Wednesday, January 2, 2019

01.01.2019

01.01.2019 - Selamat tahun baru kepada semua & selamat memulakan persekolahan bagi pelajar2 yang berada di Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu.

Nampaknya Aishah dah memulakan sessi persekolahannya untuk 2019. Dah tahun 4 dah. Masa memang bergerak pantas. Siapa lanbat akan ketinggalan.

Haziq pula masih lagi dalam mood bercutinya dan hanya akan mula mendaftar pada 06.01.2019.

Tahun baru & Azam berpisah tiada. Agaknya apa azam Haziq & Aishah?

Memang susah nak dapatkan jawapan bila tanya mereka. Budak-budak...biasalah, masih lagi dalam fasa belajar. Seiring dengan usia, mereka akan turut berkembang dan memahami aspek kehidupan dengan lebih mendalam lagi. Pengalamanlah yang akan mendewasakan mereka.

Walauapapun, diharapkan agar tahun 2019 memberi kesejahteraan kepada semua, dan untuk Haziq dan Aisyah, semoga perjalanan hidupmu sentiasa hangat dan bersinar serta dipenuhi dengan kebahagiaan.

Selamat Tahun Baru 2019....dan TAHNIAH kerana telah terpilih untuk menjadi pengawas sekolah pada sessi 2019. Mesti jadi pengawas Mak Jemah ni....kikiki....

YENNAREYYY!!!

















Friday, December 21, 2018

Majlis Raja Sehari 15/12/2018

Pada 15/12/2018 (Sabtu) tempohari berlangsunglah Majlis Persandingan dan Sambut Menantu untuk 3 pasang pengantin yang kesemuanya adalah sepupu kepada Haziq. Oleh kerana ingin menyambut 3 keluarga (orang sebelah) iaitu dari Negeri Sembilan, Johor dan Kelantan, maka 3 bulan sebelum majlis bermula, pembahagian tugas telahpun dibuat untuk melicinkan perjalanan majlis. Dari yang tua kepada yang muda, semuanya telah diagih-agihkan tugas. Bukan nak membebankan, tapi nak menerapkan sifat kekitaan dan sekaligus mengeratkan silaturrahim supaya terus kukuh dan subur. Nak lentur buluh biarlah dari rebungnya kan!

Ialah, nak berkumpul serentak memang susah. Time kenduri kendara macam inilah kebanyakan dari keluarga akan berkumpul walaupun tak semuanya dapat hadir.

Kalau majlis bulan 9 dulu menggunakan tema biru, majlis kali inipun menggunakan tema yang sama. Tema biru memang dirancang semenjak raya lagi supaya ianya dapat digunakan berkali-kali dan tidak membebankan semua pihak yang terlibat.

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan molek sekali. Cuacapun cerah dan cantik bersinar. Makananpun sedap dan tetamupun ramai.

Semua AJK telah melaksanakan tugas dengan jayanya. Apa agaknya tugas yang digalas oleh Haziq dan Aisyah...?

Haziq - Membaca doa
Aisyah - Pembawa Bunga Manggar

Selamat Pengantin  Baru Buat:

Khairul dan Zila
Nazmi dan Hakimah
Nazirah dan Ameer

Semoga sentiasa dalam lipahan Rahmat & Kasih SayangNya

#TillJannah






Inilah keluarga besar Haziq





Thursday, December 6, 2018

Sepenggal telah berlalu...

Penggal persekolahan 2018 telahpun melabuhkan tirainya. Cuti sekolahpun bermula. Bermakna Haziq dah berada di Sek. Men. Imtiaz Ulul Albab, Melaka. Kejap jer masa berlalu. Awal Januari 2018 mendaftar sebagai pelajar, hujung November 2018 dah habis sepenggal persekolahan.

So, sepanjang persekolahan tersebut, semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Seperti pada entri dulu, bulan pertama dan kedua di sekolah, kesihatan Haziq tak berapa baik. Maklumlah, tempat baru, sausana baru, kawan baru...dan juga baru nak belajar berjauhan dengan ibu bapa. Betullah orang cakap, masa meruapakan 'ubat' yang paling mujarab. Alah bisa, tegal biasa. Walaupun tak sepenuhnya biasa, (sebab mungkin pengalaman kehidupan sebelum duduk di asrama dijadikan perbandingan) tapi so far ianya tak menjadi suatu masalah yang besar.

Bab makanan pula...., mujurlah rumah neneknya dekat. Bolehlah dia order menu kegemaran bila time berpuasa sunat pada setiap Isnin & Khamis dan sesekali pada hujung minggu. Menu kegemarannya ialah Nasi Goreng Cili Padi Extra Pedas Tak Nak Sayur. Belum nampak jemu lagi. Kalau keluar outing pula, menu Mee Tom Yam Secret Recipe menjadi pilihan. Tapi sebenarnya dia tak kisahpun untuk makan apa dan di mana. Ok memanjang jer dia.

Time yang dia paling suka dan dok berkira hari ialah time cuti panjang sikit. Dapatlah dia balik ke Pasir Gudang. Time ni dia memang seronok. Lagi dia seronok bila dia dapat balik ke JB naik bas dengan kawan. Adalah dua kali dia dapat merasa balik sendiri dengan menaiki bas. Selebihnya kebetulan ibu bapanya datang menjemput terlanjur balik kampung atau hanya ayahnya sahaja datang ambil Haziq.

Sepanjang cuti sekolah yang sedang berlangsung, selain dari bercuti bersama keluarga ke Sunway Lagoon dan Lost World of Tambun (Haziq, Aishah dan Air...Berpisah Tiada), menghadiri majlis perkahwinan sepupunya di Kluang pada 01/12/18 dan sekali lagi di Melaka pada 15/12/18 nanti.

Selamat Bercuti Haziq.....



Gambar yang diabadikan pada kotak Pizza


Gambar yang dilukis oleh khas untuk mereka berdua oleh saudaranya di Seremban.

Tuesday, September 11, 2018

090905 - 090918 (13)

09.09.18 - Genaplah usia Haziq 13 tahun. Kebetulan pada 08/09/2018 ada Walimatulurus sepupunya, maka tahun ini dapatlah ibu, ayah dan Aishah menyambutnya bersama untuk sekian kalinya. Oleh kerana kek kahwin masih lagi elok terletak, dapatlah seluruh ahli keluarga menyambutnya sehari awal. Meriahlah sikit yer tak?!

Ialah, dengan pakaian baju melayu lengkap bersampin, kek 2 tingkat berlatarbelakangkan singgahsana pengantin yang indah....memang sambutan hari lahir yang terbaiklah buat haziq untuk tahun ini.




Sambutannya tak habis di situ. Esoknya pada 09.09.18 ayah dan ibunya ada buat sambutan yang simple dan meriah di rumah neneknya. Elemen kejutan untuk Haziq yang tidak menyangka akan hari lahirnya akan disambut sekali lagi.

Perancangan yang singkat, sementara ibu dan ayahnya membuat persiapan ringkas di rumah nenek, Haziq telah dibawa keluar sebentar dengan ditemani sepupunya Irfan, Nasrul dan juga Aishah. Bila semua dah ready, Haziq di bawa semula ke rumah dengan dibiarkan dia jalan dahulu.

Bila buka jer pintu, terkejutlah Haziq bila ada letupan dan 'hujan' kertas/riben warna warni. Ada kek dan pizza yang sudah siap terhidang. Pucat juga mukanya kerana memang terkejut. Plan yang menjadi. Unsangkarable.






Tentunya sambutan kali ini akan terpahat dalam ingatannya. Simple yer interesting. Dan yang paling penting, setiap tahun ibu, ayah dan aishah sentiasa ada di sisi untuk meraikannya bersama-sama sambil berdoa yang terbaik buat Haziq.

Selamat Hari Lahir Wan Haziq. 
Semoga Allah s.w.t. sentiasa melimpahkan Rahmat dan Kasih SayangNya serta melindungi setiap langkahmu untuk menyongsong kehidupan di masa hadapan. 
Barakallahu fi umrik

Sunday, August 26, 2018

Menyelit & Terselit

Semalam (26/08/2018), Haziq dah kembali ke asrama untuk memulakan sessi persekolahan selepas cuti panjang sempena Aidiladha. Tahun ini Haziq dan keluarga menyambut Raya Haji di Pasir Gudang.

Sebelum pulang ke Pasir Gudang, sempatlah juga meraikan perkahwinan sepupunya pada 18/08/18. Selamat Pengantin Baru buat Khairul & Zila

Antara gambar yang sempat dirakan ketika majlis berlangsung...



Bila bercakap pasal gambar, bila dibelek-belek gambar aktiviti disekolahnya, memang selalu gambar Haziq akan terselit. Samada secara kebetulan ataupun haziq memang suka menyelit. He he he.

Cuba tengok gambar-gambar dibawah:-






Dua acara yang berbeza dan berlainan waktu dengan kunjungan orang yang sama (Mantan TPM). Kelibat Haziq mesti ada disekitar acara. Kan?!

Pada 27/07/18 yang lalu, Haziq telah mengikuti Program Akhi 2.0. Kalau dulu Haziq dan dua orang kawannya telah menginap di rumah nenek Haziq dan melakukan pelbagai aktiviti, kini giliran Haziq pula menginap di rumah kawannya Aqil selama 3 hari 2 malam.

Yang menariknya, gambar Haziq semasa program Akhi 1.0 telah dipilih sebagai antara gambar yang digunakan sebagai banner untuk Program Akhi 2.


Terima kasih kepada keluarga Akil yang telah melayan dan memenuhi keperluan harian Haziq selama program tersebut berjalan.



Semoga silaturrahim yang terjalin dapat diteruskan.

Sunday, July 15, 2018

16.07.2018

16.07.1998 - Khamis tepat jam 3.20 petang, telah kembalinya seorang insan bernama Daut Bin Haji Abdul Ghani bertemu Penciptanya.

Hari ini 16.07.2018 (Isnin) genaplah 20 tahun pemergian Atuk Haziq (bapa kepada ibu Haziq). Haziq memang tak berkesempatan nak jumpalah sebab 20 tahun yang lalu, umur ibu Haziq baru 17 tahun. Sedang sibuk nak ambil peperiksaan SPM.

Al Fatihah untuk Allahyarham Daut Bin haji Abdul Ghani. Semoga rohnya dicucuri Rahmat.

16.07.2009 - Lahirnya seorang bayi perempuan comel yang diberina nama Wan Aishah Binti Wan Marzi.

Hari ini, 16.07.2018 genaplah umurnya 9 tahun. Selamat Hari Lahir Aishah...semoga sentiada dalam Rahmat dan kasih Sayangnya.

Pertama kali Aishah menyambut hari lahir tanpa Haziq di sisi. Selalunya mereka berdua pasti di bawa makan diluar. Tapi tahun ini Aishah menyambutnya dengan kawan-kawan sekolah.


Gambar di atas adalah gambar Aishah tahun lepas setelah gigi kapaknya yang rosak dicabut. Lepas cabut lambat pulak nak tunggu gigi baru tumbuh. Berulang kali jugalah pergi ke klinik gigi untuk membuat pemeriksaan dan mengetahui punca kenapa giginya lambat tumbuh.





Gambar ini diambil semasa proses mencabut gigi yang telah rosak untuk memberi peluang kepada gigi baru tumbuh.




Oleh kerana gigi baru tak juga tumbuh-tumbuh, akhirnya doktor gigi membuat pembedahan kecil dengan membelah sedikit gusi supaya memberi ruang kepada gigi baru untuk keluar dan tumbuh seperti biasa. Kesian dia menahan sakit sampai terlena tidur.


Alhamdulillah....menjelang Raya dapatlah Aishah beraya dengan gigi barunya. Harap dapatlah dijaga dengan baik sebab nak pakai lama....hehehe.

So hari ini, genaplah umur Aishah 9 tahun. Sedikit sambutan telah dibuat khas untuk meraikannya.





Selamat Hari Lahir Aishah....
semoga menjadi anak yang solehah
semoga Allah kabulkan cita-citamu
semoga Allah permudahkan jalan kehidupanmu
semoga membesar dengan sihat
semoga dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara

Dan...., jika atuk Daut masih ada, kamulah orang yang paling beruntung sekali.

Wednesday, July 11, 2018

Kembali Fokus...

Bulan Syawal dahpun hampir ke penghujung. Cuti raya dah lama berlalu. Persekolahan dah berjalan seperti biasa. Walaupun seronok bercuti bersama keluarga, bila time sekolah...kena sekolahlah.

Begitulah juga Haziq, walaupun seronok dengan aktiviti-aktiviti yang menarik, sampai masanya kena kembali semula ke sekolah. Oleh kerana masih lagi dalam suasana raya, maka pada 07/07/2018, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 bertemakan Kesultanan Melayu Melaka dengan slogan "Muafakat Membawa Berkat'.

Dah namapun Raya, pelbagai juadah disediakan. Persembahan dari setiap firqah dan juga persembahan khas dari ibu bapa firqah Itqan.

Oleh kerana kekangan masa dan jarak, ibu bapa Haziq tidak dapat hadir untuk memeriahkan majlis. Mungkin di lain kesempatan. Insya Allah.

Hmm...dengar khabar, Haziq tidak dapat turut serta dalam persembahan Firqahnya pada hari tersebut kerana Sampin Sekolahnya Hilang. Biasalah bila dah duduk asrama. Hilang dan asrama memang tidak dapat dipisahkan. Jodoh kot. Hehehe. Dah namapun Sampin sekolah, kenalah ganti sebab ianya akan selalu dipakai. Jangan hilang kali kedua dahlah!!

Kesempatan ini juga diucapkan TAHNIAH kepada Mohd Irfan Bin Ramle (sepupu Haziq) yang telah mendaftarkan diri pada 03/07/18 yang lalu di Kolej Mara Banting menjadi pelajar IB (International Baccalaureate) sebagai persediaan sebelum berangkat ke luar negara. Insya Allah.

Semoga Haziq juga akan mengikut jejak langkahnya...so kenalah FOKUS...