas untuk mereka berdua oleh saudaranya di Seremban.