Petangnya pula...dalam pukul 4.00 bermula acara di kolam renang. Ada beberapa permainan di buat seperti polo air, cap kelicap, lawan dukung. lawan berenang, lawan menyelam dan mcm-mcm lagilah. Haaa..time inilah si Haziq menunjukkan skillnya berenang.
Tengoklah klip videonya tu...walaupun pakai pelampung..nak juga dia menyelam dengan membenamkan mukanya. Banyaklah air kolam yang dia terminum. Hehehehe...takpalah Haziq..janji haziq enjoy. Dah mengigil sampai gigi terketar-ketarpun dia masih nak juga mandi dalam kolam.
Malamnya pula acara bbq di tepi pantai. Walaupun lepas mandi kolam petangnya dia tertidur keletihan, tapi dia nak juga join bbq. Antara yang dibakar ialah sotong, udang, kepak ayam, ikan siakap, ikan cencaru, otak-otak, sosej, daging kambing.
Begitu begini...lebih kurang pukul 11.00 selesai bbq dan semua naik ke apartment masing-masing untuk tidur. Esoknya awal2 lagi dah beli sarapan nasi lemak, kuih dan roti canai. Lepas sarapan...semuanya terjun kolam semula.
Pukul 12.00 tengahari...semuanya dah siap sedia nak balik...Dalam perjalanan pulang, konvoi sebanyak 7 buah kereta singgah di pantai peranginan Teluk Kemang untuk makan tengahari.
Haziq pula terus ke rumah neneknya untuk tidur semalam lagi. Isnin pagi, Haziq serta ayah dan ibunya pergi ke Seremban untuk menziarah nenek sebelah ayahnya yang ada di rumah bapa saudaranya di Seremban.
Begitulah antara aktiviti Haziq yang mencuri tumpuan dengan keletahnya.
Update via Fotopages - Selasa 17.03.2009
No comments:
Post a Comment