Pada 22-03-2008 tempohari, sempena dengan Majlsi Pertunangan Sepupu Haziq, maka rombongan sebanyak 7 buah kereta telah menyerbu Putrajaya. Sambil menunggu rombongan lain datang berkumpul, maka Haziq serta sanak saudaranya 'menawan' Putrajaya. Tengok sajalah gambar yang sempat dirakam sebaik je sampai. Semua sibuk nak berjalan dengan Haziq, termasuklah dua orang sepupunya di dalam gambar itu yang bernama Mohammad Aman Taufiq dan Mohd Nabil. Jenuh juga nak kawal si Haziq ni bila dia dah lepas bebas. Habis semua dia nak jelajah. Panjat situ, duduk sana, pegang itu, lari sana. Sampaikan kolam di sanapun dia nak terjun. Terpekik semua ahli rombongan. Kes naya kalau dah kuyup. Itupun masa nak ke Majlis tu, terpaksalah ayah dan ibu Haziq tukarkan dia dengan pakaian baru. Ermm...alahai... | |
(Update via Fotopages - Sabtu 05.04.2008)
No comments:
Post a Comment