Tuesday, January 5, 2016

Manisnya Malam Syawal Haziq

Keluarga Haziq di Melaka memang menyambut Syawal mengikut tradisi lama. Masih lagi mengamalkan semangat berkumpul dan bergotong royong sesama ahli keluarga. Penat memanglah penat tapi bila dah dibuat beramai-ramai dan diselang seli pula dengan usik mengusik, semuanya jadi seronok. Nak tahu apa yg famili haziq masak semasa hari mantai?

Rendang kerang 50 kilo, rendang ayam kampung 13 ekor, rendang daging bali 8 kilo, Lemang hampir 40 batang, ketupat nasi 25 bungkus. Itu untuk juadah raya...untuk berbuka puasa pula ialah daging tetel goreng, rebung masak lemak cili padi, udang masak sambal, lala goreng pedas, sup tulang, ikan terubuk masin goreng. Ialah bila dah berkumpul hampir 35 orang, tentulah juadahpun kena banyak. Dah macam buat kenduri. Meriah...

Tema raya kali ini ialah Manisnya Syawal. Jadi untuk menghidupkan dan mengeratkan silaturrahim, setiap ahli keluarga tak kira besar dan kecil perlu menyediakan hadiah. Jadi malam raya, selepas semua kerja selesai maka berkumpullah semua untuk bertukar-tukar hadiah. Pengacara yg dipilih ialah dua orang sepupu haziq iaitu Mohd Nabil dan Norhasnina. Pengacara setiap tahun bertukar-tukar. Ini untuk membina keyakinan diri mereka berhadapan dan bercakap depan orang ramai.

Tengoklah haziq mendapat pasangan bertukar hadiah dengan dua pupunya si Danish Danial. Selain dari bertukar hadiah, ada juga acara melibatkan pasangan ibu dan anak saudara, pasangan ayah dengan anak saudara dan acara kanak-kanak bawah 12 tahun. Tapi tak dapatlah nak ditayangkan semuanya sebab inikan fotopages haziq. mana yang berkenaan dengan haziq ajelah yg dapat di muatkan.

Lepas acara sukaneka, tibalah pula acara kesukaan kanak-kanak iaitu bermain bunga api. Walaupun diberikan bunga api, tapi semua mata perlu mengawasi kanak-kanak bermain bunga api untuk mengelakkan dari kejadian tidak diingini. Untuk itu pengawasan orang dewasa amatlah penting. Tengok sajalah bagaimana ibu si haziq mengawasi haziq. Bila dah ramai-ramai tu macam-macam benda boleh terjadi.

Alhamdulillah..tiada benda buruk berlaku. Sepupu-sepupunya yang dah besarpun seronok bermain bunga api...malah mak dan pak sedara haziqpun turut sama memerhatikan bunga api merdeka meletup diruang angkasa rumah nenek haziq.

Apa pula kisah haizq di pagi Syawal? Ok...lepas ni, kita tengok pula bagaimana Haziq dengan baju melayu barunya sambil bermaaf-maafan danl mengumpul sampul raya...tungguuu....


Update via Fotopages - Jumaat 10.10.2008

(Video melebihi limit, sila layari link di bawah)

https://youtu.be/S9P3ImMLBws



Camana Haziq Sambut Raya?

Salam Aidilfitri semua. Masih lagi dalam mood raya? Biasalah tu. Kan ker raya sebulan. Camana dengan jemputan open house tahun ini? Gerenti bersusun kan?!

Tahun ini Haziq dan ayah ibunya balik sehari sebelum raya. Malam 29/09/08 lebih kurang pukul 8.15 sampailah dia di Melaka. Apa lagi...habis lencunlah pipinya kena cium dengan sepupu sepapatnya. Diapun seronok dapat jumpa dengan sepupunya. Ada yang selalu dia jumpa dan ada yang setahun sekali baru nak jumpa. Adatlah tu, masing-masing ada kehidupan dan keluarganya sendiri. Time rayalah nak bermesra dan kukuhkan silaturrahim.

Nampaknya tahun ini Haziq beraya dengan lebih 30 orang sanak saudaranya di bawah satu bumbung. Tema sambutan raya famili besar Haziq tahun ini ialah Manisnya Syawal dan tema warna baju Haziq dan ayah ibunya pula ialah biru lembut. Fesyen pula style org johor yang sampinnya di dalam baju.

Banyak kisah haziq pada hari raya kali ini....bagaimana haziq bantu ayah, pak long dan pakciknya bakar lemang..., bagaimana dia tengok sukaneka malam raya yang dibuat saban tahun...bagaimana pula terujanya dia bermain bunga api, bagaimana pula dia collect sampul raya...dan macam-macam lagilah. Apapun buat entry kali ini...kita warm up dulu dengan pic raya Haziq.  


Update via Fotopages - Selasa 07.10.2008




Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kesempatan ini, saya bagi pihak Haziq dan seluruh ahli keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.

Kami juga ingin memohon maaf andai ada diantara entry kami yang telah menyinggung mana-mana pihak. Segala kesilapan tidaklah disengajakan.

Pada tahun ini, Haziq akan beraya di Melaka dan juga di Kedah.

Kepada mereka yang memandu jauh untuk pulang berhari raya, pandulah dengan cermat. Kami doakan agar semuanya selamat dalam perjalanan.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ke fotopages ini.

InsyaAllah, kita berjumpa lagi dengan pelbagai aksi menarik Haziq ketika beraya nanti.

Salam Hormat & Salam Lebaran Ikhlas dari kami untuk semua. 


Update via Fotopages - elasa 23.09.2008





 

Transisi Wajah Haziq 09.09.2005 - 09.09.2008

Sempena ulangtahun Haziq yg ke-3, elok rasanya dihimpunkan koleksi gambar terpilih Haziq sepanjang 3 tahun untuk melihat perubahan fizikal dan wajahnya.

Dari seorang bayi yang baru lahir, yang cukup senang dijaga. Diam jer....kepada seorang kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam.

Dari seorang yanag suka main remote control, kepada seorang yang suka main handphone.

Dari seorang yang tak tahu apa-apa kini terlalu teruja nak tahu tentang DUNIA.

Jom layan videonya...


Update via Fotopages - Selasa 16.09.2008



Happy birthday Ke-3 Buat Haziq

Allah selamatkan kamu....Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan Wan haziq...Allah selamatkan kamu....

Begitulah nyanyian ahli keluarga ketika menyambut Hari Lahir Haziq pada 31-08-2008 yang lepas. Sambutan diawalkan kerana hari lahir Haziq yang sebenar jatuh pada bulan Ramadhan iaitu pada 09-09-2008. Sempena cuti panjang merdeka dan awal Ramadhan maka semua sepakat untuk meraikan hari lahir Haziq yang ke 3 di rumah Mak Longnya.

Bukan Haziq saja yang diraikan malah sepupunya Najwan, Siti Amira dan Pak Longnya yang kebetulan berkongsi bulan lahir (September) turut diraikan sekali. Jimat belanja. Hehehe..yang penting kemeriahan tetap dirasa walaupun majlisnya sederhana.

Sepatutnya majlis hendak disambut awal tengahari, tetapi memandangkan si Haziq ni tidur nyenyak pada waktu tu, kesian pula nak kejutkan. Tengoklah sahaja aksi dalam klip videonya tu. Dapat hadiah dari Pak Langnya dan dari neneknya. Paklangnya bagi hadiah keretapi mainan yang lengkap dengan landasan dan neneknya pula beri frame yang telah siap dengan gambar Haziq sekali.

Tak sempat-sempat dia nak main permainan itu. Excited sangat dia dapat hadiah kot.

Yang kelakarnya, si Haziq sempat korek hidung time orang sibuk raikannya tu. Selamba jer dia. Bila kena gelak...tercengang pulak dia.

Apapun, kami semua mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Haziq yang ke 3 tahun dan semoga sentiasa berada dalam Rahmat-Nya.


Update via Fotopages - Selasa 09.09.2008





Haziq & Kemeriahan Berbuka Puasa 1 Ramadhan

Sempena cuti panjang sambutan Hari Kemerdekaan dan Awal Ramadhan, Haziq, ibu dan ayahnya telah pulang ke kampung di Melaka. Oleh kerana hari lahir Haziq pada tahun ini jatuh pada bulan puasa, maka pada 31-08-2008 telah diadakan sambutan yang sederhana tetapi meriah di rumah Mak Long nya. Kebetulan bulan September juga merupakan hari lahir 2 org sepupu dan Pak Longnya, maka sambutan diadakan serentak.

Untuk majlis berbuka puasa 1 Ramadhan, semua telah sepakat untuk menyambutnya di rumah Mak Lang Haziq pula di Alor Gajah, Melaka. Walaupun tak semua yang dapat berkumpul, tetapi kemeriahan tetap dirasa. Tengok sajalah juadah yang telah siap terhidang. Konsep 'potluck' dibuat supaya tidaklah membebankan tuan rumah nanti. Setelah dihimpunkan juadah, banyaknya...antaranya ialah, Asam pedas, Mee Hailam, Daging Goreng Lada Hitam, Ikan Masin Goreng, Ikan Basah Goreng, Salad + Ulam Petai, Buah tembikai, Kek Coklat, AIr Kopi Kaw dan Teh O ( Mak Lang - Tuan rumah sediakan), Sambal Bilis Goreng, Udang + Ayam Goreng Serai, Ayam Goreng Sambal (Mak Long bawa), Serabai dan Roti John ( Ibu Haziq 'import' dari pasar Ramadhan) dan beberapa menu lagi.

Yang kelakarnya, semua juadah dah siap disediakan atau dihidang di ruang tamu rumah. Tetapi last minute masa nak berbuka lokasinya dipindahkan pula ke serambi rumah. Untuk dapatkan feel atau suasana kampung yang berangin-angin. Memang meriah dan menarik.

Si Haziq? Eh lupa pulak..inikan kisah dia....dia apa lagi..berkejar-kejaran lah dengan sepupunya. Bila di tanya puasa ke tidak..dia jawab "Poche..." tapi mulut penuh.

Macam-Macam Lah haziq Niee...!??


Update via Fotopages - Rabu 03.09.2008



Haziq & His Cousins

Clip kali ini memaparkan bagaimana Haziq menghabiskan masa bersama 2 orang sepupunya pada musim cuti sekolah yang lalu. Sepupu yang di'import' khas oleh ibunya untuk melekakan Haziq sepanjang ketiadaan ayahnya.

Inilah dia Mohd Najwan dan Mohd Aman Taufiq. Dua2 berumur 9 tahun. Sebaya. Haziq sebenarnya mempunyai 17 orang sepupu yang berumur dari 26 hinggalah 9 tahun. Haziq juga ada 2 orang dua pupu (anak sepupunya) yang lebih kurang sebaya dengan dia.

Ini bermakna, Haziq perlu menyesuaikan diri dalam sebuah keluarga yang besar. Untuk itu, pendedahan dari kecil amat penting supaya dia tahu yang perhubungan atau silaturrahim sesama ahli keluarga adalah sangat penting.

Kesempatan ini, Haziq dan kami seluruh keluarganya ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka ke 51 dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Yang Mulia yang bakal tiba. Hayatilah erti Kemerdekaan dan Carilah Keberkatan Ramadhan


Update via Fotopages - Jumaat 29.08.2008

(Klip Video melebihi limit - Tak dapat upload secara terus. Layari link di bawah)
 
https://youtu.be/zVa9h6lhXak