Wednesday, July 17, 2019

16-07-1998 | 16-07-2009 |16-07-2019

16-07-1998 - Khamis

Pada hari ini, Khamis jam 3.20 petang telah kembalinya Daut Bin Hj Abdul Ghani ke Rahmatullah pada usianya 56 tahun. AL Fatihah untuk Tok Daut. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang mendapat RahmatNya.

Namamu sentiasa menjadi sebutan dalam setiap tadahan doa...

16-07-2009 - Khamis

Pada hari ini, kebetulan Khamis juga lahirlah seorang bayi perempuan ke dunia ini. Wan Aishah...itulah nama diberi. Nama yang dipilih dan disebut-sebut oleh abangnya Wan Haziq yang ketika itu baru sahaja berusia 4 tahun.

Aishah dalam bahasa arab bermakna - perempuan dan kehidupan.

16-07-2019 - Selasa

Genaplah 10 tahun umur Aishah pada tarikh ini.

Selamat Hari Lahir Aishah. 
Semoga dikurniakan kecantikan dan kecerdasan seperti isteri Rasulullah - Aisyah Abu Bakar. Menjadi anak yang Solehah dan dimakbulkan segala cita-cita dan impian. Amiinn....

Seperti tahun-tahun sebelumnya, sambutan selalunya dibuat di sekolah. Diraikan oleh rakan sekelas sambil berkongsi kegembiraan dan rezeki.

Jom kita tengok gambar-gambar yang sempat dirakamkan..









Thursday, July 4, 2019

Majlis Tautan Kasih Aidilfitri - SM Imtiaz Ulul Albab

As Salam...

Dah lama tak update, bukannya takde idea, entah kenapa tak boleh masuk blog ni. Naik hairan juga. Dah 2/3 kali berlaku. Hmm....

Sempena Aidilfitri yang lalu, SM Imtiaz telah mengadakan Majlis Tautan Kasih Aidilfitri untuk meraikan pelajar, ibu bapa serta semua warga SM Imtiaz. Sepatutnya, pada minggu tersebut Haziq balik ke rumah neneknya untuk menghabiskan cuti hujung minggu, tetapi oleh kerana Haziq terpilih untuk membuat persembahan mewakili Firqah Itqan, maka hujung minggunya dihabiskan dengan berlatih bersama kawan-kawannya.

Ye ker Haziq ambil bahagian?! Itulah persoalan besar yang bermain di kepala ibu bapanya. Ialah, kadang-kadang nama jer ambil bahagian, tapi bila ibu bapa menghadirkan diri, takdapun kelibatnya membuat persembahan. Layan jer laaa...

Oleh kerana hari Ahad 30/6/19 hari bekerja untuk negeri Johor. Maka ayah dan ibunya tidak dapat turut serta dalam majlis tersebut. Tapi atas rasa tanggungjawab dan sokongan kepada Haziq, mereka ada balik pada Jumaat & Sabtu sebelum majlis untuk menjenguk Haziq di Asrama.

Jadi selepas majlis berakhir, ada ibu bapa dalam group whatsapp Firqah Itqan telah berkongsi suasana majlis tersebut. Antaranya ialah persembahan firqah Itqan....

Wah, bukan main seronok Haziq dan kawan-kawannya membuat persembahan. Iyerlah...., betullah Haziq buat persembahan. Dan paling menarik, Firqah Itqan muncul juara mengalahkan Firqah-Firqah lain.

Jom kita tengok persembahan mereka....




TERBAIKLAH!!