Tuesday, January 5, 2016

Model Syawal

Tahun ini Haziq beraya di kampung 2 hari. Malam raya kedua barulah dia bertolak ke kampung sebelah bapanya di Kedah. Lagipun neneknya di Kedah dan mak serta pak sedaranya di sana belum lagi berkesempatan tengok orang baru..Wan Aishah.

Di Kedahpun si Haziq menjadi perhatian. Masa konvoi raya, dia tak mahu naik Naza Citra ayahnya...tapi nak naik Kia Sportage Pak Andaknya di Kedah. Kirakan dia nak bertukar angin dan selera. Beraya sakanlah dioa di Kedah.

Dalam perjalanan balik ke Johor dari Kedah, Si Haziq singgah semula di Melaka dan tidur semalam untuk meneruskan aktiviti berayanya. Kebetulan pula Pak Itam sepupunya masih lagi bercuti di kampung dan asyik dengan aktiviti mengambil gambar raya...jadi dia jadikanlag JHaziq ssebagai sasaran objeknya.

Kalau nak diikutkan...si Haziq ni dah tak macam dulu lagi bila disuruh bergambar....kena ikut mood dia. Tapi entah macamana angin dia baik pada waktu tu, maka terhasillah gambar-ganbar yang menarik ini.

Inilah gambar-gambar terbaru Haziq sumbangan Pak Itamnya yang memang arif dalam hal photografi. 


Update via Fotopages - Sabtu 10.10.2009 






 

No comments: