Sunday, October 17, 2010

Kita Bersaudara

Syawal baru sahaja meninggalkan kita, tapi kehangatannya masih lagi terasa. Kehadiran Syawal memang amat bermakna kerana pada ketika inilah semua keluarga akan berkumpul. Baik jauh mahupun dekat.

Bila dah berkumpul beramai-ramai bermacam cerita nak dikongsi. Mengimbau kenangan lama...itu sudah tentu. Usik mengusik jangan cakaplah...kena tebalkan muka dan kena tahan telinga je lah. Alaa...setahun sekali, bila lagi nak kenakan...yer tak!

Suasana hari mantai bila semua 'turun padang' membantu mana yang perlu juga menjadikan suasana sungguh meriah. Kecil besar, tua muda semuanya dah tahu tugas masing-masing.

Tetapi apa yang nak dikongsi di sini adalah suasana wajib di pagi Syawal iaitu sessi bermaafan. Masa inilah kita akan berasa dekat antara satu sama lain bila dengan hati yang ikhlas kita memohon ampun dan maaf atas salah dan silap. Maka leburlah dosa di tapak tangan.

Nak cakap banyakpun tak guna...tengok je lah....

Saturday, September 18, 2010

Salam Aidilfitri 1431 H



Masih dalam bulan Syawal. Bulan untuk meraikan kemenangan. Bulan yang penuh dengan keindahan dalam menjalinkan tali Silaturrahim sesama insan.

Alhamdulillah, sesungguhnya Aidilfitri kali ini penuh warna warni. Walaupun tidak ada dikalangan ahli keluarga yang tidak dapat pulang berhari raya, tetapi suasana kemeriahan masih lagi di rasa.

Tradisi masih diteruskan. Apa yang telah diajar dan dibentuk sejak kecil masih lagi dikekalkan. Cuma sambutan kali ini lebih meriah bila disuntik elemen baru dan insyaAllah akan diteruskan pada tahun-tahun yang mendatang.

Pejam celik, masa seolah berlari pantas meninggalkan kita. Yang kecil semakin dewasa dan alhamdulillah, semangat kekeluargaan masih lagi utuh. Kalau adapun sengketa yang singgah, ianya cuma sebentar sahaja. Ianya bagaikan satu terapi atau proses kematangan dalam membentuk keperibadian yang murni yang tidak hanya mementingkan diri sendiri tetapi lebih mementingkan kesan yang besar dalam sebuah keharmonian. Makanya tolak ansur perlu ada supaya yang keruh dapat dijernihkan.

Begitulah adat kita sebagai manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan. Bermaaf-maafan tidak semestinya dilakukan pada Hari Raya saja. Tapi mungkin kesan dramatik yang ada pada suasana hari raya tersebut maka keikhlasan hati tertumpu pada momen atau detik itu.

Bila kita bermohon kemaafan dari hati yang tulus ikhlas, InsyaAllah leburlah dosa di tapak tangan yang saling bermaafan. Pergilah sengketa yang membawa mendung, hadirlah pelangi yang memberi sinar penuh warna warni.



Tradisi membakar lemang masih diteruskan. Inilah antara juadah yang dicari-cari oleh kaum keluarga apabila bila tiba setiap kali musim perayaan. Memang kerja yang remeh...nak cari buluh, daun pisang, kelapa yang berpuluh biji, mengadap bara berjam-jam dan hasilnya mungkin merupakan satu kepuasan. Tak ramai yang sanggup duduk bermain api untuk memastikan lemang yang dimasak sekata...dan tak ramai yang ingin mewarisi bakat atau teknik membuat lemang. Harap-harap, tradisi ini dapat diteruskan.







Rendang kerang...juga merupakan satu juadah yang sukar untuk ditinggalkan bila tibanya Hari Raya. Mengikut perancangan, tahun ini rendang kerang tidak ada dalam senarai juadah wajib hari raya, tetapi apabila ada yang ingin mempertahankan ia untuk menjadi satu tradisi maka di saat akhir dimasukkan juga menu rendang kerang dalam menu. Tahun ini hanya melibatkan 30 kilo kerang (tahun lalu = 60 kilo).

Nasib baiklah operasi mengupik kulit kerang dilakukan tanpa ada masalah kerana ramai yang 'suka' kepada suasana santai mengupik cengkerang sambil bergurau senda sesama mereka. Yang pastu, kuku jadi sumbing dan hilanglah 'seri' bila bermaafan di pagi raya. He he he

Selain rendang kerang beberapa juadah juga turut dimasak seperti rendang bali, rendang daging berempah, rendang ayam kampung dan juga ketupat segera.



Malam raya pastinya selepas berbuka semuanya kena berkumpul jam 8.15 malam untuk berjemaah Isyak sambil bertakbir. Selepas selesai melakukan perkara-perkara yang dituntut, acara berkongsi kegembiraan dengan bertukar-tukar hadiah dilakukan. Nilai hadiah?? Tidak penting. Yang pastinya bukan apa yang kita dapat. Cuma ingin berkongsi perasaan kekitaan dalam membentuk semangat jati diri keluarga dalam generasi yang masih kecil supaya mereka tahu yang mereka mempunyai keluarga yang sentiasa bersama dan tidak ragu-ragu untuk berkongsi segala masalah yang melanda agar satu penyelesaian dapat difikirkan.

Lepas sessi bertukar hadiah, sessi bermain bunga api untuk anak-anak kecil. Pengawasan memang dilakukan agar tidak terjadi perkara yang tidak diingini. Biarlah mereka merasai sedikit nikmat sambutan hari raya. Tiada mercun yang berbahaya...hanya bunga api sahaja dibenarkan.

Apa lagi tradisi??? Sessi bermaafanlah yang paling teratur dan perlu mengikut jadual supaya ianya dapat dilakukan sebelum sembahyang raya. Kalau tiada jadual, alamatnya sampai ke sudah lah ada yang belum siap2 lagi. Dengan jumlah ahli keluarga yang ramai, bilik air yang terhad...masing2 perlu siap berpakaian rapi dan perlu bersedia diruang tamu pada jam 6.45 pagi.



Sessi bermaafan mengambil masa yang lama kerana ikut aturan dari peringkat tua...hinggalah ke peringkat cicit. Alhamdulillah, semuanya mengikut perancangan. Lepas bermaafan dengan ahli keluarga, nak serbu rumah Mak Long sebelah rumah yang juga mempunyai ahli keluarga yang ramai. Bila dua keluarga bergabung...memang satu pemandangan yang tidak akan dapat disaksikan di tempat lain. Eksklusif dan penuh tradisi.



Sebelum ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri, kaum keluarga berkumpul untuk mengambil gambar kenangan dan seterusnya bersarapan ala kadar untuk mengalas perut.





Selepas hari raya kedua, maka tradisi rumah terbuka dikalangan kaum keluarga diadakan. 10 hari pertama Syawal dan kebanyakannya masih bercuti digunakan sepenuhnya untuk menghadiri rumah terbuka kaum keluarga. Pada saat inilah usikan dan gurauan sesama ahli keluarga jelas kedengaran. Dan yang paling menggembirakan hati apabila melihat generasi tua dalam keluarga tersenyum bangga melihat anak, menantu, cucu dan cicit saling melengkapi antara satu sama lain. Mungkin itulah hadiah Aidilfitri yang bermakna untuk mereka.

Apapun, kenangan Syawal 1431 H akan terpahat dalam kotak ingatan.

Salam Lebaran buat semua...

Monday, July 26, 2010

Saodah Yassin Generations - Family Day 2010



Banner Yang Direka Oleh Muhammad Faizal



Banner Sambutan Dari A Famosa Waterworld

Alhamdulillah, segala perancangan yang dibuat 2 bulan dahulu akhirnya terlaksana sudah. Pada tanggal 24.7.2010 (Sabtu) bertempat di A Famosa Waterworld, Alor Gajah, Melaka seramai hampir 65 orang berkumpul untuk memeriahkan hari keluarga Generasi Saodah Yassin yang julung kali diadakan.

Sebulan sebelum acara berlangsung, peserta telah dibahagikan kepada 6 warna rumah atayu kumpulan yang akan diwakili oleh mereka dalam 8 acara sukaneka iaitu Merah, Biru, Ungu, Hijau, Kuning dan Putih. Setiap kumpulan terbahagi kepada 8 orang. Maka bermulalah perang psikologi di FB. Semuanya tak mahu kalah...nak menang. Macam-macam cara dilakukan oleh ahli kumpulan termasuklah 'upload' video untuk menaikkan semangat pasukan masing-masing.

Untuk kanak-kanak pula terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Merah Jambu & Oren. Masing-masing diwakili oleh 4 kanak-kanak yang comel dan aktif. Mereka inilah generasi pelapis yang akan meneruskan usaha yang telah dimulakan. Kesempatan inilah untuk mereka mengenali antara satu sama lain. InsyaAllah semoga nilai baik yang disemai ini akan terus hidup subur dalam jiwa mereka.

Yang menariknya, semua ahli sepakat mengikut warna tema kumpulan masing-masing dalam berpakaian dan diberi tanda pengikat kepala mengikut warna rumah. Bendera mengikut warna juga disediakan dan ada yang kreatif dengan menjahit manik serta menulis kata-kata semangat di atas bendera. Semuanya atas nama semangat untuk bersaing secara sihat. Setiap kumpulan juga diharuskan untuk mencipta tag line atau kata-kata semangat. Ada yang kreatif dalam membuat tag line kumpulan. Kelihatannya kumpulan Putih mempunyai tag line yang menarik.



Rumah Hijau - Tempat Pertama



Rumah Kuning - Tempat Kedua



Rumah Biru - Tempat Ketiga



Rumah Merah - Tempat Keempat



Rumah Ungu - Tempat Kelima



Rumah Putih - Tempat Keenam


Dalam banyak-banyak acara, yang paling menarik dan meriah ialah sessi memanaskan badan iaitu Tarian Poco Poco. Terima kasih kepada Azrin yang menjadi instructor dan mengeletek hati semua peserta dengan aksi-aksi bersahaja. Nanti boleh ajar step-step yang lebih menarik lagi...hehehehe.

Apapun TAHNIAH untuk kumpulan Hijau, Kuning dan Biru yang berjaya mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga. Manakala Merah, Ungu dan Putih masing-masing mendapat tempat ke empat, lima dan enam.

Yang pasti, bukan kemenangan yang dikejar oleh semua peserta. Semangat kesukanan yang menebal lebih penting dan ternyata semuanya enjoy dengan setiap acara yang dijalankan.

Selepas acara sukaneka, semua peserta makan tengahari secara bufet di Sidewalk Cafe. Makanan yang disediakan juga enak dan banyak pilihan. Time makan ni, ada juga budak-budak yang takder selera sebab dan tak sabar nak mandi dan bermain dengan air.

Acara berakhir pada pukul 5.30 petang selepas semuanya kembang dan kecut berendam dalam air.



Sessi Bergambar Beramai-Ramai


Kesempatan ini nak ucapkan Terima Kasih kepada semua yang telah luangkan masa untuk hadir, kepada AJK yang terlibat, kepada mereka yang telah menyumbangkan tenaga, idea dan wang ringgit dan tidak lupa kepada pihak A'Famosa Waterworld yang telah bekerjasama dalam memeriahkan Hari Keluarga tahun ini dengan tema Lencun D Waterworld.

Tahun depan kita berkumpul lagi....

Sunday, June 13, 2010

Percutian Keluarga - Genting Highlands

Bercuti beramai-ramai dengan ahli keluarga memang menyeronokkan. Kadang-kadang, tanpa perancangan yang beria-ia pun boleh jadi. Last minute decision. Apapun yang penting matlamat percutian itu tercapai. Apa lagi kalau bukan releks dan santai tanpa memikirkan hal-hal yang berat dan merumitkan. He he he...bukan lari dari masalah, cuma mencari ruang untuk diri sendiri dan melegakan otak dari membuat atau memikirkan kerja rutin.

Jadi, dengan perancangan yang tiba-tiba maka berangkatlah tempua dengan anggota keluarga pada 23.5.2010 (Ahad). Tempat persinggahan pertama, rumah sepupu di Shah Alam. Lepas makan tengahari, pi jalan-jalan dulu di Berjaya Times Square. Bak kata sepupu, sebelum pi Genting, kena ada pra-genting dulu, jadi permainan indoor di Berjaya kami jelajah.



Ibu-Ibu Yang Paling Sporting - Walaupun Sepanjang Permainan Lidah Tak Lekang Dengan Ayat Suci Al-Quran...Takut Katanya...He he he



Tengok...Bapak Budakpun Lebih Beria Dari Anaknya..He He He....



Tak Dapat Naik Keretapi Betu-Betul...Yang Mainanpun Jadilah Ek!!!



Better Late Than Never!!! Enjoyyyy....



Kena Beratur Ke??!! Beratur Kali Ke Berapa Nie??!!



Jom Makan....Nyum Nyum Nyum.....



Qaseh - Anggota Keluarga Paling Muda...Dalam Masa Sebulan 2 Kali Naik Genting...Hebat!

Lepas makan di Chicken Rice Shop, 'rombongan cik kiah' di bawa ke I-City Shah Alam. menikmati keindahan cahaya lampu yang berwarna warni. Walaupun kaki dah macam letih nak melangkah, tapi takkan nak menyerah kalah kepada yang lain-lain yang masih teruja! Seronok juga..bila lagi nak merasa 'penat' berjalan kan? Layannn....









Dikelilingi Cahaya - I-City Shah Alam

Baliknya, kerusi urut Ogawa jadi rebutan. Lenguh-lenguh badan perlu dihilangkan segera sebab esoknya...banyak lagi acara menunggu di puncak Genting.

Esoknya 24.05.2010 (Isnin), awal-awal lagi semua dah bersiap sedia. Lepas sarapan, konvoipun bergerak. Dari 12 orang, kini menjadi 14 orang bila tiba-tiba sepupu dan kawannya nak join sama. Lagi ramai...lebih meriah.

Sampai Genting, lepas check-in, semuanya berkumpul di Lobi hotel untuk bermain indoor games. Habis semua menjadi budak kecik. Semua permainan diteroka. Yang tak mahu naik kena paksa. Time nilah nak uji adrenalin dalam badan. Memang mengujakan. Pening nak permainan di Berjaya Times Square belum hilang kini disambung pula permainan di Genting...PITAM!!! Ha ha ha...











Masing-Masing Teruja Di Genting....

Pukul 8.00 p.m, belum sempat meredakan letih badan atas tilam empuk, pintu bilik dah kena ketuk. Lepas makan malam, yang main boling teruskan agendanya...yang hendak menjelajah indoor games...teruskan aktivitinya. Berpecah dengan aktiviti masing-masing. Lewat malam, semuanya lepak di tempat terbuka untuk merasakan kedinginan Genting. Rasanya kedinginannya tidak seperti 15 tahun dulu....kenapa?!!!

Esoknya 25.05.2010 penjelajahan bersambung. Esoknya selepas bersarapan, outdoor games pula menjadi pilihan. Kaki mula lenguh bila berjalan dari satu permainan ke satu permainan. Kebanyakan pengunjung adalah dari Timur Tengah dan India. Bangga juga bila Malaysia menjadi destinasi pilihan mereka. Tapi bila dah ramai-ramai serbu genting..terasa lak yang tempua ni macam pendatang asing!!! He he he...











Tak Kira Tua Atau Muda....Semuanya Tak Ingat Donia Main Permainan....Bila Lagi Ekk...Layannnnnn Jerr.

Banyak kenangan sempat dirakamkan disemua lokasi yang dijelajahi. Ini saja yang mampu diuploadkan. Apapun percutian kali ini berjaya mencapai matlamat untuk memberi ruang kepada diri sendiri sambil merehatkan minda. Dan yang lebih penting...ianya dapat memberikan quality masa bersama keluarga.

Petangnya dalam pukul 6.00 p.m Genting kami tinggalkan. Percutian ini amat bermakna dan menyeronokkan dan kini percutian keluarga yang lebih besar yang melibatkan lebih 70 ahli keluarga sedang menanti.

24.07.2010 - A Famosa Waterworld akan menunggu kehadiran GENERASI SAODAH YASSIN

Tunggu.....

Sunday, March 21, 2010

Boling Keluarga 3/10

Pada 20-3-2010 bertempat di MIBC, pertandingan boling keluarga telah dijalankan pada jam 9.00 malam. Perancangan boling keluarga ini telah dirancang hampir sebulan yang lalu. Seperti pertandingan boling sebelum ini, ada ahli keluarga yang tidak dapat turut serta tetapi kemeriahan, keakraban dan jalinan silaturrahim sesama peserta jelas dapat dirasakan.

Pada pertandingan kali ini, 30 peserta telah mengesahkan penyertaan dan telah di tempatkan di lane 31 - 37. Yang menariknya pada pertandingan kali ini, ada hadiah yang menanti kepada 5 peserta terbaik bagi kategori lelaki dan wanita serta 5 terbaik untuk kategori di bawah 15 tahun. Dan ada hadiah juga untuk 2 peserta yang paling banyak ke longkang.

Antara aksi-aksi peserta yang sempat dirakamkan....



Generasi Ketiga Susur Galur Saodah Yassin Pun Sempat Memberikan Pose Istimewa



Wah! Tauke Butik Pun Join....



Gaya Mesti Ada Walaupun Balingan Ke.... Opsss terlebih Sudah!!



Faizal Memberi Pose Sebelum Membuat Balingan...Strike Ke??!!



Nana & Hafiz Sedang Melihat Paparan Markah Di Skreen Ke?!!!



Pegang Bola Boling Tak bermakna Pandai Boling...Kan Kan Kan...



Gaya Mau Ada...



Adakah Mereka Sedang Menyaksikan Aksi Bola Ke Belakang??!



2 R Yang Berentap Mata Sesama Sendiri



Barisan Finalis Hero Remaja Ke Nie!!



Peserta Paling Muda..Nur Qaseh Dengan Atuknya



Makan Jagung Rebus..Petua Nak Kurus ke Erin? Nazmi Pula Balingan Sering Tak kena kali Ini Ek?!



Itulah antara aksi-aksi yang dapat dirakamkan.

Setelah hampir 2.5 jam bermain, akhirnya keputusanpun diketahui....

Bagi kategori kanak-kanak, tempat ke-5 dan pertama di menangi oleh :-



Nabil - 194 jatuhan pin



Nina - 198 jatuhan pin



Wana - 214 jatuhan pin



Aman - 218 jatuhan pin



Amir - 222 jatuhan pin

Jika dilihat dari mata, persaingan sengit antara mereka. Hanya dibezakan beberapa jatuhan pin sahaja antara mereka.

Bagi kategori wanita pula 5 Top Scorer Terbaik ialah:




(5)Wana 214 jatuhan pin



(4)Zai - 223 jatuhan pin



(3)Suraya - 251 jatuhan pin



(2) Rokiah - 272 jatuhan pin



(1) Nana - 298 jatuhan pin

Jatuhan pin antara pemenang bagi kategori wanita juga tidak jauh bezanya. Tahniah buat Wana kerana berjaya memintas lain-lain peserta wanita yang lebih dewasa.

Bagi peserta lelaki dewasa pula, top 5 scorer jatuh kepada...jeng jeng jeng...



(5)Hafiz - 358 jatuhan pin



(4)Hashim - 371 jatuhan pin



(3)Faizal - 386 jatuhan pin



(2)Shahril - 411 jatuhan pin



(1)Rawi - 584 jatuhan pin

Hehehe...rasanya tiada komen yang dapat diberikan untuk keputusan 5 terbaik bagi kategori lelaki ini. Tersalah komen nanti dikatakan gila glamour pulak. Kekekeke....Jangan mare ek...

Dan untuk kategori yang paling dinanti-nanti ialah, kategori longkang. Calonnya memang ramai, tapi yang paling menonjol jatuh kepada.....



Kategori Longkang 2 - Haiza (wakil)



Kategori Longkang 1 - Najwan

Begitulah keputusan akhir dan muktamad untuk pertandingan bagi kali ini. Setelah itu, semua ahli keluarga bergambar beramai-ramai....







Inipun ada 19 orang ahli keluarga yang tidak dapat turut serta dan bergambar beramai-ramai.

Selepas bermain boling, perut semua mula menyanyi minta diisi. Akhirnya semua berpakat untuk serbu Mc Donald 24 jam di Ayer Keroh pada pukul 12.00 a.m. Antara gambar yang sempat di rakamkan....







Begitulah kemeriahan yang dapat dirasakan. Tujuan utama bukanlah untuk bersaing siapa yang terbaik, tetapi ianya lebih kepada terapi minda untuk menerapkan nilai-nilai yang baik sambil beriadah. Pada masa inilah kita dapat dengar gurau senda antara ahli keluarga sambil bertukar pandangan dan cerita semasa.

Apabila kita melihat semua ahli keluarga berkumpul dan bergembira, ia merupakan satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Disamping itu, sedikit sebanyak ahli-ahli yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini dapat mempelajari cara-cara untuk mengurus dan merancang satu pertandingan yang berskala besar supaya ianya lancar, teratur dan bersistematik. Pengurusan masa juga dapat diterapkan agar perjalanan sesuatu acara tidak terganggu.

Kesempatan ini, diucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli keluarga yang terlibat dan meluangkan masa untuk memeriahkan acara pada kali ini terutamanya kepada Shahril dan Faizal yang telah 'sponsor' hadiah.

Mungkin pada masa akan datang, kita akan merancang perjalanan atau percutian beramai-ramai dengan menyewa sebuah bas. Destinasinya akan dipilih dan ditentukan melalui suara ramai. Amacam...setuju!!!

Cemburu bila melihat budak-budak sekarang dapat merasai semuanya pada usia yang muda.

- tempua.siber -