Tuesday, January 5, 2016

b, c & d

Pada 19/2/09 yang lepas, Haziq telah dikunjungi oleh Mak Long, Nenek, Pak Andak, sepupunya Shahril, Nabil dan Najwan. Mereka ni datang secara mengejut tanpa memberitahu keluarga Haziq terlebih dahulu.

Sampai sahaja di rumah Haziq, kepalanya tengah ditampal 'cool fever'. Rupanya dia demam. Alahai..siannya. Tapi bila dia nampak sepupunya Najwan dan nabil datang, demam dia terus kebah. Mulalah bergurau senda.

Esoknya pagi-pagi lagio dia dah merengek dekat ibunya yang dia tak mahu pergi sekolah. Ialah, dia dah ada kawan bermain, dah mula dia malas nak pergi sekolah. Tapi ibunya kata kena pergi juga. Menangislah juga dia. Sayu juga tengok.

Akhirnya dia pergi juga sekolah, walaupun dalam keadaan yang tak berapa nak suka. Dalam pukul 3 petang, si ibunya pergilah dengan Najwan dan nabil untuk ambil si Haziq dari sekolah. Tapi cikgunya kata..si Haziq nyenyak tidur dari pukul 1 lagi. Dia masuk sekolah pukul 11.00 pagi. Pukul 1.00 dia dah bantai tidur. Mungkin sebab dia letih bermain berkejaran dengan sepupunya. Tulah dia terlena.
Tapi bila dah masuk dalam kereta...dah terbeliak semula mata dia.

Sekarang ni Haziq tak tak boleh nak di'ugut' lagi. Dia dah mula ada pendirian. Pendirian apa? Haa..tengok perbualan telefon antara haziq dan pak Andaqnya...

Pak Andaq : Assalamualaikum Haziq..dah balik sekolah ke?

Haziq : Dah, Haziq makan kopok ni..ayah beli

Pak Andaq : Nak sikit..boleh tak?

Haziq : Suruhlah nenek beli...

Pak Andaq : Ooo..kedekut ek. Tak naklah kawan..

Haziq : Kawanla...

Pak Andaq : Tak naklah kawan..

Haziq : Ala...kawan la...

Pak Andaq : Tak nak..

Haziq : Tak nak cudah...(dia letak gagang)

Hehehe...camtulah dia sekarang. Lepas letak gagang dia mengadu kat ibunya yang Pak Andaq dia tak nak kawan dengan dia.

Apapun tengoklah tulisan b, c dan d si Haziq.



No comments: