Tuesday, January 5, 2016

Haziq Yang Bebas

Bila dah duduk kampung teman ibunya bersalin nie, Haziq barulah diberi kebebasan untuk keluar bermain di halaman rumah. Kalau di rumahnya di Johor Baharu, dia tidak bebas lepas. Segala-galanya dalam rumah. Tapi bila di kampung dia 'dilepaskan'.

Bila dah bebas tu. macam-macamlah yang dia nak cuba dan macam-macam oranglah yang dia jumpa. Dia selalu pergi rumah nenek saudaranya di sebelah rumah. Sebab ada abang sepupunya yang rajin melayan, maka dia rajinlah juga 'mengacau' abang sepupunya tu.

Bangun je tido, dai dah suruh ibunya buka pintu. Dia nak pergi ke rumah sebelah nak jumpa abang sepupunya tu. Sampaikan dia tak ingat nak balik makan. Sebab ada orang melayan, diapun sukalah. Pergi jalan, makan, main semuanya dengan abang sepupunya (Di panggil abang Erin).

Abang sepupunya tu dah besar panjang. Dah berumur 20 tahun. Kebetulan ada dirumah sebab cuti belajar, itulah yang si Haziq suka pergi rumah nenek saudaranya tu. Ada kawan baru yang rajin melayan dia. Diapun naiklah tocang sikit. hehehe

Sampaikan ayahnya telefon nak bercakap dengan diapun dia tak mahu. Asyik sangat dia dengan abang Erin nya. Kalau beli apa-apa mesti dia nak dua. Dia nak kongsi dengan abang Erinnya. He he he...Ibunyapun dah tak boleh nak cakap apa dah. Bila ibunya marah, Haziq kata "pagi-pagi tak boleh marah...pagi-pagi kena senyum".

Tapi bila dia dah terlampau aktif tu, batuk dan selsema mulalah datang. Bila dah batuk dan selsema...asmanya mudahlah menyerang. Bila malam tak dapat tidur. Kesian tengok dia. Apapun didoakan semoga kesihatannya baik selalu.


Update via Fotopages - Sabtu 11.07.2009





No comments: