Thursday, January 25, 2018

Majlis Penutup Ulul Albab Ta'aruf Week 2018

Pejan celik..dah pun dua minggu Haziq berada di SM Imtiaz Melaka. Hari ini (26/1/2018) merupakan majlis penutup dan semua ibu bapa telah dijemput hadir.

Minggu orientasi atau Ta'aruf Week akan melabuhkan tirainya hari ini. memang padat jadual mereka sepanjang dua minggu. Alhamdulillah, semua pelajar dapat mengharunginya. Sepanjang minggu Ta'aruf, tiada keluh kesah dari Haziq. Semuanya Okay. Minggu-minggu awal inilah yang paling mencabar buat pelajar dan paling menakutkan buat ibu bapa.

Kenapa mencabar untuk pelajar? - Sebabnya rutin kehidupan mereka bertukar. Tak seperti sebelumnya. Kalau tak cekal....sukar nak bertahan.

Kenapa menakutkan ibu bapa? - Takut dengar suara anak menangis minta balik. Tak ke naya?! Apapun, semoga permulaan yang baik ini akan berterusan untuk semua pelajar hingga matlamat SM Imtiaz dan cita-cita murni ibu bapa dan pelajar akan tercapai. Insya Allah.

Melalui perkongsian FB SM Imtiaz, memang banyak aktiviti yang dianjurkan. Semuanya bermanfaat kepada pelajar itu sendiri. Hujung2 minggu orientasi, diadakan juga ceramah berkaitan penjagaan kesihatan, pencegahan kebakaram dam kesedaran jenayah. Penceramah terdiri dari mereka yang pakar dalam bidang masing2.

Antra program lain ialah Usrah Happy Circle yang dikelolakan oleh pelajar tingkatan 4. Usrah ini berbentuk tafsiran ayat Al-Quran dan pelajar dikehendaki membentangkan pendapat mereka dipenghujung slot.


Kumpulan Haziq sedang membentangkan pendapat mereka

Untuk progran penutup minggu Ta'aruf, ada 3 orang pelajar telah dipilih untuk mengetuai bacaan Ikrar dalam 3  bahasa. Haziq telah dipilih untuk mengetuai bacaan ikrar dalam Bahasa Arab. Tahniah, kerana telah berjaya memikul tanggungjawab tersebut dengan cemerlang. Walaupun pelajar2 kelihatan agak letih tetapi semuanya telah memberikan yang terbaik. Haziq telah menyampaikannya dengan terang dan jelas.


Sessi bacaan Ikrar dalam 3 Bahasa.



Permulaan yang baik....semoga pelajar-pelajar dapat belajar dengan tenang dan seterusnya menjadi generasi Ulul Albab yang dapat memberi kebaikan kepada agama, bangsa dan negara.

Selamat bercuti buat pelajar2...


No comments: