Monday, February 27, 2017

TAHNIAH Haziq....

Sekalung TAHNIAH diucapkan buat Haziq yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam UPKK 2016. Peperiksaan ini telah diambil oleh Haziq pada bulan Oktober 2016 selama 4 hari.. 

Keputusannya pula diumumkan secara rasminya pada 15 Februari 2017. Tapi, untuk tahun 2017 ni, JAKIM telah memperkenalkan kaedah baru bagi mengetahui keputusan dengan lebih cepat dan pantas iaitu dengan membuat semakan secara online. Semakan sms juga disediakan.

Jadi....seperti biasa, yang lebih berdebar dan tak sabar nak tengok keputusan tentulah ibu bapa perlajar. Jadi, kemudahan semakan online telah digunakan sepenuhnya oleh ibu Haziq. Walaubagaimanapun, debaran mengambil keputusan tetap ada pada Haziq kerana ibunya merahsiakan keputusan yang diperolehi sehinggalah Haziq melihat sendiri slip keputusan tersebut.

Tahniah sekali lagi Haziq. Sekarang kena fokus pada UPSR pula.







Insya Allah, pada 14.03.2017 nanti Haziq dan keluarga akan menjadi tetamu Allah. Mereka akan mengerjakan umrah.

Selamat Menunaikan Umrah...
Selamat Menjadi Tetamu Allah
Semoga Dipermudahkan Segala Urusan
Diberikan Kudrat Dan Kesihatan Yang Baik Sepanjang Berada Di Tanah Suci
Semoga Mendapat Umrah Yang Mabrur
Dan
Selamat Pergi Dan Selamat Kembali


Majlis Watikah Perlantikan - 22.01.2017

22.01.2017 - Hari yang bersejarah untuk warga pelajar Sekolah Rendah Islam At-Tahfiz, khususnya untuk Haziq. Pada majlis tersebut, secara rasminya perlantikan ketua-ketua pelajar dalam pelbagai disiplin telah dibuat.

Tahniah untuk Haziq kerana telah terpilih untuk menjadi Ketua Pengawas bagi sessi 2017. Semoga dengan perlantikan ini, Haziq dapat belajar banyak perkara terutamanya dari segi kepimpinan dan disiplin. Semoga Haziq dapat menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan cemerlang.

Sebagai pengawas Haziq perlulah selalu menjaga imej diri dan menunjukkan teladan yang baik dan seterusnya mempengaruhi semua pelajar supaya kekal berdisiplin. Semoga Allah sentiasa mempermudahkan Haziq setiap masa.

TAHNIAH sekali lagi. Semoga Haziq sentiasa bersikap positif dan sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

Jom kita tengok sekitar majlis tersebut.
















Wednesday, January 4, 2017

01.01.2017 - Tahun Baru...Sekolah pun bermula...

Belum lewat rasanya nak ucapkan Selamat Melangkah ke Tahun Baru 2017. Tahun yang penting buat Haziq kerana tahun ni dia bakal menduduki peperiksan UPSR. Dengar cerita, Haziq nak fokus kepada pelajaran tahun ni. Betuke Haziq?

Tahun ni Haziq dilantik sebagai pengawas sekolah. Alhamdulillah...semoga dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Maka dengan itu, sebagai tugasan pertama di hari pertama sessi persekolahan 2017, Haziq telah dipilih untuk membacakan doa dan ikrar pada perhimpunan pertama. 

Alhamdulillah, tugas dilaksanakan dengan baik.

Aisyah pula bagaimana? Dah tahun dua dah rupanya. Kena makan banyak2 supaya cepat besar seiring dengan usia. Hehehe...

Semoga perjalanan mereka dipermudahkan....

Jom tengok sekitar hari pertama persekolahan sessi 2017














Saturday, December 24, 2016

Cuti Cuti Malaysia...

Selalunya cuti sekolah banyak aktviti yang akan dilakukan oleh ibu bapa dan anak-anaknya. Masa inilah segala perancangan dan janji yang telah dibuat ketika anak-anak sekolah perlu dan harus ditunaikan.

Cakap pasal janji, ada satu janji yang memang dituntut oleh Haziq iaitu bercuti ke Kuala Lumpur. Kenapa Kuala Lumpur?? Sebabnya masa sekolah haziq buat rombongan ke KL, ayahnya tidak benarkan Haziq mengikuti rombongan tersebut. Nak pujuk si Haziq ni bukan mudah. Kena ada sebab kenapa dia tak boleh pergi dan perlu ada janji yang perlu dibuat. Oleh sebab itu, ayahnya telah berjanji untuk bercuti ke Kuala Lumpur sekeluarga. Sebab itulah destinasinya ke Kuala Lumpur.

Hampir seminggu juga Haziq dan keluarganya bercuti di Kuala Lumpur dan tentunya banyak tempat menarik yang telah dilawati antaranya I City, Petrosains, Aquaria, Zoo Negara dan Taman Botani Shah Alam.

 Jom kita tengok gambar-gambar yang sempat dirakamkan...