Tuesday, April 28, 2020

RAMADHAN 2020 dan KITA JAGA KITA

Kehadiran Ramadhan pada tahun ini pastinya akan menjadi catatan sejarah untuk semua rakyat Malaysia. Kemungkinan besar juga kehadiran Syawal nanti akan terkesan sama.

Ini kerana pada ketika ini Malaysia masih lagi dalam tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dari 18/3 hingga 12/5- dalam 4 Fasa* akibat daripada pandemik COVID-19 yang telah melanda kebanyakan negara di dunia.

Semoga kita semua tabah dalam mengharungi dugaan ini dan pastinya ada hikmah yang tersembunyi. Apa hikmahnya?

Itu kena jawab sendirilah kerana ianya berbeza antara individu dengan individu yang lain. Bergantung dari sisi mana dia melihat pada musibah yang berlaku.

Sama-samalah kita berdoa agar wabak ini segera berakhir dan akan ada Vaksin yang dapat menyembuhkan pada waktu yang terdekat ini.

Apa yang penting, sentiasalah jaga kebersihan diri dan elakkan berada ditempat tumpuan ramai dan duduk diam diam di rumah.

Sempena dengan kehadiran ramadhan pada tahun ini, terimalah perutusan khas dari keluarga Haziq.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.








#KitaMestiMenang

#KitaJagaKita

* setakat 28/04/2020.