Haziq memang tak reti nak duduk diam. Baginya, kalau tidur tu satu kerugian. Seboleh mungkin dia akan paksa dirinya sentiasa berjaga. melainkan kalau dia dah betul-betul penat...barulah dia akan lena tak kira waktu. Tapi tidurnya bukan lamapun. kalau dia tidur lama...itu namanya syukur Alhamdulillah. Dia renyah....
Bila dia berjaga...dapat lepas bebas, baginya itulah masa yang paling menyeronokkan. Dia dapat melakukan apa yang dia suka. Tapi kena awasi selalu. Dia belum tahu apa yang elok dan tidak. Semua dia nak cuba. Dia belum dapat mengagak bahaya yang akan datang. Jadi, bila dia lepas bebas bermain, maknanya kita perlu lebih waspada dan hati-hati dengan pergerakannya.
Itulah sebab kening dia dah bertanda....pipi dia dah bertanda. Jadi untuk beri dia bermain sorang-sorang di taman permainan...kena fikir banyak kali.
Tapi, bila dia dapat lampu hijau bermain di taman permainan...dia memang sukalah. Tapi, seberani beraninya dia...bila dia bermain di tempat yang tiada orang...dia cuak juga. terutamanya bila nak masuk dalam papan gelungsur yang bertutup. Dia paling takut bila dia keluar di hujung terowong nanti, orang yang jaga dia masa bermain tu takda. Mahu dia melalak nanti. Jadi yang kelakarnya, setiap kali dia nak main gelungsur, sebelum dia betul-betul mengelungsur, dia akan jengahkan kepalanya nak tengok supaya orang tak tinggakan dia. Dua tiga kaliler dia jengah. Itu bermakna dia masih memerlukan orang yang dia kenal dan percaya untuk selalu berada di samping dia. Barulah dia rasa selamat dan dilindungi. Itu adalah fitrah semua budak-budak.
Inilah antara pic yang sempat dirakam...
Update via Fotopages - Sabtu 07.11.2009
Tuesday, January 5, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment