Begitulah nyanyian ahli keluarga ketika menyambut Hari Lahir Haziq pada 31-08-2008 yang lepas. Sambutan diawalkan kerana hari lahir Haziq yang sebenar jatuh pada bulan Ramadhan iaitu pada 09-09-2008. Sempena cuti panjang merdeka dan awal Ramadhan maka semua sepakat untuk meraikan hari lahir Haziq yang ke 3 di rumah Mak Longnya.
Bukan Haziq saja yang diraikan malah sepupunya Najwan, Siti Amira dan Pak Longnya yang kebetulan berkongsi bulan lahir (September) turut diraikan sekali. Jimat belanja. Hehehe..yang penting kemeriahan tetap dirasa walaupun majlisnya sederhana.
Sepatutnya majlis hendak disambut awal tengahari, tetapi memandangkan si Haziq ni tidur nyenyak pada waktu tu, kesian pula nak kejutkan. Tengoklah sahaja aksi dalam klip videonya tu. Dapat hadiah dari Pak Langnya dan dari neneknya. Paklangnya bagi hadiah keretapi mainan yang lengkap dengan landasan dan neneknya pula beri frame yang telah siap dengan gambar Haziq sekali.
Tak sempat-sempat dia nak main permainan itu. Excited sangat dia dapat hadiah kot.
Yang kelakarnya, si Haziq sempat korek hidung time orang sibuk raikannya tu. Selamba jer dia. Bila kena gelak...tercengang pulak dia.
Apapun, kami semua mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Haziq yang ke 3 tahun dan semoga sentiasa berada dalam Rahmat-Nya.
Update via Fotopages - Selasa 09.09.2008
No comments:
Post a Comment