Friday, December 20, 2019

Check In Hospital

Hujung bulan 10 (25/10/19) empohari, keadaan kesihatan Haziq tidak stabil. Ustaznya ada bawa ke Klinik Kesihatan untuk buat pemeriksaan dan diberi rawatan awal (dos ubat pelega) untuk sakit asmanya tetapi masih lagi tidak dapat melegakan.

Oleh kerana bimbang dengan keadaan kesihatan haziq, ayah dan ibunya telah bergegas pulang dan membawa Haziq ke Oriental Melaka Straits Medical Centre untuk rawatan lanjut. Maka Check In lah Haziq di sana selama 2 hari 2 malam.

Faktor cuaca yang tak menentu telah menyumbang/pencetus kepada serangan asma Haziq. Ujian Aliran Ekspiratori Puncak (PEF - Peak Expiratory Flow) dilakukan untuk megambil data berapa kuat dan pantas nafas dihembus keluar.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.









Pada awal bulan Disember pula, lepas balik dari bercuti di Bali, Aishah pula Check In dekat Regency Specialist Hospital di Masai, Johor. Masalah radang tonsil yang sekian lama dan telah dinasihatkan oleh Doktor untuk membuat pembedahan kecil membuang tonsil tersebut.

Alhamdulillah, pembedahan tersebut telah berjaya dan Aishahpun telah kembali pulih.








Semoga kedua-duanya kembali sihat dan cergas sepenuhnya menjelang penggal baru persekolahan yang akan dibuka tidak lama lagi.


Monday, December 9, 2019

Bali Indonesia (27/11 - 1/12)

Dah lama tak update. Dah berabuk 'sarang ni' rupanya...

Sempena cuti sekolah yang panjang, Haziq dan keluarga telah mengambil kesempatan untuk bercuti ke pulau Bali, Indonesia dari 27/11 hinggalah 1/12. Percutian surpirse katanya. Sesekali rehatkan badan dan minda dengan aktiviti yang menyeronokkan tentulah menarik. Yang penting, hotel tempat menginap tu mesti ada kolam....itupun dah cukup menarik untuk si Aisyah.

So, kalau dah namapun bercuti, banyak aktiviti dipenuhi dengan melawat tempat-tempat yang menarik. Cuma bab makanan je lah susah sikit katanya. Banyak warung yang jual makanan tidak halal. Maklumlah, di Bali kebanyakan penduduknya beragama Hindu.

Jomlah tengok koleksi foto-foto Haziq dan keluarganya sepanjang percutian singkat mereka di sana...



























Monday, September 9, 2019

09.09.05 - 09.09.19 - 14 Tahun Sudah....

09-09-19 - Genaplah umur Haziq 14 tahun. Pejam celik...sekejap jer dah besar. Masih lagi terngiang-ngiang keletah dan gelagatnya ketika kecil.

Kebetulan pula 09.09.19 (Isnin) merupakan cuti umum sempena hari Keputeraan YDP Agong, memanglah dia mengharapkan keluarganya ada di sisi untuk menyambutnya, Malangnya hajatnya tidak kesampaian kerana kekangan masa dan juga program Aqsa yang sedang dilaluinya.

Untuk tidak menghampakan hajatnya, keluarganya telah balik menjenguknya pada hari Sabtu 07/09/19. Dapatlah mereka meluangkan masa di sekitar Sekolah tersebut. Sekurang-kurangnya dapat melepaskan rindu dan juga dapat kata-kata semangat untuk terus cekal, tabah dan sabar sepanjang program Aqsa berlangsung.

Pada sebelah pagi sebelum melawatnya, Ibunya sempatlah memasak Ayam Kampung Goreng Sambal untuk dimakan oleh Haziq.

Antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang pertemuan tersebut...

















Dan pada 09/09/19..status ibu Haziq di FB...


Selamat Hari Lahir Haziq....

Ya Allah, 
Kau kabulkanlah cita-citanya,
Penuhilah setiap impiannya,
Terangkanlah hatinya,
Permudahkanlah urusannya,
Dan 
Peliharalah dia...

Thursday, September 5, 2019

Yang Terkini Tentang Aishah...

Kali ni kita selitkan sikit perkembangan terbaru adik Haziq....Aishah.

Apa perkembangannya?

Akhir-akhir ini, Aishah minat K-Pop. Yer...muzik K-Pop macam Blackpink, BTS dan macam-macam lagilah. Cuma lirik, dia belum boleh hafal lagi...payah benau bahasa Korea ni. Berbelit lidah nak mengahafalkannya.

Lagu Melayu pun dia layan juga. Tapi kadang2 dia minat lagu-lagu yang sukar nak kita dengar kat Radio. Lagu 'hutang' dari Floor88 memang dia khatam. Dok ulang-ulang dekat youtube. Hafal lirik dan lengguknya sekali. Lagu Indoostan yang sebelum dia lahirpun dia mula minat dah. Lagu Ko Mil Gaya dari filem Kuch Kuch Hota Hai memang dia hafal.

Tang TV pulak, kegemaran dia sekarang ni Ceria Megastar Ministar lah....dan drama yang tengah hangat sekarang ni..Sweet Dreams.


Haaa...tak tahulah macamana dia boleh minat. Besar kemungkinan pengaruh kawan sebaya. Ialah, bila mereka semua dok bercerita K Pop...Sweet Dreams, lama-lama terikut juga kan. Kadang-kadang nak keluar dengan familypun dia tak mahu disebabkan cerita dia dah nak start. Nasib baik boleh rekod dan tengok kemudian. 😊😊😊😊😊

Kalau tang kucing, memang dia sukalah. Si Comel dia yang sekejap ada dan sekejap takda tu tiba tiba balik bawa 3 ekor anak yang kiut miut. Jadi mainan dia je lah. Tapi baru-baru ni dua dah hilang tak dapat dikesan.



Comel tak? Dah naik kecut perut kucing-kucing tu bila nampak kelibat Aishah. Rimas asyik kena pegang. Ha ha ha...

Sekolah pula, baru baru ni ada aktiviti/persembahan yang dia turut serta sempena menyambut Bulan Kemerdekaan. Cuba tengok gambar di bawah tu dan dengar suara dia nyanyi. Ceria macam kanak kanak Ribena Jer... Hehehe...





Mengenai kesihatan pula, baru-baru ini oleh kerana sering demam, bila Dr. buat pemeriksaan, ada tonsil (gumpalan tisu limfoid yg terdapat dalam rongga mulut dan tekak) yang semakin membesar dan dinasihatkan untuk menjalani pembedahan kecil untuk buang tisu tersebut. Buat sementara waktu ini, belum tahu lagi bilakah pembedahan tersebut akan dilakukan.



Selain itu, Aishah juga terjebak dengan permainan BeyBlade. Selalunya apa yang dia minat tu tak kekal lama, dia akan cepat beralih kepada minat yang baru.

Hmmm....sekarang ni dia sibuk nak kumpul duit. Bila ditanya nak buat apa, tiada jawapan konsisten. Sekejap nak beli BeyBlade yang power...sekejap lagi dia kata nak beli Handphone Vivo. Tapi time camni yang senang nak umpan dia ajak kemana-mana. Kira upahlah. Ajak pi rumah orang kahwin pun dia okay jer. Suruh ciumpun time ni gerenti dapat. Tapi, satu jer perangai dia, jangan diungkit benda-benda yang dah diberi. Kalau angin dia tak baik, dia akan pulangkan semula. Mood dia cepat swing. So, jangan macam-macam dengan dia...hahaha..

Ok Aishah, semoga terus comel ek!



Monday, August 26, 2019

Program Hafazan Aqsa Bermula


Apa khabar Haziq ek?!

Alhamdulillah...dia sihat dan ceria. Kehidupan dia di SM Imtiaz berjalan lancar. Cuma dia dah tak order Nasi Goreng Kampung pada setiap Isnin dan Khamis dah. Kalau cuti mingguan yang diwajibkan balik, dia akan terus balik ke Johor dengan bas dengan kawannya. Ibu & Ayahnya tak perlu lagi datang untuk menjemputnya. Hanya tunggu di stesen bas di sana sahaja.So far, semua nya dipermudahkan. Alhamdulillah.

Naik sahaja dari cuti pertengahan penggal ke-2 tempohari, peperiksaan dah menanti. Hujung minggu pula pelbagai program Motivasi diadakan. Disamping program tersebut, pelajar Form 1 & 2 kena cukur kepala botak. 

Dan...bermula dari 26/8/19 sehinggalah 22 November 2019, Program Hafazan Aqsa bermula. Target 7 muka surat satu hari. Semoga Haziq, dan semua yang terlibat dikurniakan daya ingatan yang baik seterusnya pada akhir program nanti dapat menghafal 30 juzuk Al-Quran dengan jayanya dan seterusnya bergelar Al-Hafiz. Semoga dipermudahkan. Insya Allah.

Gambar semasa outing sebelum cuti pertengahan penggal (Belum Gonjeng)




Gambar terbaru sebelum program Aqsa bermula (Dah Gonjeng)











Wednesday, July 17, 2019

16-07-1998 | 16-07-2009 |16-07-2019

16-07-1998 - Khamis

Pada hari ini, Khamis jam 3.20 petang telah kembalinya Daut Bin Hj Abdul Ghani ke Rahmatullah pada usianya 56 tahun. AL Fatihah untuk Tok Daut. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang mendapat RahmatNya.

Namamu sentiasa menjadi sebutan dalam setiap tadahan doa...

16-07-2009 - Khamis

Pada hari ini, kebetulan Khamis juga lahirlah seorang bayi perempuan ke dunia ini. Wan Aishah...itulah nama diberi. Nama yang dipilih dan disebut-sebut oleh abangnya Wan Haziq yang ketika itu baru sahaja berusia 4 tahun.

Aishah dalam bahasa arab bermakna - perempuan dan kehidupan.

16-07-2019 - Selasa

Genaplah 10 tahun umur Aishah pada tarikh ini.

Selamat Hari Lahir Aishah. 
Semoga dikurniakan kecantikan dan kecerdasan seperti isteri Rasulullah - Aisyah Abu Bakar. Menjadi anak yang Solehah dan dimakbulkan segala cita-cita dan impian. Amiinn....

Seperti tahun-tahun sebelumnya, sambutan selalunya dibuat di sekolah. Diraikan oleh rakan sekelas sambil berkongsi kegembiraan dan rezeki.

Jom kita tengok gambar-gambar yang sempat dirakamkan..









Thursday, July 4, 2019

Majlis Tautan Kasih Aidilfitri - SM Imtiaz Ulul Albab

As Salam...

Dah lama tak update, bukannya takde idea, entah kenapa tak boleh masuk blog ni. Naik hairan juga. Dah 2/3 kali berlaku. Hmm....

Sempena Aidilfitri yang lalu, SM Imtiaz telah mengadakan Majlis Tautan Kasih Aidilfitri untuk meraikan pelajar, ibu bapa serta semua warga SM Imtiaz. Sepatutnya, pada minggu tersebut Haziq balik ke rumah neneknya untuk menghabiskan cuti hujung minggu, tetapi oleh kerana Haziq terpilih untuk membuat persembahan mewakili Firqah Itqan, maka hujung minggunya dihabiskan dengan berlatih bersama kawan-kawannya.

Ye ker Haziq ambil bahagian?! Itulah persoalan besar yang bermain di kepala ibu bapanya. Ialah, kadang-kadang nama jer ambil bahagian, tapi bila ibu bapa menghadirkan diri, takdapun kelibatnya membuat persembahan. Layan jer laaa...

Oleh kerana hari Ahad 30/6/19 hari bekerja untuk negeri Johor. Maka ayah dan ibunya tidak dapat turut serta dalam majlis tersebut. Tapi atas rasa tanggungjawab dan sokongan kepada Haziq, mereka ada balik pada Jumaat & Sabtu sebelum majlis untuk menjenguk Haziq di Asrama.

Jadi selepas majlis berakhir, ada ibu bapa dalam group whatsapp Firqah Itqan telah berkongsi suasana majlis tersebut. Antaranya ialah persembahan firqah Itqan....

Wah, bukan main seronok Haziq dan kawan-kawannya membuat persembahan. Iyerlah...., betullah Haziq buat persembahan. Dan paling menarik, Firqah Itqan muncul juara mengalahkan Firqah-Firqah lain.

Jom kita tengok persembahan mereka....




TERBAIKLAH!!


Wednesday, April 24, 2019

KOSMO 15/04/19

Kalau zaman 80 - 90 an dulu, masa zaman takda internet sosial media lain, ruangan Kembang Setaman dalam majalah URTV kalau tak silap cukup popular. Pembaca hantar gambar berukuran passport dan butiran diri ringkas serta alamat surat menyurat dengan tujuan untuk mencari sahabat atau kenalan yang dikenali dengan Sahabat Pena. Itu zaman tulis surat pakai kertas kajang. Kirim surat hari ni....nak tunggu balasan mungkin bulan depan baru teriuma. Dah tak ingat dah tulis atau tanya apa. Ha ha ha...

Sekarang ni dah takda dah ruangan seperti tu. Nak cari sahabat zaman la ni, banyak sosial media seperti FB, Twitter, Instagram, Whatsapp dan macam-macam applikasi lagi. Sahabat Maya namanya. Tulis e-mail hari ni, sok lusa dah dapat balasan. Bila dah ada SMS, hari ni hantar pesanan, sat gi dapat balasan. Bila dah ada Whatsapp, jam ni tulis, jam tu juga dapat tahu dah baca ke belum. Hehehe...mudah kan?

Intro punyalah panjang, tapi sebenarnya nak cerita pasal si Haziq ni jadi glamor sekejap dengan kawan-kawan sekolah lepas mukanya masuk Kosmo. Alkisahnya, masa hantar 'order' dia (menu macam biasa..nasi goreng kampung) pada 8/4/19 - Isnin, untuk dia berbuka puasa nanti, doklah sembang2 dgn dia. Selalunya dia akan duduk dulu dalam kereta untuk ambil sejuk air cond. Sambil duduk tu dia baca akhbar Kosmo.

Terus suruh dia posing sikit, nak hantar ke ruangan pembaca setia Kosmo. Mula-mula dia tak mahu. Segan katanya. So, tak jadilah nak hantar. Hari Khamis 11/4/19 masa hantar 'order' dia hari tu, dia tanya, dah keluar ke muka dia dalam Kosmo.

Aik..tu hari dia tak bagi, tapi mengharap pula sekarang?! Hehehe..bila dia bagi lampu hijau, malam tu terus hantar ke Kosmo. Hari Isnin 15/4/19 kebetulan Melaka cuti pada hari tersebut, maka keluarlah muka Haziq dalam ruangan Pembaca Setia Kosmo.

Hebohlah sekejap dalam group whatsapp keluarga, dan ustaz dan kawan-kawannya ada yang perasan. Kecohlah kejap dekat Instagram. Fofuler lah kejap si Haziq. Siap suruh simpan elok-elok keratan akhbar tersebut. Hehehehe....

Ni gambar nya....yang dihantar dan yang disiarkan.




Macam Retis dah...