Tuesday, January 5, 2016

Salam Aidilfitri 2009 Dari Haziq & Keluarga

Salam....dan tidak terlambat nak ucapkan selamat hari raya...

Sudah lama tak update fotopages ni....bukan dah lupa atau tiada materials, tapi tidak berkesempatan dan kekangan kerja yang macam tak pernah nak habis.

Ok...kita bercakap pasal si Haziq pula. Dah semakin besar dan lincah dia sekarang ni. Pada 9.9.09 tu hari..genaplah umur dia 4 tahun. Oleh kerana jatuh pada puasa...maka sambutannya dilakukan pada malam raya bersama dengan sepupu, paklong dan saudaranya yang menyambut hari lahir pada bulan September 2009. Dah pandailah dia potong cake....

Adik si Haziq pun dah pandai nak bermain bila ada orang dok melayan. Betullah jangkaan...nama yang dipilih ialah nama yang si Haziq nak..iaitu Wan Aishah. Adalah dia kawan sekarang nie. Cukup dia sayang pada adiknya...tapi masa mula-mula dulu ada juga rasa cemburu dengan kehadiran orang baru dalam keluarganya....tapi bila dia rasa tak di abaikan....dia semakin memahami bahawa kasih sayang itu tidak terhad untuk dia sorang sahaja..malah dalam diri dia juga sudah tumbuh rasa kasih dan sayang pada adiknya...

Haa...macam-macam insiden sepanjang dia temankan ibunya berpantang di kampung....nanti akan diceritakan kemudian.....Oleh kerana masih lagi dalam bulan Syawal....jadi cerita kali ini berkisar tentang si Haziq beraya.

Tahun ini...Haziq beraya di kampungnya di Melaka. Bila sebut nak raya..awal-awal puasa lagi dia dah sibuk nak raya. Dia dah mula faham erti Raya secara amnya. Bila suruh puasa...jawapannya "Haziq tak boleh puasa..Haziq dah kenyang". Kekeke...maknanya dia dah minum lah tu..nak puasa camana?!!!

Malam raya..dia sukalah..sebab ada sessi bertukar hadiah dikalangan ahli keluarga dan sessi bermain bunga api disamping sambutan birthday anggota keluarga yang lahir pada bulan 9.

Pagi..raya diapun turut serta bermaaf-maafan. Kalau dulu, dialah paling kecik....tapi sekarang ini ada adiknya dan anak buah sepupunya yang baru lahir dalam bulan puasa dulu. Jadi ada pertambahan 2 anggota baru iaitu wan aishah dan qaseh khalishah menjadikan anggota keluarga Haziq semakin besar.

Ok..jom kita tengok pic-pic raya si Haziq.... 


Update via Fotopages - Sabtu 10.10.2009


 

No comments: