Tuesday, January 5, 2016

Haziq Di Kampung, Ibunya Di Melaka..

Haaa....sekarang ni Haziq 'bercuti/ di kampung ibunya di Melaka. Kenapa bercuti? Hehehe...ibunya menunggu saat-saat kelahiran anak no 2...adik si haziqlah. Jadi, sekarang ni dia cuti dari bersekolah tapi masa dia balik tu hari, dia dah tunjukkan kerja-kerja sekolah yang dia kena buat.

Semua buku, vcd yang dia minat dan satu set computer telah dibawa balik ke rumah neneknya. Bukan apa, kalau tak dibawa komputernya tu, nanti dia akan kacau orang lain tengok TV. Ayik nak tengok saluran ceria dan nak tengok vcdnya berulang kali. Antara cerita yang dia minat dan tengok berulang kali ialah Syurga Cinta dan Sifu & Tonga.

Sebelum cerita lebih lanjut lagi, keputusan peperiksaan dia baru-baru ini sangatlah membanggakan. Harap-harap akan kekal begitu.....


Updatye via Fotopages - Selasa 07.07.2009



Optimus Prime Tido...

Pada 28/6/09 (Jumaat) yang lepas, Haziq, ibu dan ayahnya telah pergi menonton wayang. Hajat hati mereka nak menonton Transformers - revenge of the fallen...tetapi tiket pula tiada. Terpaksalah mereka beli tiket untuk tayangan tengahari esoknya.

Alang-alang dah nak tengok wayang, merekapun belilah tiket filen Jangan Pandang Belakang Congkak. Si haziq beria-ialah tengok. 2 jam dalam panggung, 2 jam jugalah dia siuman. Duduk dan tekun tengok cerita tu.

Esoknya sebelum dia pergi tengok Transformers, dia telefon pak Ndaknya. Dia kata nak pergi tengok TV besar. Pak Ndak tak boleh ikut sebab jauh. Kerusi nak duduk takda. Itu katanya. Wah, bukan main eksen dan teruja lagi dia nak pi tengok...

Tapi, yang jadi..belum pun setengah cerita...dia dah tido. tengoklah gambarnya di bawah tu. Mungkin dia boring dan tak faham. Kekekekeke....Nanti tengoklah Ice Age 3. Sure Haziq seronok...atau beronok-ronok..atau 3 ronok. Kekekekekek..


Update via Fotopages - Rabu 01.07.2009

 

Lu Pikirlah Sendiri....

Wah, lama dah tak update fotopages Haziq ini. Bukannya apa, maklumlah, kadang-kadang tu ada saja halangan. Bila ada masa pula, material/gambar pula takda. Apapun, fotopages ini akan cuba di kemaskini dari semasa ke semasa.

Sekanag ni Haziq dah pandai nak melawa. Kalau ber webcam dengan maklongnya, dia betul2kan rambut dulu. Sukalah dia kalau nampak sepupu dia si Nabil dan Najwan ada. Alah...geng dia bermain kalau balik kampung.

Bila kebetulan keluarga Mak Langnya ada dirumah Maklong nya, Mak lang nya pun layan berweb cam dengan si Haziq. Dapatlah Haziq berbual dengan sepupunya yang bernama si Aman pula. Kirakan lepaslah rindu dia dengan sepupu-sepupunya yang ramai tu.

Sekarang ni dia suka dengan tag line Raja Lawak si Nabil..."Lu Pikirlah Sendiri". Masa dia mula-mula cakap tu, terpinga-pinga juga..apa benda yang dia menjerit2 tu. Bila diperhalusi..rupa-rupanya dia cakap tu, nak pecah perutlah kena gelak.

Jom tengok gaya macho Haziq... 


Update Via Fotopages - Khamis 25.06.2009



Kampung Boy Rerturns

Kalau dulu...nak ambil gambar si haziq ni cukup senang....sekarang kena tenok mood dia. kena pujuk, cakap elok-elok. Kena 'gula-gula' kan sikit...barulah dia nak bergambar. Tapi kalau nak bergambar, pasti dia nak bergambar dengan ayam neneknya. Entah kenapa dia suka sangat dengan ayam, tak tahulah....ikut kan ajerlah...

Gambar-gambar ni diambil di belakang rumah neneknya. Habis semua pokok dia nak bergambar...dengan serai, pokok pisang dan tumbuhan herba lain. Lepas bergambar, dia tergaru-garu. Rupanya ada kerengge dah merayap kat badan dia. Bila dia nampak kerengge kat betis, dia mulalah gabra semacam..lagipun miang serai semua melekat kat kaki....

Semua gambar-gambar ni di ambil awal pagi...muka Haziq yang masih 'raw' sebab tak mandi....Tang gaya dia....tu jerlah..peluk tubuh.......keh keh keh.... 


Update Via Fotopages - Selasa 26.05.2009



Sepagi Bersama Haziq

Semalam (17/5/09), lepas sarapan ajak Haziq pi beli paper. Wah, bukan main lagi dia mandi dan bersiap. Bila neneknya tanya.. “Haziq nak pergi pekan ke”? Dia jawab “taklah, haziq nak beli surat khabar”. Dia tak tahu yang nak beli suratkhabar tu mestilah kat pekan. He he he....

Dalam kereta, bagi tahu dia yang nak pergi isi minyak dulu. Dia nampak je belang oren dan merah pada bumbung Shell, dia dah tahu... “Tu ha....isi minyak”.

Masuk ke kedai Select, beli paper...dia dah melilau ke tempat air. Dia pilih vitagen warna ungu.

Masa nak isi minyak..dia kata “warna merah tau”. Dia maksudkan pump yang berwarna merah. Tapi bila guna pump hijau, dia macam nak tanya tapi mungkin tak tahu nak mulakan dengan ayat apa.

Lepastu teruslah bawa dia ke Pengkalan Balak. Saja bawa dia jalan jauh sikit supaya ayah dan ibunya dapat releks kat rumah. Dalam kereta dia dah kena air-cond dia macam mengantuk. Tanya dia...“Haziq mengantuk ke?. Kalau mengantuk kita baliklah..tak yah jalan-jalan”. Dia pantas jawab “Tak lah....”.

Bila dia dah nampak laut, dia dah mula gembira semacam. Berhenti tepi, bawa dia main tepi pantai. Dia kalau nampak air..rianglah. Tak sempat suruh, dia dah buka selipar..main pasir. Lepas tu main ombak.

Sedang leka ambil gambar dia main ombak...tiba-tiba ombak besar datang, simbah dia. Habis basah lencun. Dia sukalah..tapi dalam suka tu dia cuak gak kalau kena marah. Dia datang pelan-pelan dia cakap “Pak Andaq tengah buat apa tu”? Muka minta simpati.

Apa lagi..kitapun takutkanlah dia, “Alaa haziq, tadi baru mandi. Nanti Ibu marah.Macamana nie..” Dia terdiam.

Dah habis basah tu, bukakanlah baju dia. Bila bukakan baju dia, dia tanya, “seluar nak buka tak’? Konon-konon dia ingat nak mandilah tu. Nak mandi apanya, towel tak bawa, sun block cream tak da. Naya jer nanti. Badan dia pulak jenis yang sensitive. Bila dah kena cahaya matahari nanti, 2 minggupun tak tentu hilang sun burn. Kecewa juga dia bila tak mandi. Dalam kereta dengan seluar basah dan baju basah...dia duduk diam-diam. Mungkin dia minta simpati Pak Andaqnya untuk benarkan dia mandi atau main air lagi, ataupun dia takut ibunya marah. Tak dapat nak baca apa dalam fikirannya ketika itu. Tapi sedih juga bila apa yang dia nak tak dapat tunaikan.

Sampai rumah, ceritakan kat ayah dan ibunya....Ibunya gelak besar. Haziq tengok ibunya gelak, dia cakap.. “Ibu tak maraah ke”?

Nak marah apanya...dah namapun budak-budak...layan jer laaa.....

Tengoklah gambar-gambar di atas...sebelum basah dan selepas basah. 


Update via Fotopages - 18.05.2009





 

Selamat Hari Ibu....

Semalam sambutan hari Ibu. Dari jauh Haziq telefon nenek dan mak longnya untuk mengucapkan Selamat hari Ibu. Bila dia dah telefon Mak Longnya, mak longnya pun mengusiklah. Mak Longnya minta adik Haziq yang bakal lahir nanti untuk di jaga.

Haziq kata, kalau perempuan, dia bagi Mak Longnya jaga...tapi kalau lelaki, dia nak jaga sendiri. Wah, beria-ia dia tunggu kelahiran adiknya.

Sekarang ni, dia sibuk dengan persekolahannya. Belum ada gambar terbaru untuk dikongsikan di sini..cuma gambar kek untuk sambutan Hari Ibu dan Sambutan Ulangtahun Perkahwinan Mak Long Haziq yang sudah masuk ke 28.

Selamat Hari Ibu Semuaaa.... 


Update Via Fotopages - Isnin 11.05.2009

Haziq Dapat Kompang

Dulu kan pernah cerita yang haziq ni minat tengok orang berkompang....habis tin biskut dia buat kompang sambil mulut berbunyi "Pak Pung..Pak Pak Pung".

Sebabkan semangat dia tu, ayahnya telah belikan dia kompang. Bukan main seronoklah dia. Bila nenek dia telefon, dia pun ambil kompang dan pukul. Suruh nenek dia dengar dia main kompang. Bersemangat dia cerita tentang kompang barunya.

Itu 2 minggu dulu. Sekarang ni tak tahulah macamana riwayat hidup kompang tersebut. Masih dalam keadaan baik, ataupun sebaliknya. belum dapat dipastikan lagi. Layan jer laaa...

Ini pun koleksi gambar semasa family day tu hari.... 


Update Via Fotopages - Rabu 22.04.2009