Monday, March 28, 2016

Taekwondo Circuit 2016 - Lawan Lagi

Semalam (Ahad - 27.03.2016) Haziq dipilih sekali lagi untuk menyertai 'Taekwondo Circuit 2016' di Cheras Kuala Lumpur. Dari hari Jumaat lagi dia dan rakan rakan sepelatih telah berkampung di Kuala Lumpur.

Untuk menyertai kejohanan yang berlangsung pada hari Ahad yang merupakan cuti bagi kebanyakan negeri lain (Johor - Sekolah), Haziq perlulah mendapat kebenaran dan pelepasan pihak sekolah.

Untuk kejohanan kali ini, ayah, ibu dan adiknya Aisyah telah meluangkan masa untuk memberi sokongan moral. Sekurang-kurangnya kehadiran keluarga Haziq secara tidak langsung menunjukkan mereka semua menyokong Haziq. Kalah atau menang....itu soal kedua.

Keputusannya....Haziq kalah lagi. Tak kisahlah berapa banyak kekalahan yang akan menyusul selepas ini, semangat dan dorongan untuk melihat Haziq maju dalam sukan Taekwondo tidak pernah pudar.

Haziq...jangan pernah putus asa. Kami semua sentiasa menyokongmu. teruskan berusaha dan berlatih sehingga berjaya.



 
 

Wednesday, March 23, 2016

Masa Bergerak Pantas

Yup....memang masa bergerak pantas tanpa kita sedari. Antara sedar dan tidak, Haziq akan menyambut hari lahir ke 11 pada bulan September nanti.

Masih terbayang keletahnya semasa kecil. Aktif dan tidak tahu duduk diam. Gelagatnya menjadi penyeri suasana. Terngiang-ngiang pelatnya bercakap dalam telefon. Tapi itu dulu...

Kenapa tiba-tiba bercakap pasal masa? Sebab bila terima whatsapp darinya, tengok gambar profilenya...baca forward message darinya...tengok forward video tentang fenomena gerhana matahari darinya....macam tak percaya dia dah besar.

Kalau dulu selalu kena dukung, kini dah tak larat nak dukung dah. Dah besar panjang. Tapi itulah hakikat kehidupan. Ada putarannya.

Kalaulah Allahyarham Atuk Dautnya masih ada...tentu atuknya akan berasa seronok dikelilingi cucu-cucunya sambil disuruhnya mencabut uban...

Jom tengok antara gambar profile whatsappnya...



Thursday, March 17, 2016

Aisyah - Spotlight

Hari ini kita bagi ruang kepada Wan Aisyah untuk mengisi slot. Satu-satunya adik Wan Haziq pada ketika ini dan merupakan insan yang dekat di hati Haziq.

Aisyah....nama ni dipilih oleh Haziq sendiri. Masa Aisyah lahir tahun 2009, Haziq baru berumur 4 tahun. Kenapa Haziq pilih nama Aisyah?!...mungkin ianya ringkas dan senang disebut pada ketika itu. Lagipun nama Aisyah itu sendiri sudah 'besar'. Dalam sejarah Islam, Aisyah adalah puteri kesayangan Sayidina Abu Bakar r.a, sahabat nabi yang setia yang kemudiannya menggantikan Nabi sebagai Khalifah Islam yang pertama.

Aisyah juga adalah isteri Nabi dan dikenali kerana pembawa riwayat yang paling 'authentic' kerana dianugerahkan ingatan yang sangat tajam dan sebab itulah dia menjadi periwayat paling besar bagi sunah Nabi dan ajaran Islam.

Berbalik semula kepada sikecil Aisyah, sekarang dahpun berada di Tahun 1. Satu sekolah dengan abangnya, agak pendiam dan pemalu. Tapi itu kalau belum mengenalinya, sebab kalau dah kenal dan mesra, karakter Aisyah bertentangan dengan apa yang dilihat. Dia seorang yang suka bercakap. Dua personaliti yang berbeza tapi itulah hakikatnya. Dia juga seorang yang berani untuk menyanyi atau menari depan khalayak.

Kalau Haziq masa kecil dulu, macam jinak jinak merpati. Lambat nak tawan hatinya untuk bawa keluar berjalan tanpa ayah dan ibunya, tetapi Aisyah tak mengambil masa yang lama. Senang diminta untuk cium. Tapi....sekarang ni, kuat merajuk. Kadang-kadang memberontak bila kehendaknya tidak dipenuhi. Terutama dengan ibunya. Tak boleh salah sikit. Nak pujuk dia macamana?....tak payah!!. Buat jer tak tahu, nanti dia akan cuba menawan hati ibunya semula.

Seorang yang suka menyanyi dan kuat daya hafalannya. Daya imaginasinya tinggi sebab kadang2 entah apa-apa yang dia nyanyi...melodi semua dia buat sendiri. Paling suka cakap Bahasa Inggeris...ikut sedap mulut dia je lah. Hahahaha...

Kalau haziq hantu air....dia nipun suka main air. Sambil dia mandi, dia akan cipta suasana sendiri dan boleh leka duduk dalam bilik air. Selagi tak disergah....selagi itulah dia 'berkubang'.

Bab makan...Aisyah bukanlah seorang 'pemakan'. Agak susah nak suruh dia makan. Tapi kalau dia ada mood nak makan...malam malam hari orang dah tidurpun dia boleh kejut ibunya untuk makan. Dia suka sup dan berkuah macam sup.

Kalau bergusti atau bergurau dengan abangnya...memang dah macam lelaki. Lasak. Sukar nak suruh dia tidur awal. Selagi tak mengantuk...dia tak nak tidur. Hahaha....

Cukup kot untuk slot khas ni....nanti kita sambung lagi....

Okay...jom kita selongkar gambar-gambarnya.....
























Tuesday, February 23, 2016

Cuba Lagi....

Salam...

Untuk Kejohanan Taekwondo Sport Excel NSC-Milo-TM National Senior & Junior Circuit 2016 yang baru berlangsung tempohari, Haziq telah tewas dalam pusingan pertama dan secara automatiknya tidak layak untuk ke pusingan seterusnya.

Lumrah dalam setiap pertandingan. Ada menang dan ada kalah. Ini merupakan kejohanan terbesar yang Haziq pernah sertai. Tentunya banyak pengalaman yang dapat dikumpul. Inilah yang lebih berharga. Kemenangan adalah satu bonus, tetapi pendedahan dalam acara yang besar juga merupakan satu titik permulaan untuk berjaya pada masa hadapan. Teruskan usaha.

Jom kita imbas antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang penglibatan Haziq dalam Taekwando.










Wednesday, February 17, 2016

Haziq Wakil Johor...

Alhamdulillah...semenjak Haziq menyertai kelab Taekwondo, inilah berita yang boleh dianggap sebagai berita yang membanggakan. Hari ini (18.02.2016) Haziq akan berangkat ke Perlis untuk menyertai Kejohanan Taekwondo Sport Excel NSC-Milo-TM National Senior & Junior Circuit 2016.

Tapi ada satu masalah....berat badan. Haziq perlu menjaga berat badannya supaya tidak terlebih dan tidak layak menyertai kategori dia. Masa sessi timbang tu hari, berat badannya dah melebihi 600gram Sir nasihatkan untuk menurunkan berat badan untuk kejohanan nanti. Semoga berat badannya okay.

Semoga hasil usaha dia selama ini mula 'berbuah'. Tapi kemenangn tu hanyalah bonus, yang paling penting pendedahan dan pengalaman yang akan dia perolehi dalam menyertai kejohanan yang besar. Ini semua akan mematangkan dia secara tidak langsung.

Semoga semua urusannya dipermudahkan. Selamat pergi Haziq. Berjuanglah......doa kami sentiasa mengiringimu....






Thursday, February 11, 2016

Akhirnya....

Alhamdulillah....akhirnya selesai juga memindahkan semua data 'My Journey Begins' (MJB) dari fotopages ke BlogSpot. Bukan satu kerja yang mudah sebenarnya kerana catatan MJB telah mula dibuat pada hari Jumaat (08.12.06) dan terakhir ialah pada Isnin (13.04.15). Jumlah entri pula lebih kurang 225 dgn jumlah gambar sebanyak 504 keeping.

Sebab utama pemindahan dibuat ke BlogSpot adalah kerana Fotopages selalu sahaja tidak boleh dibuka. Untuk mengelakkan masalah yang sama berulang lagi maka inisiatif diambil untuk memindahkan MJB ke medium yang lebih mesra pengguna dan mudah dikendalilan.

So, inilah entri permulaan yang menggunakan masa sebenar. Banyak juga catatan MJB yang perlu dikemaskini semula kerana hamper setahun tiada catatan baru dan banyak perkara yang telah berlaku yang melibatkan Haziq terutamanya dan juga Aisyah.

Gambar tidak menjadi masalah kerana ada tersimpan, cuma penceritaan berkenaan gambar tersebut sahaja yang mungkin perlu diingat semula.

Sebenaranya MJB ini dibuat khas untuk Wan Haziq, supaya setiap momen istimewa dalam hidupnya dapat dirakamkan sebagai kenangan. Diselitkan juga kisah adiknya Wan Aisyah. Kalau nak buat lagi satu lagi MJB khas untuk Aisyah...tak terkejar rasanya.

Sekarang Haziq dahpun darjah 5. Tahun ni umur dia 11 tahunlah manakala adiknya Wan Aisyah dahpun melangkah ke darjah 1. Sampai satu tahap nanti, MJB ni akan menjadi milik Haziq dan dia akan menulis sendiri perjalanan hidupnya...Insya Allah. (Kalau dia berminat....). Buat masa sekarang ni, masih terlalu awal...

Okaylah....sebagai permulaan, nak belanja satu pic terbaru Haziq dan Aisyah....






Hari Sukan

Pada 12.4.2015 sekolah Haziq telah membuat beberapa acara saringan untuk acara sukan tahunan sekolah. Untuk hari ini, Haziq memasuki acara saringan lompat jauh dan lontar peluru bagi rumah Biru.

Untuk acara lontar peluru, haziq tidak dapat untuk menempatkan dirinya dikelompok terbaik tetapi untuk acara lompat jauh, Haziq telah berjaya mencatatkan lompatan terbaik untuk pasukan Biru.

Haziq sebelum ini memang tidak pernah menunjukkan kecenderungan dirinya dalam bidang sukan olahraga (selain tae Kwan Do) tetapi sejak tahun lepas, bakatnya dapat dicungkil.

Semoga Haziq dapat merangkul pingat untuk rumah sukannya pada tahun ini.

Go Go Haziq.... 

(Update via Fotopages - Isnin 13.04.15)