Seperti yang tekah ditulis pada entry yang lepas, Mak Long Haziq telah mengadakan Majlis Kahiwn Putera Kembarnya pada 14/12/2008. Majlis telah berlangsung dengan meriahnya. Ramai tetamu yang hadir dan pastinya banyak kenangan indah terpahat buat mempelai.
Haziq juga cukup teruja dengan majlis tersebut tapi dia dah malas nak beri pose untuk dimuatkan dalam fotopages ini. Banyak gambar-gambar hanya diambil secara candid. Tapi bila mood dia baik, bolehlah ambil gambar dia.
Haziq teruja untuk pergi ke rumah Mak Longnya 2 minggu sebelum Majlis lagi. Asyik tanya ayahnya bila nak balik kampung. Bila dia tanya, ayahnya akan jawab "next week". Yang kelakarnya, dia boleh minta kat ayahnya next week tersebut. "Ayah...nak next week"! Kirakan kalau dia minta next week tu, cepatlah ayahnya akan bawa dia pulang kampung. Hehehe..dia belum paham lagi apa erti next week tersebut.
Oklah..untuk entry kali ini, kita tengok Haziq 'bermain' dengan bunga manggar di hadapan pelamin.
Update via Fotopages - Khamis 18.12.2008
Tuesday, January 5, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment