Tuesday, January 5, 2016

Haziq Dapat Adik Perempuan

Pada 16/07/2009 lebih kurang pukul 6.00 pagi, lahirlah adik si Haziq yang comel lote. Haziq dapat adik perempuan. Begitu teruja dia nak jumpa adik perempuannya bila dia tahu baby dah ‘keluar’ dari perut ibunya.

Haziq asyik nak cium adiknya. Dia usap kepala dan pipi adiknya. Buat sementara ini tiada lagi perasaan cemburu pada dirinya. Semuanya ok, malah dia kelihatan amat menyayangi adiknya yang dipanggilnya Aishah. Tapi nama rasmi yang diberi belum diketahui lagi.

Semasa ibunya dalam bilik bersalin lagi Haziq asyik dok tanya mana ibunya. Ialah, dah dia tak dapat lihat ibunya...jadi dia rasa rindu nak jumpa. Bila dia nampak orang lain keluar dari bilik bersalin dengan katil beroda dia jadi takut. Dia tak mahu ibunya dibawa di atas katil beroda tersebut.

Bila dia tanya ayahnya baby dah ‘keluar’ ke belum..., ayahnya kata belum. Ayahnya suruh haziq banyak-banyak berdoa dan secara spontan dia mengangkat tangan sambil berdoa yang bunyinya...”Sembuhikanlah ibu...bagikanlah baby cepat keluar”. Berulang kali juga dia berdoa. Akhirnya doa haziq dan semua dimakbulkan bila ibunya selamat bersalin melalui pembedahan dan baby girl yang lahir sihat dan comel.

Kebetulan ada tag kelahiran pada kaki baby, jadi dia ingat itu macam plaster tampal sakit. Bila ayahnya balik pada malamnya dia tanya ayahnya yang baby dah sihat lom. Dia tanya juga yang ‘benda’ kat kaki baby dah buka lom. Bila ayahnya kata baby sihat.....si haziq terjerit-jerit “Yea..yea...baby dah sihat...yea..yea baby dah sihat”.

Gelagat dia sepanjang di hospital memang lah menarik perhatian orang. Kepetahannya, kelincahannya yang tak reti nak duk diam walau seminit dan keramahannya yang tak takut pada orang mencuit hati. Nak kawal dia bila dia bebas lepas memanglah sukar dan perlu ada caranya. Kena cakap perlahan-lahan, kena janji nak bawa pergi taman permainan barulah dia nak dengar cakap sikit. Itupun sekejap jer.....he he he

Sekarang ni dah adalah kawan untuk haziq bermain-main nanti. Apapun diucapkan Selamat Datang kepada ‘Wan Aishah’. Semoga menjadi anak yang cemerlang dan solehah. insyaAllah.... 


Update via Fotopages - Jumaat 17.07.2009





 

No comments: