Tuesday, July 11, 2017

Selamat Hari Raya...

Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya...

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Haziq & keluarga menyambut Syawal di kampung ibunya di Melaka. Cuma yang berbezanya, tahun ini mereka tidak beraya di Kedah, sebaliknya hanya beraya di Seremban kerana nenek sebelah bapanya ada di sana.

Apa aktiviti raya Haziq? Seperti tahun sebelumnya, 2 hari sebelum raya Haziq dan keluarga telahpun berkampung di Melaka. Begitu juga dengan suku sakatnya yang lain. Jadi, banyak aktiviti yang telah dilakukan antaranya Khatam Quran beramai-ramai, tahlil ringkas, solat Maghrib dan Isyak berjemaah dan bertakbir. Selepas itu barulah acara bertukar-tukar hadiah sesama sendiri, Cabutan bertuah, sambutan hari lahir untuk bulan Jun, tikam raya dan permainan ringan. Acara kemuncak ialah bermain bunga api.

Oleh kerana cuti raya kali ini agak lama, si comelpun dibawanya sekali. Dapatlah sicomel beraya sekali di Melaka. Kalau tidak keseoranganlah comel di Johor. 💛💛💛💙😛

Bila dah beraya tu....buku pun cuti rayalah nampaknya. Haziq dan Aishah balas dendam tengok tv cerita kartun kat rumah neneknya. Kalau sebelum ini di sekat oleh ibunya, kat kampung dia dua orang merdeka.

Semalam (10.07.2017) Haziq dah mula menduduki peperiksaan percubaaan UPSR. Semoga Haziq dan semua murid yang mendudukinya dapat menjawab dengan tenang, diberi daya ingatan yang baik dan dipermudahkan oleh Allah.

Selamat menjawab Haziq. Buat Sehabis Baik!

Jom tengok gambar raya.


                                         Hadiah Photobook Untuk keluarga Haziq


                                         Aishah dan dua pupunya Qaseh & Kashah


                                                Tikam Raya 2017 - Sapa yang kenaaa??!!

                                                Cabutan Bertuah dan sessi Tukar-Tukar Hadiah



                                                  Hazi dan Sepupunya - Irfan


                                         Keluarga Haziqdan Nek Mun


                                         Lemang Raya


                                                    Haziq Dan Pak Ngah
                                               

Thursday, May 25, 2017

Selamat Hari Guru

Setiap tahun, 16 Mei merupakan sambutan hari guru. Tema hari guru 2017 ialah Guru Pembina Negara Bangsa. tema yang sama yang digunakan pada 2016. Tema yang signifikan dan tak perlu untuk diubah setiap tahun.

Semua sekolah akan meraikannya. Kalau tengok dekat media sosial, bermacam cara dan gaya tular/viral. Semuanya mengikut tema yang telah mereka tetapkan. Ada guru yang mengenakan pakain sekolah, ada yang bertemakan superhero, ada yang mengenakan kostum mengikut cerita tertentu dan macam-macam lagilah.

Tahun ni, sekolah Haziq menyambut Hari Guru pada 25.05.17. Sehari sebelum cuti sekolah bermula. Sebagai ketua pengawas, tentunya Haziq merupakan orang yang penting. Wakil pelajarlah katakan.

Jom kita dengarkan ucapan Haziq pada perhimpunan sempena menyambut Hari Guru peringkat sekolahnya.








Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang sangat mulia. Jasa Cikgu akan selalu dikenang. Tetaplah menjadi 'pelita' untuk anak bangsa.

Guru...
Dalam ajarnya ada harapan,
dalam tegurnya ada doa,
dalam marahnya ada sayang,
dalam tawanya ada mesra,
dalam diamnya ada bijaksana,
dalam tangannya kita terbina.
Selamat Hari Guru


Kesempatan ini juga nak ucapkan Selamat Menyambut ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita semua sentiasa dalam RahmatNya.

Tuesday, April 4, 2017

Haziq Menangis Bila.....

Jeng jeng jeng.....macam suspen jer bunyinya kan?!

Sebenarnya ada cerita disebaliknya. Salah satu dari rukun umrah ialah Tahallul iaitu bergunting atau bercukur. Sebelum pergi umrah lagi, Haziq dah berbual dengan ayahnya bab ni iaitu dia tak nak botak. Jadi, seperti biasa, ayahnya kata okaylah...cukur guna no. 1 (istilah yang selalu digunakan bila nak gunting rambut di kedai gunting). Bermakna taklah gondol habis.

Tiba masa bertahlul, Haziq masih lagi pegang kata-kata ayahnya untuk bercukur guna no. 1, tapi sebaliknya habis gondol kepalanya. Kira oklahkan sebab paling afdal kalau bercukur habis. Dalam keterpaksaan itulah Haziq menangis hiba. Tak tahulah apa yang bermain dalam fikirannya ketika itu. Dapatlah ibunya snap beberapa keping gambar masa bercukur dan menangis  tu sebagai kenangan.

Nak dijadikan cerita, masa di kampung Melaka, ibunya cari gambar tersebut dalam handphone...dah 'selamat' dah rupanya di 'padam' oleh Haziq. Masa bila dia padam...tak dapat dikesan. Dia segan kot kalau gambar tersebut terlepas kat sanak saudara yang lain.

Memanglah segan sekarang....tapi saat tu memang indah untuk dikenang nanti. Takpalah Haziq...walaupun botak, Haziq tetap chumilll lah.




Kan chumillll tu. :)

Tuesday, March 28, 2017

Selamat Kembali Haziq & Keluarga...

Alhamdulillah...25.3.2017 jam 12.00 p.m sampailah Haziq dan keluarga di Malaysia. Begitu begini, malam jugalah sampai ke rumahnya di Pasir Gudang, Johor.

Banyak cerita-cerita yang menarik sepanjang mereka di sana antaranya,

1. Haziq dapat mengucup batu Hajar Aswad
2. Haziq Dan Aisyah dapat ke Gua Hira'. Walaupun orang ramai...tubuh badan mereka yang kecil    
    memudahkan mereka menyelit.
3. Aisyah teruja jumpa kuicng jalanan di sana. Teringat Comel agaknya...

Jom tengok lagi gambar...

















Thursday, March 23, 2017

Lagi Gambar Di Mekah & Madinah

Alhamdulillah, dari berita yang diterima, keadaan Haziq dan keluarga di Madinah semuanya baik-baik. Cuacapun okay. Lebih kurang macam Malaysia. Maklumlah, kalau cuaca tak menentu atau sejuk, bimbang pula dengan kesihatan Haziq. Semoga mereka sekeluarga terus dilindungi olehNya.

Bab bergambar, Haziq dari kecik memang dah biasa dengan kamera. Walaupun dah naik jemu tapi masih lagi boleh memberi pose bila disuruh bergambar. Aisyah pula, ikut mood. Kadang-kadang nak suruh bergambar atau senyum memang payah. Lebih-lebih lagi bila 'pagar' depan baru jer dicabut sebelum menunaikan umrah. He he he...

Jom tengok gambar-gambar mereka



















Sunday, March 19, 2017

Gambar Di Mekah

Setelah lebih kurang 6 hari Haziq dan keluarga berada di Mekah, barulah dapat kiriman gambar mereka sekeluarga. Alhamdulillah, mereka semuanya sihat. Esok mereka akan bertolak ke Madinah pula.

Si Comel pula dah semakin selesa berada di Melaka. Dah berani nak keluar rumah dan semakin berselera makan.

Semoga terus diberikan kesihatan yang baik dan dapat menjalani ibadah dengan jiwa yang tenang.















Wednesday, March 15, 2017

Selamat Menunaikan Umrah

Haziq dan keluarga telahpun selamat menunaikan umrah pada 14.03.17. Sewaktu entri ini ditaip, mereka telahpun selamat membuat umrah wajib. Alhamdulillah, semuanya telah dipermudahkan oleh Allah...




Sebelum mereka sekeluarga berlepas ke sana, sempatlah juga mereka balik ke Melaka memberi 'sesuatu' untuk dijaga sepanjang mereka mengerjakan umrah.

'Sesuatu' yang dimaksudkan ialah si Comel, kucing kesayangan Aisyah & Haziq.

Baru sehari mereka tinggalkan si Comel...dua-dua merana sebab rindu. Si Comel macam tak bermaya bila tak digomol oleh Aisyah seperti kebiasaannya. Aisyah juga macam takder mood bila kelibat si Comel tak der.



Itulah reaksinya selepas sehari berpisah. Si Comel di Melaka..manakala Aisyah pula di Johor sebelum berlepas ke Tanah Suci.

Hanya doa yang dapat dipanjatkan pada Allah agar mereka dan para jemaah yang lain dapat menunaikan umrah dengan hati yang tenang dan moga ibadah mereka diterima olehNya.