Sunday, October 11, 2020

Ujian Kemasukan MRSM Tingkatan 4

Hari ini (12/10/02020), Haziq akan mengambil Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) Tingkatan 4 Tahun 2021. Oleh kerana tempat ujian tersebut telah dipilih di Johor, maka Haziq telah diberi pelepasan oleh sekolahnya untuk balik Johor pada hari Sabtu (10/10/20)

Oleh kerana Covid-19 kembali hangat dengan peningkatan kes kebelakangan ini, pihak sekolah telah menasihatkan Haziq untuk melakukan self-quarantine di rumah. Maksudnya Haziq akan berada di rumahnya di Johor selama seminggu sebelum dihantar semula ke asrama sekolahnya.

Semoga Haziq dapat menjawab dengan tenang dan pada masa yang sama terhindar dari jangkitan Covid-19.




Sambil-sambil tu, jom layan projek video pendek yang dibuat oleh Haziq untuk satu pertandingan di sekolahnya. Walaupun tidak terpilih ke peringkat yang seterusnya, pendedahan yang diterima dalam projek tersebut amat besar maknanya.

Jom layan...




Monday, October 5, 2020

Kejutan dari Haziq

 Hari ini (06.10.2020) adalah merupakan hari lahir ibu Haziq. Apa kejutannya?!

Untuk meraikan bersama, memang tak dapatlah kerana jarak yang jauh. Haziq di Melaka, Ibunya di Johor.

Untuk membuat surprise delivery...mungkin juga. Tapi bab ini Haziq belum khatam lagi kot. Dia tak tahu lagi celah mana nak buat dan cara mana nak buat sebab belum ada pengalaman lagi. 

Ucapan? Inilah sahaja cara yang dapat dibuat oleh Haziq. Telefon atau whatsapp dan ucap selamat hari lahir. Tapi, mengenali Haziq, dia bukanlah jenis yang akan ucap panjang berjela dan berpuitis bagai. Dia akan ucap direct jer. Takda bunga-bunga.

Cuma, untuk hari lahir ibunya kali ini, ucapannya agak istimewa sikit. Bukan dia saja yang buat ucapan. Dibawanya segerombolan kawan-kawan kelasnya untuk nyanyikan lagu wajib 'Happy Birthday' untuk ibunya. 

Haziq....kadang-kadang sukar di duga. Dia tak boleh dipaksa. Kalau dipaksa untuk buat sesuatu, hasilnya tak memberangsangkan. Tapi jika diberi ruang dan peluang, hasilnya di luar kotak.

Selamat Hari Lahir Ayue. 

Semoga sentiasa dalam limpahan Rahmat dan Kasih SayangNya. 

Dikurniakan umur yang panjang, 

rezeki yang halal lagi berkat 

serta kesihatan yang baik. 


Jom kita tengok ucapan si haziq untuk Ibunya....