Nenek Haziq di kampung memang dianugerahkan oleh Allah bakat untuk menanam pokok dan bunga. Semailah benih apapun, Insya Allah pasti menjadi. Antara pokok-pokok bunga yang paling Nek Mun minat ialah pokok orkid.
Memang dah menjadi minat Nek Mun sejak dulu lagi. Tak pernah ada istilah 'bersara' dari membelek bunganya. Walaupun kudratnya (dah 76 umurnya) tidaklah seperti dahulu, tapi bila rasa sihat sikit, pasti Nek Mun akan membelek, membaja, membuang anak-anak rumput dan memindahkan anak-anak pokok orkidnya.
Kadang-kadang ramai juga orang yang singgah untuk membeli dan bertanya petua bagaimana Nek Mun menjaga pokok orkidnya. Tiada petua yang khusus. Macam orang lain juga, sesekali letak baja, sembur racun semut dekat daunnya dan gunakan air beras dan air bilasan ikan. Itu jer. Tapi mungkin sebab Nek Mun ikhlas. Bukan sebab tanam nak dapatkan keuntungan, tetapi sebab minat yang mendalam.
Bila time pokok orkid Nek Mun berbunga serentak, cantik halamannya. Dah jadi seperti Kebun Bunga. Bila ada majlis perkahwinan cucunya, kelopak bunga Ros Nek Munlah akan menjadi penyeri bunga rampai.
Nak disenaraikan nama-nama pokok orkid yang ada, memang tak tahulah....tapi jom tengok gambar-gambar yang sempat di ambil...
* Opss...Nek Mun pun suka bela ayam. Walaupun Nek Mun tak makan ayam kampung, dan kadang-kadang monyet duk curi telur ayam yang sedang mengeram...Alhamdulillah, ayamnya sentiasa menjadi dan membiak.
Monday, January 7, 2019
Wednesday, January 2, 2019
01.01.2019
01.01.2019 - Selamat tahun baru kepada semua & selamat memulakan persekolahan bagi pelajar2 yang berada di Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu.
Nampaknya Aishah dah memulakan sessi persekolahannya untuk 2019. Dah tahun 4 dah. Masa memang bergerak pantas. Siapa lanbat akan ketinggalan.
Haziq pula masih lagi dalam mood bercutinya dan hanya akan mula mendaftar pada 06.01.2019.
Tahun baru & Azam berpisah tiada. Agaknya apa azam Haziq & Aishah?
Memang susah nak dapatkan jawapan bila tanya mereka. Budak-budak...biasalah, masih lagi dalam fasa belajar. Seiring dengan usia, mereka akan turut berkembang dan memahami aspek kehidupan dengan lebih mendalam lagi. Pengalamanlah yang akan mendewasakan mereka.
Walauapapun, diharapkan agar tahun 2019 memberi kesejahteraan kepada semua, dan untuk Haziq dan Aisyah, semoga perjalanan hidupmu sentiasa hangat dan bersinar serta dipenuhi dengan kebahagiaan.
Selamat Tahun Baru 2019....dan TAHNIAH kerana telah terpilih untuk menjadi pengawas sekolah pada sessi 2019. Mesti jadi pengawas Mak Jemah ni....kikiki....
YENNAREYYY!!!

Friday, December 21, 2018
Majlis Raja Sehari 15/12/2018
Pada 15/12/2018 (Sabtu) tempohari berlangsunglah Majlis Persandingan dan Sambut Menantu untuk 3 pasang pengantin yang kesemuanya adalah sepupu kepada Haziq. Oleh kerana ingin menyambut 3 keluarga (orang sebelah) iaitu dari Negeri Sembilan, Johor dan Kelantan, maka 3 bulan sebelum majlis bermula, pembahagian tugas telahpun dibuat untuk melicinkan perjalanan majlis. Dari yang tua kepada yang muda, semuanya telah diagih-agihkan tugas. Bukan nak membebankan, tapi nak menerapkan sifat kekitaan dan sekaligus mengeratkan silaturrahim supaya terus kukuh dan subur. Nak lentur buluh biarlah dari rebungnya kan!
Ialah, nak berkumpul serentak memang susah. Time kenduri kendara macam inilah kebanyakan dari keluarga akan berkumpul walaupun tak semuanya dapat hadir.
Kalau majlis bulan 9 dulu menggunakan tema biru, majlis kali inipun menggunakan tema yang sama. Tema biru memang dirancang semenjak raya lagi supaya ianya dapat digunakan berkali-kali dan tidak membebankan semua pihak yang terlibat.
Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan molek sekali. Cuacapun cerah dan cantik bersinar. Makananpun sedap dan tetamupun ramai.
Semua AJK telah melaksanakan tugas dengan jayanya. Apa agaknya tugas yang digalas oleh Haziq dan Aisyah...?
Haziq - Membaca doa
Aisyah - Pembawa Bunga Manggar
Selamat Pengantin Baru Buat:
Khairul dan Zila
Nazmi dan Hakimah
Nazirah dan Ameer
Semoga sentiasa dalam lipahan Rahmat & Kasih SayangNya
#TillJannah

Inilah keluarga besar Haziq
Thursday, December 6, 2018
Sepenggal telah berlalu...
Penggal persekolahan 2018 telahpun melabuhkan tirainya. Cuti sekolahpun bermula. Bermakna Haziq dah berada di Sek. Men. Imtiaz Ulul Albab, Melaka. Kejap jer masa berlalu. Awal Januari 2018 mendaftar sebagai pelajar, hujung November 2018 dah habis sepenggal persekolahan.
So, sepanjang persekolahan tersebut, semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Seperti pada entri dulu, bulan pertama dan kedua di sekolah, kesihatan Haziq tak berapa baik. Maklumlah, tempat baru, sausana baru, kawan baru...dan juga baru nak belajar berjauhan dengan ibu bapa. Betullah orang cakap, masa meruapakan 'ubat' yang paling mujarab. Alah bisa, tegal biasa. Walaupun tak sepenuhnya biasa, (sebab mungkin pengalaman kehidupan sebelum duduk di asrama dijadikan perbandingan) tapi so far ianya tak menjadi suatu masalah yang besar.
Bab makanan pula...., mujurlah rumah neneknya dekat. Bolehlah dia order menu kegemaran bila time berpuasa sunat pada setiap Isnin & Khamis dan sesekali pada hujung minggu. Menu kegemarannya ialah Nasi Goreng Cili Padi Extra Pedas Tak Nak Sayur. Belum nampak jemu lagi. Kalau keluar outing pula, menu Mee Tom Yam Secret Recipe menjadi pilihan. Tapi sebenarnya dia tak kisahpun untuk makan apa dan di mana. Ok memanjang jer dia.
Time yang dia paling suka dan dok berkira hari ialah time cuti panjang sikit. Dapatlah dia balik ke Pasir Gudang. Time ni dia memang seronok. Lagi dia seronok bila dia dapat balik ke JB naik bas dengan kawan. Adalah dua kali dia dapat merasa balik sendiri dengan menaiki bas. Selebihnya kebetulan ibu bapanya datang menjemput terlanjur balik kampung atau hanya ayahnya sahaja datang ambil Haziq.
Sepanjang cuti sekolah yang sedang berlangsung, selain dari bercuti bersama keluarga ke Sunway Lagoon dan Lost World of Tambun (Haziq, Aishah dan Air...Berpisah Tiada), menghadiri majlis perkahwinan sepupunya di Kluang pada 01/12/18 dan sekali lagi di Melaka pada 15/12/18 nanti.
Selamat Bercuti Haziq.....

Gambar yang diabadikan pada kotak Pizza
Gambar yang dilukis oleh khas untuk mereka berdua oleh saudaranya di Seremban.
Tuesday, September 11, 2018
090905 - 090918 (13)
09.09.18 - Genaplah usia Haziq 13 tahun. Kebetulan pada 08/09/2018 ada Walimatulurus sepupunya, maka tahun ini dapatlah ibu, ayah dan Aishah menyambutnya bersama untuk sekian kalinya. Oleh kerana kek kahwin masih lagi elok terletak, dapatlah seluruh ahli keluarga menyambutnya sehari awal. Meriahlah sikit yer tak?!
Ialah, dengan pakaian baju melayu lengkap bersampin, kek 2 tingkat berlatarbelakangkan singgahsana pengantin yang indah....memang sambutan hari lahir yang terbaiklah buat haziq untuk tahun ini.
Sambutannya tak habis di situ. Esoknya pada 09.09.18 ayah dan ibunya ada buat sambutan yang simple dan meriah di rumah neneknya. Elemen kejutan untuk Haziq yang tidak menyangka akan hari lahirnya akan disambut sekali lagi.
Perancangan yang singkat, sementara ibu dan ayahnya membuat persiapan ringkas di rumah nenek, Haziq telah dibawa keluar sebentar dengan ditemani sepupunya Irfan, Nasrul dan juga Aishah. Bila semua dah ready, Haziq di bawa semula ke rumah dengan dibiarkan dia jalan dahulu.
Bila buka jer pintu, terkejutlah Haziq bila ada letupan dan 'hujan' kertas/riben warna warni. Ada kek dan pizza yang sudah siap terhidang. Pucat juga mukanya kerana memang terkejut. Plan yang menjadi. Unsangkarable.
Tentunya sambutan kali ini akan terpahat dalam ingatannya. Simple yer interesting. Dan yang paling penting, setiap tahun ibu, ayah dan aishah sentiasa ada di sisi untuk meraikannya bersama-sama sambil berdoa yang terbaik buat Haziq.

Selamat Hari Lahir Wan Haziq.
Semoga Allah s.w.t. sentiasa melimpahkan Rahmat dan Kasih SayangNya serta melindungi setiap langkahmu untuk menyongsong kehidupan di masa hadapan.
Barakallahu fi umrik
Sunday, August 26, 2018
Menyelit & Terselit
Semalam (26/08/2018), Haziq dah kembali ke asrama untuk memulakan sessi persekolahan selepas cuti panjang sempena Aidiladha. Tahun ini Haziq dan keluarga menyambut Raya Haji di Pasir Gudang.
Sebelum pulang ke Pasir Gudang, sempatlah juga meraikan perkahwinan sepupunya pada 18/08/18. Selamat Pengantin Baru buat Khairul & Zila
Antara gambar yang sempat dirakan ketika majlis berlangsung...
Bila bercakap pasal gambar, bila dibelek-belek gambar aktiviti disekolahnya, memang selalu gambar Haziq akan terselit. Samada secara kebetulan ataupun haziq memang suka menyelit. He he he.
Cuba tengok gambar-gambar dibawah:-
Dua acara yang berbeza dan berlainan waktu dengan kunjungan orang yang sama (Mantan TPM). Kelibat Haziq mesti ada disekitar acara. Kan?!
Pada 27/07/18 yang lalu, Haziq telah mengikuti Program Akhi 2.0. Kalau dulu Haziq dan dua orang kawannya telah menginap di rumah nenek Haziq dan melakukan pelbagai aktiviti, kini giliran Haziq pula menginap di rumah kawannya Aqil selama 3 hari 2 malam.
Yang menariknya, gambar Haziq semasa program Akhi 1.0 telah dipilih sebagai antara gambar yang digunakan sebagai banner untuk Program Akhi 2.
Terima kasih kepada keluarga Akil yang telah melayan dan memenuhi keperluan harian Haziq selama program tersebut berjalan.
Semoga silaturrahim yang terjalin dapat diteruskan.
Sebelum pulang ke Pasir Gudang, sempatlah juga meraikan perkahwinan sepupunya pada 18/08/18. Selamat Pengantin Baru buat Khairul & Zila
Antara gambar yang sempat dirakan ketika majlis berlangsung...
Bila bercakap pasal gambar, bila dibelek-belek gambar aktiviti disekolahnya, memang selalu gambar Haziq akan terselit. Samada secara kebetulan ataupun haziq memang suka menyelit. He he he.
Cuba tengok gambar-gambar dibawah:-
Dua acara yang berbeza dan berlainan waktu dengan kunjungan orang yang sama (Mantan TPM). Kelibat Haziq mesti ada disekitar acara. Kan?!
Pada 27/07/18 yang lalu, Haziq telah mengikuti Program Akhi 2.0. Kalau dulu Haziq dan dua orang kawannya telah menginap di rumah nenek Haziq dan melakukan pelbagai aktiviti, kini giliran Haziq pula menginap di rumah kawannya Aqil selama 3 hari 2 malam.
Yang menariknya, gambar Haziq semasa program Akhi 1.0 telah dipilih sebagai antara gambar yang digunakan sebagai banner untuk Program Akhi 2.
Semoga silaturrahim yang terjalin dapat diteruskan.
Subscribe to:
Posts (Atom)