Tuesday, January 5, 2016

Kemeriahan Syawal Haziq

Seperti yang dijanjikan dalam entry yang lalu, inilah dia antara klip yang sempat dirakamkan pada pagi Syawal 2008.

Seawal 4.30 pagi rumah dah terang benderang. Siapa lambat, alamatnya kena tunggulah giliran nak gunakan bilik air. Walaupun dirumah nenek Haziq ada 2 bilik air dicampur lagi dengan 2 tandas yang boleh digunakan untuk mandi bila darurat, tetapi masih lagi tak cukup. Jadi kena beraturlah jawabnya bagi siapa yang bangun lambat.

Si haziq pula bila dikejutkan mula meragam. Mood dia tak ok lak pagi tu. Mungkin sebab mimpi indahnya diganggu. Nasib baiklah sekejap jer dia buat perangai. Lepas tu bila dia tengok semua sepupunya sibuk bersiap, mood rayanya mula datang. Diapun nak siap cepat. Nak pakai baju raya.

Pukul 7.00 pagi semua dah siap. Sessi memohon maaf pun bermula. Time nie macam keretapilah jawabnya. Tengok ajelah klip tu. Beratur ikut ‘pangkat’ dalam keluarga...bermula dari yang sulong....sehinggalah yang paling kecil. Maknanya Haziq punya turn nun jauh dibelakang. Jenuhlah dia nak salam semua orang. Tapi dia dah exercise tangan dia dulu. Tengoklah bagaimana dia buat senaman tangan. Pandai dia prepare awal-awal.

Ruang yang mulanya kosong, dah penuh bila masing-masing dah duduk tunggu yang kecik-kecik lak bermohon maaf. Time ni biasalah...ada gak yang tak dapat membendung perasaan sedih dan sayu, maka gugurlah air mata bila mengenang segala khilaf yang lalu.

Bagi yang masih belajar, masa inilah dia orang nak collect duit raya. Yang dah bekerja kenalah menghulur. Tu sebab si Ibu haziq dan dah siap sedia dengan sampul rayanya sebab sekejap lagi akan diserbu oleh anak buah dan cucu buah. Bukan selalupun dapat duit dari saudara mara nie. Time rayalah barulah mereka merasa. Si Haziq, Danish dan Seri Atika ‘mewah’lah dengan sampul raya. Sampai tak cukup kocek nak diletakkan. Tapi sebagai ganti, pipi mereka ni kena ciumlah bertalu-talu. Ambik duit raya, kena hulur pipi dulu. Barulah dapat. Ini kes buli gak nie. He he he

Tapi dia orang ni belum tahu lagi guna duit. Yang untungnya mak dan ayahlah. Lepas collect, dia orang pergi ke Pa & Ma Bank. Melabur....

Bila dah selesai sessi bermaafan dengan kaum keluarga, serbu pula rumah Mak saudara sebelah rumah. Bila dah bercampur, makin gamatlah suasana. Lagi panjanglah keretapi.

Selesai sessi bermaafan, Sessi bergambar bersama keluarga pula. Rutin ini memang tiap-tiap tahun diadakan. Selepas itu, barulah menghadap hidangan menjamah apa yang patut sebelum menunaikan sembahyang Sunat Hari Raya.

Yang perempuan pulak kena siap sedia sebab mengikut kebiasaan, rumah akan diserbu oleh sanak saudara pada raya pertama dan kedua.....

Begitulah kemeriahan Syawal Haziq...


Update via Fotopages - Khamis 16.10.2008

No comments: