Budak-budak kecil memang cepat mengikut. Apa sahaja yang dia nampak, dengar...lekas dia nak tiru. Haziq juga tidak terkecuali.
Dulu masa dia cakap bontot, ibunya 'sebat' bibir Haziq supaya dia tidak terus ucapkan perkataan yang kurang elok. Dan pada ketika lain, bila ibunya tersasul cakap 'bontot', cepat sahaja tangan haziq menampar mulut ibunya. Naik berang juga ibunya...kenapa pulak haziq tampar, bila teringat balik kes sebelumnya, barulah ibunya faham. Haziq kata "jangan cakap bontotlah, punggung."
Kat kampung, sepupunya rajinlah mengusik Haziq. Haziq pula terus mengadu kat ibunya. Tapi bila dia nak mengadu tu..."Ibu..ibu...dia cakap.." Haziq tak dapat nak teruskan perkataan 'bontot' tu sebab takut dia pulak kena tampar mulut. Hehehehe.....
Sampailah sekarang, bila cakap 'bontot' jer, Haziq akan mengadu dekat ibu, ayah atau maklongnya. Sebab itulah sebagai org dewasa, kita kena tunjukkan contoh yang baik dalam perbuatan atau percakapan kerana budak-budak mudah meniru...
Ini pula pic Haziq masa makan beradab tu hari...Bukan main leka dia makan. Lauk sedaplah katakan...
Update via Fotopages - Selasa 13.01.2009
Tuesday, January 5, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment