Tuesday, January 5, 2016

Haziq Menjelajah Melaka

Kesempatan cuti panjang ketika ibunya berpantang di kampung telah memberi peluang untuk Haziq mengenali negeri kelahiran ibunya...Melaka.

Bertemankan sepupunya si Najwan, Aman, Nabil dan Nazirah..maka bermulalah penjelajahan si Haziq. Tempat yang mula-mula sekali dia pergi ialah...menaiki bot menyusuri sungai Melaka. Memang betul-betul excited dia. Tak duduk diam. Satu bot dia nak pusing...bukannya apa..takut dia je jatuh dalam sungai. Tak ke naya....

Lepas tu bawa dia bersiar ke bangunan merah atau Stadhuys. bermandikan cahaya lampu limpah yang menerangi persekitaran...suasana malam bertukar siang. Nasib baiklah air pancut tak dibuka malam tu. Kalau tak...lagilah si Haziq teruja..dia dengan air macam tak boleh dipisahkan. Suka sangat dia main air. Tapi bila mandi...pantang dia jirus kat muka. Dia akan rasa macam lemas. Jadi bila dia kena mandikan...dengarlah dia menjerit lam bilik air....he he he.

Olehe kerana air pancut di situ tak buka, dia nak pergi tengok air pancut beirama di tepi sungai Melaka. Dia tahu tempat tu sebab pernah pergi dulu. Jadi dia nak pergi lagi..dia suka kena tempias air pancut tu bila ditiup angin. Kuyup pun dia tak kisah.

Lepas tu, Haziq tengok pula tarian poco-poco oleh polis pelancong di situ. Menarik dan menghiburkan. Tapi si haziq dah mula letih...dia dok tanya bila nak balik....dah mengantuk. Jenuhlah nak mujuk dia. Dalam perjalanan balik..dia tertidur. Bila dikejutkan untuk makan di restoran..dia tak nak..dia nak balik jugak.

Puas pujuk...barulah dia beralah. Tapi bila dah sampai rumah...mata dia dah tak mahu tidur. Macam-macam aksilah dia buat. He he he 


Update via Fotopages - Ahad 01.11.2009




No comments: