Wednesday, April 15, 2015

Sambutan Hari Lahir Haziq Yang Pertama (Setahun)

Assalamualaikum semua.

Lama benar rasanya tak update fotopages ini. Terlalu sibuk sangat. Apapun hari ini, saya mencuri masa sedikit untuk menulis. Sebelum tu Gong Xi Fa Cai kepada mereka yang menyambutnya.

Diam tak diam, umur Haziqpun dah meningkat setahun. Pada ketika ini, gigi dia dah mulalah nampak 2 batang. Nampak lagi comel.

Pada 09-09-2006 satu majlis hari lahir Haziq di adakan di rumah Mak Longnya. Ramai saudara mara yang hadir kerana kebetulan pada keseokan harinya, Aqiqah untuk Haziq juga akan di adakan.

Tapi untuk entry kali ini, kita cerita pasal sambutan Hari Lahir Haziq. Memang seperti yang dirancangkan, ramai kaum kerabat yang hadir untuk meraikan Hari Lahir Haziq. Dah setahun rupanya dia. Walaupun dibuat secara sederhana, tetapi meriah. Ini juga dapat mengikat silaturrahim antara saudara mara. Semuanya berkumpul meraikannya.

Tengok ajelah gambarnya tu. Bukan main seronok lagi dia diraikan.


(Update via Fotopages - 17.02.2007)








No comments: