Wednesday, June 17, 2020

Salam Aidilfitri 2020

Tidak terlewat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.

Tahun ini merupakan tahun yang paling bersejarah untuk umat Islam di Malaysia khususnya dan di dunia amnya dalam menyambut Ramadhan & Syawal.

Oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18/3, merentas negeri untuk balik beraya adalah tidak dibenarkan. Oleh sebab itu, ramailah yang beraya di rumah masing-masing dan menyambutnya secara sederhana. Haziq juga buat pertama kalinya beraya dirumahnya sendiri di Johor.

Walaupun begitu, atas komitmen semua ahli keluarga, satu projek raya 2020 dengan tema #JarakMendekatkanKita telahpun dibuat. Projek ini dibuat khas sebagai satu cabaran kepada semua dengan satu persoalan yang besar - Adakah projek ini akan berjaya?

Semua ahli keluarga sedia maklum yang bermula dari tahun 2002 - 2019, setiap kali malam raya, pastinya ada acara yang dibuat khas untuk ahli keluarga berkumpul sambil bermesra. Oleh kerana Malaysia masih lagi dalam tempoh PKP, acara untuk malam raya 2020 tidak dapat diadakan.

Jadi, untuk memastikan adakah program yang dianjurkan selama ini untuk memupuk semangat kekitaan dan mengeratkan tali silaturrahim dalam keluarga benar-benar berjaya! Atau ianya hanya sekadar rutin tahunan yang tidak memberi impak apa-apa dalam jiwa setiap ahli keluarga. Haaa, seram kan! He he he.

Alhamdulillah..., semuanya memberikan kerjasama dan komitmen yang meletup. Walaupun terpisah dengan jarak - Melaka - Johor - Pahang - Perak - Selangor - Kuala Lumpur, tetapi semangat kekeluargaan tetap dekat di hati.

Maka, dengan menggunakan medium whatsapp, setelah membuat perbincangan konsep yang hendak dibuat, maka bermulalah sessi menghantar klip masing masing. Tempoh masa yang diberi ialah dari 9/5/2020 sehinggalah sebelum atau pada 16/5/2020 .

Hasilnya....dari 57 orang anggota keluarga, 53 telah berjaya melaksanakan tugas dengan jayanya. Hanya 4 orang (dari 1 keluarga) sahaja yang tidak dapat memberikan komitmn atas sebab-sebab yang tertentu. Kira oklah tu. Lebih kurang 93%. Kirakan A++ punya komitmen.

Walaupun begitu, ada juga yang hantar klip salah konsep. mereka tetap kool untuk hantar semula klip mengikut konsep yang diminta. Akhirnya pada 22/5/2020 pada jam 6.46 pagi, setelah beberapa kesilapan teknikal berlaku, tayangan perdana #JarakMendekatkanKita telah dilancarkan di FB ibunya si Haziq.

Tahniah untuk semua. Jom kita nengok....







Tuesday, June 2, 2020

Chef Haziq

Walaupun dalam tempoh PKP, SM Imtiaz Ulul Albab tetap melaksanakan pembelajaran dalam talian. Pada 16/5 - 21/5 tempohari telah berlangsungnya Peperiksaan Pertengahan Tahun secara dalam talian bagi tingkatan 1,2 dan 3.

Setiap pelajar menggunakan aplikasi Google Classroom. Kata laluan diberikan 5 minit sebelum peperiksaan bermula. Yang jadi pengawas peperiksaan...ibu bapalah, siapa lagi.



Selain itu, ada ketikanya Haziq akan menjadi chef bila dia teringin nak makan sesuatu. Ala, masak yang simple-simple yang tak renyah penyediaannya.

Antara yang dia dah cuba buat dan menjadi kata ibunya ialah...Puding Roti dengan Sos Kastad.



Cantik kejadiannya dan lemak berkrim bak kata ibunya.

Sagu Gula Melaka pun dia ada cuba buat.





Nampak sangat menyelerakan.....

Cuma nak tanya ibunya, lepas dia buat semua ni, dapur porak peranda tak? Sebab kalau ikutkan gen nenek disebelah ibunya, memang neneknya akan bagi anak-anak dia bebas menggunakan dapur tapi kena pastikan semuanya kembali seperti sedia kala. Tak kecah atau bersepah.

At least adalah asas ilmu memasak sedikit sebanyak. Esok lusa bila duduk berjauhan dengan keluarga, taklah kekok nak masak sendiri. Tahulah beza halia dan kunyit, daun sup dengan daun ketumbar. Kira masak untuk lepas isi perut sendiri, dah kira okaylah tu.

Tak Gitu?!!!!

Tuesday, May 12, 2020

Aktiviti PKP

Apa aktiviti sepanjang PKP Haziq?

Macam budak-budak zaman sekarang la, yang bersangkut paut dengan gadget. Dan hasilnya....










Oleh kerana video-video tersebutlah, maka pada tahun ini, Haziq telah ditugaskan untuk edit video Projek Raya 2020 untuk keluarga. Kita tunggulah hasilnya...


Tuesday, April 28, 2020

RAMADHAN 2020 dan KITA JAGA KITA

Kehadiran Ramadhan pada tahun ini pastinya akan menjadi catatan sejarah untuk semua rakyat Malaysia. Kemungkinan besar juga kehadiran Syawal nanti akan terkesan sama.

Ini kerana pada ketika ini Malaysia masih lagi dalam tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dari 18/3 hingga 12/5- dalam 4 Fasa* akibat daripada pandemik COVID-19 yang telah melanda kebanyakan negara di dunia.

Semoga kita semua tabah dalam mengharungi dugaan ini dan pastinya ada hikmah yang tersembunyi. Apa hikmahnya?

Itu kena jawab sendirilah kerana ianya berbeza antara individu dengan individu yang lain. Bergantung dari sisi mana dia melihat pada musibah yang berlaku.

Sama-samalah kita berdoa agar wabak ini segera berakhir dan akan ada Vaksin yang dapat menyembuhkan pada waktu yang terdekat ini.

Apa yang penting, sentiasalah jaga kebersihan diri dan elakkan berada ditempat tumpuan ramai dan duduk diam diam di rumah.

Sempena dengan kehadiran ramadhan pada tahun ini, terimalah perutusan khas dari keluarga Haziq.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.








#KitaMestiMenang

#KitaJagaKita

* setakat 28/04/2020.

Thursday, January 23, 2020

2020 - Tahun Ke -3 di Imtiaz

Sebut 2020, perkara pertama yang terlintas adalah WAWASAN 2020. Masa WAWASAN 2020 ini dilancar atau diumumkan dalam Rancangan Malaysia Ke-6 pada tahun 1991, Haziq lom ada lagi.

Tapi apa yang pasti, tahun 2020 ini Haziq akan menduduki PT3. Masih lagi di SM Imtiaz Ulul Albab, Melaka. Dah jadi senior dah. Haziq semakin selesa dengan suasana dan kawan-kawan di sana. Tiada lagi kedengaran untuk bertukar sekolah seperti pada awal-awal kemasukannya ke sana.

Awal tahun, pelbagai program yang telah diarur oleh pihak sekolah. Program yang dikenali sebagai Ihtifal Imtiaz 2020. Lebih kurang macam program 'perjumpaan besar' untuk pelajar-pelajar sekolah. Antara programnya seperti yang dikemaskini pada FB page sekolah ialah Kalam Jamaie (Macam Choral Speaking). Selak punya selak gambar-gambar yang dikongsi, terjumpalah gambar Haziq...
Meh tengok..






Dah semakin tinggi kan? Yer...besar dah. Suarapun dah pecah. Hehehe...

Hari kedua Ihtifal Imtiaz pula iala Merentas Desa. Memang syoklah sebab melalui jalan kampung-jalan kamlung dan rumah-rumah penduduk berdekatan. SM Imtiaz memang dikelilingi oleh rumah-rumah orang kampung.


Menang atau kalah, belakang kira. Yang penting lepas merentas desa...kita tangkap gambar....

Sebelum cuti sekolah tahun lepas, gambar Haziq juga terpampang di FB page sekolah sebagai promo untuk menarik pelajar baru...




Bila dia dah pakai baju Tae Kwan Donya..terus teringat keletah dia masa kecil-kecil dulu...



Masa....ia sangat pantas meninggalkan kitakah atau kita yang lambat???

Semoga 2020 ini terus bersinar buat kita semua.

Friday, December 20, 2019

Check In Hospital

Hujung bulan 10 (25/10/19) empohari, keadaan kesihatan Haziq tidak stabil. Ustaznya ada bawa ke Klinik Kesihatan untuk buat pemeriksaan dan diberi rawatan awal (dos ubat pelega) untuk sakit asmanya tetapi masih lagi tidak dapat melegakan.

Oleh kerana bimbang dengan keadaan kesihatan haziq, ayah dan ibunya telah bergegas pulang dan membawa Haziq ke Oriental Melaka Straits Medical Centre untuk rawatan lanjut. Maka Check In lah Haziq di sana selama 2 hari 2 malam.

Faktor cuaca yang tak menentu telah menyumbang/pencetus kepada serangan asma Haziq. Ujian Aliran Ekspiratori Puncak (PEF - Peak Expiratory Flow) dilakukan untuk megambil data berapa kuat dan pantas nafas dihembus keluar.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.









Pada awal bulan Disember pula, lepas balik dari bercuti di Bali, Aishah pula Check In dekat Regency Specialist Hospital di Masai, Johor. Masalah radang tonsil yang sekian lama dan telah dinasihatkan oleh Doktor untuk membuat pembedahan kecil membuang tonsil tersebut.

Alhamdulillah, pembedahan tersebut telah berjaya dan Aishahpun telah kembali pulih.








Semoga kedua-duanya kembali sihat dan cergas sepenuhnya menjelang penggal baru persekolahan yang akan dibuka tidak lama lagi.


Monday, December 9, 2019

Bali Indonesia (27/11 - 1/12)

Dah lama tak update. Dah berabuk 'sarang ni' rupanya...

Sempena cuti sekolah yang panjang, Haziq dan keluarga telah mengambil kesempatan untuk bercuti ke pulau Bali, Indonesia dari 27/11 hinggalah 1/12. Percutian surpirse katanya. Sesekali rehatkan badan dan minda dengan aktiviti yang menyeronokkan tentulah menarik. Yang penting, hotel tempat menginap tu mesti ada kolam....itupun dah cukup menarik untuk si Aisyah.

So, kalau dah namapun bercuti, banyak aktiviti dipenuhi dengan melawat tempat-tempat yang menarik. Cuma bab makanan je lah susah sikit katanya. Banyak warung yang jual makanan tidak halal. Maklumlah, di Bali kebanyakan penduduknya beragama Hindu.

Jomlah tengok koleksi foto-foto Haziq dan keluarganya sepanjang percutian singkat mereka di sana...