Tuesday, January 5, 2016

Haziq Meraikan Sepupunya Kahwin

Semalam (30/11/2008) sepupu Haziq telah selamat melangsungkan perkahwinan di sebelah perempuan. Haziq dan ibu bapanya telah balik untuk meraikan sepupunya kahwin. Sepupu haziq ni kembar lelaki sebenarnya. Dua-dua naik akan naik pelamin serentak pada 14/12/2008 ini.

Semalam dak adik (Mohd Khairul) melangsungkan perkahwinan. Pada 12/12/08 nanti, kembarnya yang di panggil dak abang (Mohd Azhar) pula akan bertandang ke Putrajaya. Kemuncak majlis akan dibuat di rumah mak Long Haziq nanti pada 14/12/08 nanti.

Bukan main seronoklah dia tengok 'perantin' (sebutan Haziq). Belumpun tamat majlis, Haziq dah lena dipangkuan ayahnya. Mana taknya, sepanjang di rumah Mak Longnya, dia tak duduk diam. Tidurpun kurang. Jadi, sebab dah tak tahan sangat, dia lena.....orang keliling sibuk pun dia tak sedar. Zzzzzz

Sekarang nipun nak minta dia posing ambil gambarpun susah. Dia dah muak agaknya dengan kamera. Hehehehehe 


Update via Fotopages - Isnin 01.12.2008




No comments: