Saturday, December 25, 2010

Sepagi Di Pengkalan Balak...

Bila musim cuti sekolah, budak-budaklah yang paling seronok. Apa taknya, rutin harian akan berubah 360 darjah. Masa inilah macam-macam plan yang dia orang dah siapkan untuk memenuhi hari-hari. Mana yang jauh tu, balik kampung merupakan agenda utama.

Masa cuti ni jugaklah masa dia orang nak 'berkelahi' dengan sepupu sepapat yang jarang dijumpa. Masing-masing nak tunjuk kehebatan. Selagi tak berdarah, patah riuk, rasanya biarkanlah dia orang mendapat pengalaman semua itu. Bukannya ada dijual di tepi-tepi jalan. Rugi rasanya kalau kita ambil hak dia orang sebagai kanak-kanak.

Biarlah dia membesar dengan agak 'kasar' sedikit supaya dia tahu apa itu sakit...yang penting, perlu dipantau dari jauh. Itulah nanti modal dia orang nak bercerita semula 20 tahun akan datang bila masing-masing duduk berkumpul. Taklah hitam putih jer cerita kehidupan dia orang. Adalah warna sikit. Baru menarik.



Ada kesempatan tu hari, bawaklah budak-budak ni mandi laut di Pengkalan Balak. Memang pucuk dicita ulam mendatang lah bagi dia orang. Tengoklah gambar di atas tu. Semuanya sepupu sepapat. Alhamdulillah, berkat dari pergaulan sedari kecil lagi, mereka tidak kekok untuk berinteraksi sesama mereka walaupun setahun hanya dua kali jer dapat berjumpa. Budak-budak kalau dah jumpa air, mana ingat dunia....masa inilah peluang untuk dia orang bermain, dan mandi sepuasnya. Yang penting, kena kawal selia supaya yang tidak diingini dapat dielakkan.



Bila diberi kebebasan, secara tidak langsung kita boleh perhatikan kecenderungan setiap dari mereka. Kita boleh cungkil bakat mereka. Sedikit sebanyak kita boleh tahu apa yang mereka nak dan fikirkan.

Kalau kita suruh luahkan, nescaya sampai bila-bilapun dia orang tak tahu apa yang dia orang nak. Tapi dengan memberi mereka kebebasan bermain dan berimaginasi dengan apa yang ada di depan mereka, lama-kelamaan kita boleh mencungkil dan nampak bakat yang terpendam dalam diri mereka.



Tengok ajalah bagaimana mereka mencabar diri masing-masing untuk membuat istana pasir. Memang tak siappun istana tu, tapi daya kreativiti mereka akan digunakan sebaik mungkin. Bila dah bersaing dalam kumpulan, hendak atau tidak mesti wujud seorang ketua yang memberi arahan itu dan ini. Daya kepimpinan akan terserlah. Yang penting kerjasama. Sampaikan ada yang gunakan badan sendiri untuk menjadi penghalang ombak. Apa saja yang tercapai dek akal fikiran pada masa tersebut akan digunakan. Yang penting matlamat tercapai.



Komunikasi juga penting. Kalau tak berkesan, macammana nak tercapai apa yang dihasratkan.! Time ni memanglah seronok tengok dia orang bersaing antara satu sama lain. Meniru juga kadang-kadang tu. Mana boleh tengok pihak lawan lebih sikit. Skill meniru akan spontan keluar. Mulalah yang satu lagi ikut. Tapi bukan ikut melulu. Dia orang akan buat yang lebih baik dan sedikit berbeza. Pendekatan je sama. Bagus juga tu kerana kadang-kadang idea boleh datang dari mana-mana sahaja. Hanya kreativiti sahaja yang membezakannya.



Apapun, sampai kesudah tak siap-siap juga istana pasirnya. Tapi matlamat dah tercapai. Keakraban mereka terserlah. Memanglah wujud pertengkaran kecil, tapi itu berjaya diselesaikan dengan sebaik mungkin. Dalam 4 orang tu ada yang tak retipun berenang, tapi pada akhir sessi hasil dari belajar dari yang pandai, semuanya tahu dah apungkan diri secara terlentang.

Sampai mereka sendiri letih dengan air barulah mereka tanya bila nak balik. Itupun selepas 3 jam mereka bermain air. Semoga kenangan ini akan terpahat dalam kotak fikiran mereka. Mungkin pada ketika ini mereka tidak tahupun mereka sedang belajar, tapi prosesnya akan berterusan dan akan perlahan-lahan membentuk jati diri mereka. Itulah yang diharapkan supaya generasi akan datang terus mendukung antara satu sama lain. Untuk memulakannya...dalam lingkunagna keluarga sendiri.

Pada ketika ini, semua mereka dah balik ke rumah masing-masing. Ada yang balik ke Ipoh dan Pahang. Masing-masing tentunya sibuk nak mempersiapkan diri untuk memulakan alam persekolahan.

Kesempatan ini, TAHNIAH buat Nina kerana berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Teruskannya untuk SPM nanti. Supaya ianya memberi semangat pada yang lain.

Muahhhhhhhhh semua. Selamat kembali ke sekolah.

1 comment:

~N@n@~ said...

waaa....windu adik N..
hari tu time bfast ader call dia..