Hari ini kita bagi ruang kepada Wan Aisyah untuk mengisi slot. Satu-satunya adik Wan Haziq pada ketika ini dan merupakan insan yang dekat di hati Haziq.
Aisyah....nama ni dipilih oleh Haziq sendiri. Masa Aisyah lahir tahun 2009, Haziq baru berumur 4 tahun. Kenapa Haziq pilih nama Aisyah?!...mungkin ianya ringkas dan senang disebut pada ketika itu. Lagipun nama Aisyah itu sendiri sudah 'besar'. Dalam sejarah Islam, Aisyah adalah puteri kesayangan Sayidina Abu Bakar r.a, sahabat nabi yang setia yang kemudiannya menggantikan Nabi sebagai Khalifah Islam yang pertama.
Aisyah juga adalah isteri Nabi dan dikenali kerana pembawa riwayat yang paling 'authentic' kerana dianugerahkan ingatan yang sangat tajam dan sebab itulah dia menjadi periwayat paling besar bagi sunah Nabi dan ajaran Islam.
Berbalik semula kepada sikecil Aisyah, sekarang dahpun berada di Tahun 1. Satu sekolah dengan abangnya, agak pendiam dan pemalu. Tapi itu kalau belum mengenalinya, sebab kalau dah kenal dan mesra, karakter Aisyah bertentangan dengan apa yang dilihat. Dia seorang yang suka bercakap. Dua personaliti yang berbeza tapi itulah hakikatnya. Dia juga seorang yang berani untuk menyanyi atau menari depan khalayak.
Kalau Haziq masa kecil dulu, macam jinak jinak merpati. Lambat nak tawan hatinya untuk bawa keluar berjalan tanpa ayah dan ibunya, tetapi Aisyah tak mengambil masa yang lama. Senang diminta untuk cium. Tapi....sekarang ni, kuat merajuk. Kadang-kadang memberontak bila kehendaknya tidak dipenuhi. Terutama dengan ibunya. Tak boleh salah sikit. Nak pujuk dia macamana?....tak payah!!. Buat jer tak tahu, nanti dia akan cuba menawan hati ibunya semula.
Seorang yang suka menyanyi dan kuat daya hafalannya. Daya imaginasinya tinggi sebab kadang2 entah apa-apa yang dia nyanyi...melodi semua dia buat sendiri. Paling suka cakap Bahasa Inggeris...ikut sedap mulut dia je lah. Hahahaha...
Kalau haziq hantu air....dia nipun suka main air. Sambil dia mandi, dia akan cipta suasana sendiri dan boleh leka duduk dalam bilik air. Selagi tak disergah....selagi itulah dia 'berkubang'.
Bab makan...Aisyah bukanlah seorang 'pemakan'. Agak susah nak suruh dia makan. Tapi kalau dia ada mood nak makan...malam malam hari orang dah tidurpun dia boleh kejut ibunya untuk makan. Dia suka sup dan berkuah macam sup.
Kalau bergusti atau bergurau dengan abangnya...memang dah macam lelaki. Lasak. Sukar nak suruh dia tidur awal. Selagi tak mengantuk...dia tak nak tidur. Hahaha....
Cukup kot untuk slot khas ni....nanti kita sambung lagi....
Okay...jom kita selongkar gambar-gambarnya.....
Thursday, March 17, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment