Monday, August 26, 2019

Program Hafazan Aqsa Bermula


Apa khabar Haziq ek?!

Alhamdulillah...dia sihat dan ceria. Kehidupan dia di SM Imtiaz berjalan lancar. Cuma dia dah tak order Nasi Goreng Kampung pada setiap Isnin dan Khamis dah. Kalau cuti mingguan yang diwajibkan balik, dia akan terus balik ke Johor dengan bas dengan kawannya. Ibu & Ayahnya tak perlu lagi datang untuk menjemputnya. Hanya tunggu di stesen bas di sana sahaja.So far, semua nya dipermudahkan. Alhamdulillah.

Naik sahaja dari cuti pertengahan penggal ke-2 tempohari, peperiksaan dah menanti. Hujung minggu pula pelbagai program Motivasi diadakan. Disamping program tersebut, pelajar Form 1 & 2 kena cukur kepala botak. 

Dan...bermula dari 26/8/19 sehinggalah 22 November 2019, Program Hafazan Aqsa bermula. Target 7 muka surat satu hari. Semoga Haziq, dan semua yang terlibat dikurniakan daya ingatan yang baik seterusnya pada akhir program nanti dapat menghafal 30 juzuk Al-Quran dengan jayanya dan seterusnya bergelar Al-Hafiz. Semoga dipermudahkan. Insya Allah.

Gambar semasa outing sebelum cuti pertengahan penggal (Belum Gonjeng)




Gambar terbaru sebelum program Aqsa bermula (Dah Gonjeng)











Wednesday, July 17, 2019

16-07-1998 | 16-07-2009 |16-07-2019

16-07-1998 - Khamis

Pada hari ini, Khamis jam 3.20 petang telah kembalinya Daut Bin Hj Abdul Ghani ke Rahmatullah pada usianya 56 tahun. AL Fatihah untuk Tok Daut. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang mendapat RahmatNya.

Namamu sentiasa menjadi sebutan dalam setiap tadahan doa...

16-07-2009 - Khamis

Pada hari ini, kebetulan Khamis juga lahirlah seorang bayi perempuan ke dunia ini. Wan Aishah...itulah nama diberi. Nama yang dipilih dan disebut-sebut oleh abangnya Wan Haziq yang ketika itu baru sahaja berusia 4 tahun.

Aishah dalam bahasa arab bermakna - perempuan dan kehidupan.

16-07-2019 - Selasa

Genaplah 10 tahun umur Aishah pada tarikh ini.

Selamat Hari Lahir Aishah. 
Semoga dikurniakan kecantikan dan kecerdasan seperti isteri Rasulullah - Aisyah Abu Bakar. Menjadi anak yang Solehah dan dimakbulkan segala cita-cita dan impian. Amiinn....

Seperti tahun-tahun sebelumnya, sambutan selalunya dibuat di sekolah. Diraikan oleh rakan sekelas sambil berkongsi kegembiraan dan rezeki.

Jom kita tengok gambar-gambar yang sempat dirakamkan..









Thursday, July 4, 2019

Majlis Tautan Kasih Aidilfitri - SM Imtiaz Ulul Albab

As Salam...

Dah lama tak update, bukannya takde idea, entah kenapa tak boleh masuk blog ni. Naik hairan juga. Dah 2/3 kali berlaku. Hmm....

Sempena Aidilfitri yang lalu, SM Imtiaz telah mengadakan Majlis Tautan Kasih Aidilfitri untuk meraikan pelajar, ibu bapa serta semua warga SM Imtiaz. Sepatutnya, pada minggu tersebut Haziq balik ke rumah neneknya untuk menghabiskan cuti hujung minggu, tetapi oleh kerana Haziq terpilih untuk membuat persembahan mewakili Firqah Itqan, maka hujung minggunya dihabiskan dengan berlatih bersama kawan-kawannya.

Ye ker Haziq ambil bahagian?! Itulah persoalan besar yang bermain di kepala ibu bapanya. Ialah, kadang-kadang nama jer ambil bahagian, tapi bila ibu bapa menghadirkan diri, takdapun kelibatnya membuat persembahan. Layan jer laaa...

Oleh kerana hari Ahad 30/6/19 hari bekerja untuk negeri Johor. Maka ayah dan ibunya tidak dapat turut serta dalam majlis tersebut. Tapi atas rasa tanggungjawab dan sokongan kepada Haziq, mereka ada balik pada Jumaat & Sabtu sebelum majlis untuk menjenguk Haziq di Asrama.

Jadi selepas majlis berakhir, ada ibu bapa dalam group whatsapp Firqah Itqan telah berkongsi suasana majlis tersebut. Antaranya ialah persembahan firqah Itqan....

Wah, bukan main seronok Haziq dan kawan-kawannya membuat persembahan. Iyerlah...., betullah Haziq buat persembahan. Dan paling menarik, Firqah Itqan muncul juara mengalahkan Firqah-Firqah lain.

Jom kita tengok persembahan mereka....




TERBAIKLAH!!


Wednesday, April 24, 2019

KOSMO 15/04/19

Kalau zaman 80 - 90 an dulu, masa zaman takda internet sosial media lain, ruangan Kembang Setaman dalam majalah URTV kalau tak silap cukup popular. Pembaca hantar gambar berukuran passport dan butiran diri ringkas serta alamat surat menyurat dengan tujuan untuk mencari sahabat atau kenalan yang dikenali dengan Sahabat Pena. Itu zaman tulis surat pakai kertas kajang. Kirim surat hari ni....nak tunggu balasan mungkin bulan depan baru teriuma. Dah tak ingat dah tulis atau tanya apa. Ha ha ha...

Sekarang ni dah takda dah ruangan seperti tu. Nak cari sahabat zaman la ni, banyak sosial media seperti FB, Twitter, Instagram, Whatsapp dan macam-macam applikasi lagi. Sahabat Maya namanya. Tulis e-mail hari ni, sok lusa dah dapat balasan. Bila dah ada SMS, hari ni hantar pesanan, sat gi dapat balasan. Bila dah ada Whatsapp, jam ni tulis, jam tu juga dapat tahu dah baca ke belum. Hehehe...mudah kan?

Intro punyalah panjang, tapi sebenarnya nak cerita pasal si Haziq ni jadi glamor sekejap dengan kawan-kawan sekolah lepas mukanya masuk Kosmo. Alkisahnya, masa hantar 'order' dia (menu macam biasa..nasi goreng kampung) pada 8/4/19 - Isnin, untuk dia berbuka puasa nanti, doklah sembang2 dgn dia. Selalunya dia akan duduk dulu dalam kereta untuk ambil sejuk air cond. Sambil duduk tu dia baca akhbar Kosmo.

Terus suruh dia posing sikit, nak hantar ke ruangan pembaca setia Kosmo. Mula-mula dia tak mahu. Segan katanya. So, tak jadilah nak hantar. Hari Khamis 11/4/19 masa hantar 'order' dia hari tu, dia tanya, dah keluar ke muka dia dalam Kosmo.

Aik..tu hari dia tak bagi, tapi mengharap pula sekarang?! Hehehe..bila dia bagi lampu hijau, malam tu terus hantar ke Kosmo. Hari Isnin 15/4/19 kebetulan Melaka cuti pada hari tersebut, maka keluarlah muka Haziq dalam ruangan Pembaca Setia Kosmo.

Hebohlah sekejap dalam group whatsapp keluarga, dan ustaz dan kawan-kawannya ada yang perasan. Kecohlah kejap dekat Instagram. Fofuler lah kejap si Haziq. Siap suruh simpan elok-elok keratan akhbar tersebut. Hehehehe....

Ni gambar nya....yang dihantar dan yang disiarkan.




Macam Retis dah...

Tuesday, March 5, 2019

Temu Murni

Pada 2/3/19 (Sabtu) yang lalu, Sek. Men. Imtiaz Ulul ALbab Melaka telah membuat 3 program serentak iaitu:-

1. Temu Murni Untuk Setiap Tingkatan
2. Pelancaran Pelan Strategik SPM 2019
3. Mesyuarat Agung Muafakat kali Ke -6 2019

Temu Murni adalah pertemuan anatara ibu bapa dan guru untuk membincangkan prestasi semasa anak-anak supaya jika ada kekurangan dapat diperbaiki. Penilaiain ini penting supaya ibu bapa dapat maklumat yang betul dari sumber yang betul. Kalau nak ikut cakap anak-anak...ok jer manjang. Hehehe...

Selain itu, ibu bapa juga didedahkan dengan subjek-subjek akademik yang diambil oleh anak-anak mereka.

Program telah berlangsung dengan jayanya. So camana prestasi Haziq?

Mengikut kata gurunya.....



Dah baca?

Bab ancaman TIDUR tu rasanya kebanyakan pelajar asrama akan mengalami simptom yang sama. Cuma kalau masa Haziq kecik dulu, memang payah dia nak tidur. Terlampau aktif....kalau tidurpun time dia dalam kereta. Enjin kereta berhenti jer...dia dah sedar semula.

Apapun, Haziq perlu gandakan usaha untuk bersaing dengan kawan-kawan dalam persaingan yang sihat. Kena fokus...fokus...dan fokus. Kurangkan bermain dan jangan leka.





Untuk menjadi terbaik dikalangan yang terbaik bukanlah satu perkara yang mudah tetapi ianya bukan juga mustahil. Jika ada kesungguhan dan iltizam yang tinggi, nescaya ianya akan dapat dicapai. Kalau hendak berjaya, kena berkorban sikit. Persekitaran dah banyak membantu, cuma perlukan usaha yang berterusan dan konsisten.

Insya Allah, semoga Haziq dapat buat yang terbaik.


Wednesday, February 13, 2019

Tahun Ke-2 di SM Imtiaz Ulul Albab, Masjid Tanah

2019 - Tingkatan 2 dah Haziq. Bermakna tahun ke-2 dia di sekolah itu. Ada beza tak dengan tahun pertama?

Eh tentulah ada. Kalau tahun pertama, nak cari keserasian dengan persekitaran baru, kawan baru, berjauhan dengan ibu bapa pastilah mengambil masa. Tahun ke-2 kelihatan Haziq lebih bersedia dan tenang mengawal situasi. Dah jadi abang-abang ler katakan. Hehehe...

Kalau dulu, awal-awal tahun semput asyik menyerang, kali ini Alhamdulillah. Kesihatannya stabil dan terkawal.

Kalau dulu, bila pergi melawatnya, lemah longlai jer dia berjalan. Kali ini, berlari dia kereta dan siap ada raket badminton di tangannya. Masa riadahnya terisi diwaktu petang. Dia semakin selesa dengan kawan-kawannya.

Kalau dulu, kerap sangat dia telefon ibu dan ayahnya. Tapi kali ini, kena merayu suruh dia telefon ibu dan ayahnya. Hi Hi Hi...Ibunya pula yang domam ghindu. Yang ni kelakar kan.

Kalau dulu, jumpa nenek dia hanya bersalam cium tangan. Tapi kali ini, siap melekap peluk cium sekali. Nenek dia lagilah gembira dengan perubahan ini.

Kalau dulu dalam seminggu mesti ada order nasi goreng kampung sebagai menu dia berbuka puasa pada Isnin dan Khamis...kadangkala extra order untuk hari Ahad. Tapi kali ini, untuk sebulan pertama ini, jarang...sesekali jer dia order. Itupun pada hari Ahad.

Perubahan itu kadangkala berlaku tanpa disedari. Banyak faktor penyumbang. Pengalaman, persekitaran, kematangan dan pengaruh org sekeliling. Ianya tumbuh seiring dengan perkembangan usia. Tapi zaman dia kanak-kanak dulu paling best untuk diingat kerana keletahnya dan kepetahannya bercakap. Kini, dia lebih banyak berdiam dan cakap bila perlua. Cuma bila mood dia datang nak berbual dan topik pula kena dengan 'selera' dia, memang syoklah.

Apapun...semoga Allah sentiasa memelihara Haziq...dan memakbulkan segala impian dan cita-citanya. Asalkan dia happy....okaylah tu kan!

Tak caya ker dia happy? Jom tengok gambar2 dia ni...kan muka ada senyummmm 😃😄😅😆







Friday, January 11, 2019

Keajaiban Dunia No. 8 ialah....



....bila ibu Haziq pandai buat klip klip kat bawah nie haa. Kih Kih Kih...Jom Layan...