Sunday, March 25, 2018

Tahniah Irfan....

Belum terlambat lagi rasanya untuk mengucapkan TAHNIAH kepada Irfan atas keputusan cemerlangnya dalam SPM yang diumumkan pada 15.03.18 tempohari.





Semoga kecemerlangan Irfan dapat diteruskan oleh generasi Nek Mun yang lainnya seterusnya menjadi pembakar semangat kepada mereka untuk turut sama mengukir kejayaan yang cemerlang. Bukan mudah tapi tidak juga susah. Insya Allah...BOLEH.

Kebetulan pula Irfan dan keluarganya balik kampung untuk meraikan kejayaannya dengan nenek, dan Haziq pula transit di rumah nenek sebelum balik asrama, maka dapatlah mereka berjumpa.

Bukan senang mereka nak berjumpa, jadi masa yang ada tu dapatlah mereka manfaatkan dan melakukan pelbagai aktiviti bersama antaranya solat bersama di masjid berdekatan, memanah serta jalan2 ke bandar Melaka.

Walaupun singkat masa un tuk mereka bersama kerana pada petang Ahad (25/03/18) Haziq dah kembali semula ke asrama dan Irfan serta keluarganya juga pulang ke Ipoh, tapi nampak kepuasan di wajah mereka terutamanya si-Aishah yang dimanjakan oleh Irfan. Di dukung dan di dudukkan dalam troli serta di tolak...suka lah dia.

Tahniah sekali lagi Irfan dan semoga terus menjadi inspirasi kepada yang lain-lain. Semoga dapat meneruskan pelajaran dalam bidang yang diminati. Kami semua akan terus memberi sokongan.











Tuesday, March 6, 2018

Emosi dah stabil, cuma....

Hampir 2 bulan dah Haziq berada di SM Imtiaz, Melaka. Sepanjang temph tersebut, ada 2 perkara/cabaran yang sedikit mengganggu emosinya. Cabaran tersebut adalah:-

Cabaran pertama - Berjauhan dengan ibu bapa.

2 minggu pertama masih okay lagi emosinya sebab sibuk dengan pelbagai aktiviti. Bila rutin harian dah mula bergerak perlahan, perasaan rindu mulalah bertamu. Tapi bila dah dapat 'balik kampung' masa cuti CNY yang lalu....dah jumpa rumah, bilik tidur dan suasana sekeliling yang dah sebati dengan dirinya sejak kecil lagi...Alhamdulillah emosinya kembali stabil.

Cabaran kedua - Kesihatan sedikit terganggu.

Akhir-akhir ini kesihatannya sedikit terganggu. Asmanya terkawal tapi perutnya meragam. Bila perut dah mula baik, batuk pula menyerang. Sepanjang 2 minggu ni badannya tidak berapa selesa dan nampak keletihan. Harap lepas ni sistem badannya kembali pulih dan cergas seperti sedia kala.

Semoga masa menjadi penawar yang paling mujarab.

Gambar-gambar yang sempat dirakam semasa sessi 'outing' nya.







Thursday, February 8, 2018

Outing Kali Pertama...

Outing kali pertama (4/2/18) dari jam 2.00 p.m hingga 6.00 p.m.

Ramailah parents yang datang, terutamanya ibu bapa form 1. Yang dah senior, kebanyakannya dah biasa dan tahu selok belok jalan kampung untuk menuju ke pekan Masjid Tanah. Mereka jalan kaki jer.

Oleh kerana ibu bapa Haziq bekerja pada hari Ahad, jadi nenek dan pak ndaknya lah yang ambil dia. Memang nampak letih dan lapar. Menu pilihannya....Tom Yam di Secret Recipe.

Memang berselera dia makan. Kebetulan jumpa juga beberapa geng sekolah yang makan dengan ibu bapa juga di situ. Masjid Tanah bukan besar pun....bila outing, bersepah lah budak budak Ulul Albab dengan pakaian batik mereka.

Lepas makan, dapatlah Haziq tidur sekejap kat rumah neneknya...charge tenaga.

 Muka keletihan & kelaparan...makanan lom sampai.

Segarr...


Yummy...

Tuesday, February 6, 2018

Anak Emak....

Diam tak diam...dah hampir sebulan Haziq di SM Imtiaz Ulul Albab Melaka. Minggu ke-3 kesihatannya sedikit terganggu. Risau dengan keadaannya, keluarganya telah melawat Haziq di sekolah pada Jumaat & Sabtu tempohari.

Dapatlah Haziq melepaskan rindu bila Famili datang melawatnya pada Jumaat & Sabtu. Walaupun seketika...tapi amat cukup bermakna. Kalau bukan anak emak..anak siapa lagi yer tak?!




Tuesday, January 30, 2018

I Am Wan Haziq

Cuti mingguan (26/1 - 28/1) selepas dari minggu Ta'aruf/orientasi digunakan oleh Haziq sepenuhnya untuk bermesra bersama familinya. Disamping itu, segala keperluan yang perlu disediakan seperti name tag bersulam, tempahan baju batik, barang-barang yang perlu dibeli juga dapat dibuat sepanjang cuti tersebut.

Masa nilah juga ibunya buka kedai dobi sementara. Basuh cadar, selimut, towel, jubah dan baju. Iron siap-siap untuk anak kesayangannya bawa semula ke asrama.

Cuti ini jugalah Haziq balas 'dendam' dengan mengambil peluang untuk tidur. Caj tenaga semula. Sampaikan di restoren pun dia menangkup atas meja, tak larat nak buka mata.

Lepas ni masa CNY barulah cuti wajib semula. Lebih kurang 3 minggu. Semoga terus bersabar dan fokus dengan pembelajaran. Masa akan bergerak pantas....sibukkan lah diri dengan aktiviti berfaedah. Rindu pasti datang...walau ianya tak diundang. Sabarlah...




I Am Wan Haziq



Bersiap Untuk Balik Semula Ke Asrama

Thursday, January 25, 2018

Majlis Penutup Ulul Albab Ta'aruf Week 2018

Pejan celik..dah pun dua minggu Haziq berada di SM Imtiaz Melaka. Hari ini (26/1/2018) merupakan majlis penutup dan semua ibu bapa telah dijemput hadir.

Minggu orientasi atau Ta'aruf Week akan melabuhkan tirainya hari ini. memang padat jadual mereka sepanjang dua minggu. Alhamdulillah, semua pelajar dapat mengharunginya. Sepanjang minggu Ta'aruf, tiada keluh kesah dari Haziq. Semuanya Okay. Minggu-minggu awal inilah yang paling mencabar buat pelajar dan paling menakutkan buat ibu bapa.

Kenapa mencabar untuk pelajar? - Sebabnya rutin kehidupan mereka bertukar. Tak seperti sebelumnya. Kalau tak cekal....sukar nak bertahan.

Kenapa menakutkan ibu bapa? - Takut dengar suara anak menangis minta balik. Tak ke naya?! Apapun, semoga permulaan yang baik ini akan berterusan untuk semua pelajar hingga matlamat SM Imtiaz dan cita-cita murni ibu bapa dan pelajar akan tercapai. Insya Allah.

Melalui perkongsian FB SM Imtiaz, memang banyak aktiviti yang dianjurkan. Semuanya bermanfaat kepada pelajar itu sendiri. Hujung2 minggu orientasi, diadakan juga ceramah berkaitan penjagaan kesihatan, pencegahan kebakaram dam kesedaran jenayah. Penceramah terdiri dari mereka yang pakar dalam bidang masing2.

Antra program lain ialah Usrah Happy Circle yang dikelolakan oleh pelajar tingkatan 4. Usrah ini berbentuk tafsiran ayat Al-Quran dan pelajar dikehendaki membentangkan pendapat mereka dipenghujung slot.


Kumpulan Haziq sedang membentangkan pendapat mereka

Untuk progran penutup minggu Ta'aruf, ada 3 orang pelajar telah dipilih untuk mengetuai bacaan Ikrar dalam 3  bahasa. Haziq telah dipilih untuk mengetuai bacaan ikrar dalam Bahasa Arab. Tahniah, kerana telah berjaya memikul tanggungjawab tersebut dengan cemerlang. Walaupun pelajar2 kelihatan agak letih tetapi semuanya telah memberikan yang terbaik. Haziq telah menyampaikannya dengan terang dan jelas.


Sessi bacaan Ikrar dalam 3 Bahasa.



Permulaan yang baik....semoga pelajar-pelajar dapat belajar dengan tenang dan seterusnya menjadi generasi Ulul Albab yang dapat memberi kebaikan kepada agama, bangsa dan negara.

Selamat bercuti buat pelajar2...


Monday, January 22, 2018

Seminggu Dah Berlalu...

Mengikut dari jadual yang diberikan, pada 21/1/18 (Ahad) dari jam 4.30 p.m - 6.15 p.m, ibu bapa pelajar Tingkatan 1 yang masih dalam minggu orientasi boleh datang melawat.

Walaupun ibu bapa Haziq tidak dapat melawat kerana berada nun jauh di Pasir Gudang dan hari Ahad merupakan hari bekerja di negeri Johor, maka tugas tersebut digalas oleh Neneknya.

Antara permintaan Haziq ialah :-

1. Milo 3 in 1
2. Sudu & Garfu
3. Cawan Plastik
4. Biskut Lexus (Perisa Coklat)
5. Duit Syiling (Ini yang ditanya dulu...ada bawak tak?!) - Nak Tepon Ibunya....hehehe

Kesemua permintaanya dapat ditunaikan. Maka bertemulah Haziq dengan nenek serta maklangnya pada hari tersebut. Milo ais siap buat sendiri siap dibawa oleh neneknya dan kebetulan ada jiran yang beri Roti John, maka dibawa sekali.

Alhamdulillah...sihat dan ceria dia. Cuma suaranya serak sebab banyak menjerit waktu aktiviti luar. Kulitnyapun agak gelap. Yang penting, dia happy.

Kebetulan ada kawannya yang lalu ketika dia sedang makan, maka diajak sekali. Rezeki yang ada dinikmati bersama. Sambil dia menjamah makanan, sambil bercerita aktiviti yang dilakukan. Sambil-sambil itu, dapatlah neneknya melepaskan rindu pada Haziq.

InsyaAllah, minggu depan ibunya akan pulang untuk bertemu dengan Haziq?....

Aisyah pula macamana?

Bila Ibu Haziq asyik sebuat rindukan Haziq, Aishah cakap...."haaa tau rindu! Sapa suruh letak haziq dekat asrama?' Hehehe...

Jom Tengok gambar sekitar aktiviti Haziq semasa minggu orientasinya :

Journey of Mukmin di pantai Tanjung Bidara & Bekayak serta Wall Climbing di Ayer Keroh, Melaka.







Kunjungan Mesra Nenek & Mak Lang....




Sharing Is Caring...