Tuesday, January 5, 2016

Susu Sikit, Milo Banyak

Semalam (13/07/09) Ibu Haziq sudahpun masuk wad menunggu masa sahaja untuk bersalin. Haziq memang teruja nak dapat adik. Jantina adiknya belum diketahui lagi tapi si Haziq dah ada nama untuk adiknya yang bakal lahir. Kalau perempuan dia nak namakan Wan Aishah dan kalau lelaki dia nak namakan Wan Hafiq. Tak tahulah kalau ayah dan ibunya akan gunakan nama yang dicadangkan oleh si Haziq ni. Tapi kalau mengikut citarasa ayahnya, memang nama yang pendek dan ringkas menjadi pilihan. Apapun kita tungguuu...

Oleh kerana malam tadi ibu Haziq dah ditahan wad, maka dirumah neneknya si haziq dok tanya-tanya juga mana ayahnya tak balik-balik. Jadi kenalah layan supaya dia tak ingat sangat ayah dan ibunya. Layanlah dia main game dekat komputer yang dibawa khas dari rumahnya di Johor.

Bila ayahnya balik...dia jerit keriangan dan panggl ibunya. Bila ayahnya terangkan yang ibunya kena duduk hospital, barulah dia faham.

Dalam pukul 10.30 malam dia mula minta minuman kegemarannya. Selalunya dia minta kat ibu, tapi malam tadi dia minta dekat ayahnya. Dia kalau minta susu mesti dengan special requestnya. "Ayah..nak susu...susu sikit, milo banyak". Itulah dia punya order tiap-tiap malam....

Apapun kita doakan agar ibu Haziq selamat melahirkan bayi yang sihat dan comel....

Jom layan pic-pic Haziq dengan komputernya yang dibawa khas dari JB. Dia sedang tengok filem kesukaannya Syurga Cinta..... 


Update via Fotopages - Selasa 14.07.2009



No comments: