Sunday, April 19, 2015

Lagi Pics Haziq Berbaju Melayu

Gambar-gambar haziq yang semakin pandai bergaya di depan kamera. Yang menjadi masalahnya, bila setiap kali lepas ambil gambar guna digital camera, dia mesti nak tengok balik gambar dia camana. Barulah dia nak beraksi untuk pose yang lain pula.... 

He he he..jenuh nak melayan karenahnya.....Layannnnn


(Update via Fotopages - Rabu 20.02.2008)






Haziq Dah Pandai Baca ABC

Dalam usia yang mencecah 2 tahun 5 bulan, Haziq dah lancar membaca ABC sehingga Z dengan lancar. Semalaman sahaja dia melancarkan bacaan tu dengan cara nyanyian yang diajar oleh ayah dan ibunya. Oleh kerana seronok melihat ayah dan ibunya membaca ABC dalam melodi yang menarik, maka Haziqpun berminat untuk bersama-sama menyanyi ABC. 

Dengan kesungguhannya, dia dapat menghafal ABC dengan cepat. Yang kesiannya, tercungap-cungap dia nak habiskan hingga ke Z. Ada juga satu dua huruf yang dia tertinggal. Selepas ini pula, dia kena kenal huruf-huruf tersebut. 

Cuti Tahun Baru Cina, Haziq akan balik ke rumah nenek sebelah ayahnya di kedah.... 

Apapun, jom tengok aksi Haziq dengan baju melayunya.


(Update via Fotopages - Rabu 06.02.2008)







Haziq - Penghujung 2007

Cuti panjang sempena Raya Haji tu hari, Haziq bercuti di kampung. Seperti tahun2 sudah, Raya Haji di sambut rumah Mak Longnya. Ligat sakanlah dia bila dapat berjumpa dan bermain dengan sepupunya. Dapatlah ayah dan ibunya berehat kejap. Kalau tidak, tak boleh nak berenggang. 

Pada ketika ini dia dah pandai merajuk kalau kena marah. Pandai dia bawa diri duduk diam-diam bila kena marah. Sayu jer muka dia. Dia pandai buat muka kesian. Tapi dia juga pandai memujuk. Kalau kita pura-pura merajuk, dia akan pujuk/ Bila tak jalan gak pujukan dia, dia pulak merajuk. Hmmm..macam2 lah budak ni. 

Inilah pics terbarunya sempena Raya Haji 2007.


(Update via Fotopages - Sabtu 19.07.2008)






Pics Hot Haziq

Hehehe..takder lah hot manapun. Pic haziq yg tak pakai baju nie ha. Dah letih dia ke hulu-ke hilir, dia rimas pakai baju. Panas katanya. Hehehehe... 

Tengoklah aksi bersahaja di atas tu.


(Update via Fotopages - Isnin 12.11.2007)






Lagi Pics Raya


Tengoklah ragam haziq sempena raya tempohari. Kadang-kadang mood dia ok, bila kita amik pic, ketawa riang dia. Bila mood dia tak elok, dia buat muka seposen manjang. 

Tengoklah pic dia ngan ibunya, nak pi jalan berayapun dia buat hal. Adalah yang tak kena tu. 

Kecik-kecikpun dah pandai moody. He he he...

(Update via fotopages - Rabu 07.11.2007)









Haziq - Raya Sakan 2007

Selamat Hari Raya semua... 

Pada raya kali ini, Haziq dah boleh beraya sakan. Dah pandai pegang sampul raya/duit raya. Banyak pula collection dia dpt dari sepupu sepapatnya yg dah bekerja. 

Nak umpan dia senang jer..hulurkan sampul raya, cepat dia dtg ambil. Masa tulah dia kena cium dan sakat oleh sepupunya yg ramai. Dia yg paling kecil, keletah yg bijak tu membuatkan ramai yang nak pegang dan cium dia. 

Tak duduk diam dia sepanjang raya. Ada saja benda dia nak buat. Usik itu, pergi sana...bila malam pula, dia tidur keletihan sebab penat. 

Pada usia dia 2 tahun sebulan ni, dia semakin bijak dan mengenal beberapa perkataan inggeris dan objek yg berkaitan seperti aeroplane dan beberapa lagi perkataan mudah. 

Jom tengok keletahnya di atas. Oleh kerana tema hari raya utk seluruh keluarga pada tahun ini berasaskan warna putih/perak, maka haziqpun bergaya sakan dgn baju melayu putihnya.


(Update via Fotopages - Isnin 29.10.2007)





Haziq Sambut Hari Lahir Lagi

Balik dr kampung tu hari, Haziq sambut lagi hari lahirnya. Tengoklah bukan main dia mengadap kek utk tiup lilin. Jangan tersembur air liur udah lah...Jd lain lak rasa kek tu nanti.

Waaahhh...dapat hadiah motor si Haziq. Hehehe...jadilah haziq...naik sekejap utntuk bergambar.


(Update via Fotopages - Sabtu 22.09.2007)



Selamat hari Lahir Ke 2 Haziq

09-09-2007 tu hari genaplah usia si haziq ni 2 tahun. Kejap jer rasanya. Tapi si haziq dah tak sabar2 nak melangkah ke alam persekolahan. Siap dgn beg sponge bob kesayangan dia tu. Tapi tulah, kejap jer. Lepas tu beg tu entah kemana. Biasalah budak-budak. 

Tengok lah kek orange dia tu. Tapi malam masa meraikan hari lahirnya, dia dah mengantuk sebab tunggu lama sangat. Sebelum haziq makan kek, dia makan udang BBQ. Banyak juga dia makan. Lepas banyak makan...dia dah mula mengantuk. 

Masa nak rakamkan gambar dia dgn kek tu, puas pujuk dia bangun. Sebab dia dah mamai nak tidur. Tapi akhirnya bila kata nak potong kek, dia mengalah juga. Bulat mata dia pandang kek. 

Esonya, entah mana dia dapat topi birthday tu, tiba-tiba jer dia pakai. Dia tahu pulak benda itu topi. Apa lagi, snap jerlah photo ketika dia sibuk dgn topinya. 

Haziq...kami mengucapkan selamat hari lahir yang ke 2 buat mu. Semoga menjadi kanak-kanak yang pintar dan cerdas. Menjadi anak yang soleh. Menjadi individu yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat mu. Stay cute haziq.... We love You... Muahhhhhhhh... 


(Update via Fotopages - Selasa 11.09.2007)









Haziq - Close Up

Salam Jumaat. 

Ini pula pic Haziq yg di ambil secara close up. Macam-macam memek muka dia buat. Nampak sedih, mamai, bingung, suka dan sdg syok korek hidung. Hehehe...tengok je lah aksi-aksi spontan dia...


(Update via Fotopages - Jumaat 07.09.2007)




Haziq & Gula-Gula

26 August 2007 tu hari Haziq balik ke kg untuk meraikan pertunangan sepupunya. Sepupu Haziq semuanya dah besar-besar. Maka jadi perhatianlah si Haziq bila semua keluarga berkumpul. Kejap dia kena cium. Kejap kena dukung. Kejap kena kejar. Tak duduk diam sepanjang 2 hari dia di rumah Mak Long nya. Maklumlah...budak kecik. Semua orang suka.

Tak lama lagi bulan September. Hampir dua tahun dah Haziq. Selain dah pandai mengira, dia juga dah mengenali anggota keluarganya yang lain. Bila dia dah kenal tu, asyik dia sebut je lah bila org tu lalu depannya. Setiap kali dengar laungan azan dia akan suruh semua senyap. Siap jari telunjuk di letakkan dekat mulut gaya orang suruh diam. Dia juga dah pandai menadahkan tangan untuk berdoa sebelum makan.

Selain tu dia dah mahir gunakan beberapa perkataan Inggeris seperti chicken, cat, rabbit, bird bila ternampak binatang berkenaan. Dia juga dah pandai meniru gaya org. Contoh org sedang bercakap dalam telefon. Dia juga pandai menyanyi rangkap dalam lagu pencinta wanita (aku memamng ....) tang tu jelah dengar dia nyanyi..yang lain entah apa2 dia hantam. Akekekeke

Dia juga dah pandai nyanyi lenggang kangkung...(siap dgn gaya seperti dalam filem qabil qushri qabil igam). Kena ada tudunglah pulak. Bila suruh nyanyi lenggang kangkung...diapun mulalah cari tudung nak gayakan sambil menari. Hehehe..keletah betul.

Bila di tanya "mana nenek"? dia akan tunjuk. Bukan sekadar tunjuk..dia nak jari dia sentuh tubuh nenek dia, baru dia puas hati. Kirakan kali ni dia balik, dia bebas ler nak bermain. Bila dia dah suka kat seseorang tu, senanglah nak umpan dia dukung. Bila dah dukung tu, siaplah kena gomol. Hehehehe....

Dah pandai memanjat kerusi dan duduk atas kerusi. Tang ni kena jaga-jaga sikit. Sebab dia lom kenal erti bahaya kalau main hentam keromo jer manjat. Dia lom tahu kerusi tu stabil ker tidak. Pagar besi rumahpun habis dia panjat. Hehehe...Haziq..

Kali ni kalau nak amik pic dia, tak yah amik secara candid lagi. Suruh jer dia posing utk ambil pic, dia tak keberatan.

Kanak-kanak dan gula tak dapata dipisahkan. Tengoklah ragam si haziq bila dah dapat gula....Lencun muka dibuatnya.....

(Update via Fotopages - Selasa 28.08.2007)









Yo!!! Haziq

Salam...dalam usia menjengah 2 tahun bulan September nanti...Haziq dah semakin pandai bergaya. Tengok lah saja aksinya di atas tu. Dengan snow cap nya...dia nak meronda naik kereta. Macamlah ada lesen...he he he.

Kalau dulu dia dah pandai mengira...sekarang nie dia dah pandai menyanyi lagu kartun sponge bob walaupun pelat. Lagi satu dia dah pandai nyanyi lagi Cam Cam Baduk. Tapi dia tak nyanyi secara tersusun...dia nyanyi... macam nie..

Cam Cam Cam...Aduk Aduk Aduk...Cam Cam...Aduk..Aduk..Aduk..
Hehehe...cam tulah aksinya sekarang.


(Update via Fotopages - Khamis 23.08.2007)




Bilal Haziq

Salam semua. 

Dalam usia nak menjejak ke angka 2 tahun, haziq dah pandai mengira 1 hingga 10. Walaupun pelat, sebutan nya nyata dan berkeyakinan. Budak-budak memang cepat belajar, dan kalau sabar dgn karenah nya, sure kita boleh ajar sesuatu yg baik kerana sifat ingin tahu mereka sgt tinggi. Malah suara haziq mengira juga dijadikan ringtone msg. Memang eksklusif bunyinya. Hehehe terhibur. 

Selain itu, Haziq juga suka ikut ayah dan ibunya bersembahyang. Siap bersongkok dan ikut pergerakan ayahnya. Alhamdulillah....Tengoklah pic nya di atas tu. Dah boleh jadi Bilal dah....


(Update via Fotopages - Sabtu 11.08.2007)



Haziq Bercuti Di Kuala Lipis - Jun 2007

Salam... 


Kesempatan menghadiri jemputan kahwin di Kuala Lipis, Haziq berserta ibu dan bapanya turut mengambil peluang bercuti. Tengoklah aksi dia mandi Sungai Pahang tu. Suka sangat dia bermain air. Sampai kembang kecut kulit nya. 

Lepas balik dari Pahang, ibu si Haziq telah membotakkan rambut si Haziq. Tapi pic botak tu tak dapat nak dirakamkan. Tapi pic kepala dia yg masih gondol tu ada tu ha. Hehehe..menarik tak? 

Pic masa telefon tu, sebenarnya Haziq tengah bercakap dgn neneknya di Kg. Ibunya mengambil kesempatan utk merakamkan gambar si Haziq yang mcm ia ia jer bercakap. Entah apa dia bebelkan tu pun tak tahulah. 

Pada usianya menjangkau 1 tahun 9 bulan, dia dah pandai dah memanggil org. Dia nampak jer org lalu...dia jerit "OOiii.." Hehehehe...


(Update via Fotopages - Khamis 19.07.2007)





Pics Terbaru Haziq - May 2007

Salam...

lama tak update fotopages ni. haziqpun dah besar panjang dah. masa dia balik May 07 dulu...dapatlah snap beberapa keping pic dia. Tu pun puas nak panggil dia duk diam-diam. Ada saja benda dia nak ngusik. Tapi berkat kesabaran..dapat juga snap photo dia yg bersahaja....Setelah di creativekan..lihatlah hasilnyaaa....


(Update via Fotopages - Selasa 03.07.2007)