Monday, December 6, 2010

Waktu itu dah berlalu...


Mengintai Alam Dewasa

Cuti sekolah sering dikaitkan dengan musim orang kahwin. Sana sini dengar paluan kompang. Meriah. Maka bermulalah alam rumahtangga bagi mereka.

Oppss...masa cuti sekolah juga ada yang baru nak memasuki alam dewasa. Musim berkhatan. Kalau dulu sebut jer nama tok mudim, kecut perut dibuatnya. Dulu kemudahan tidaklah secanggih sekarang. Jauh berbeza dengan budak-budak sekarang bersunat.

Tempua dulu sunat masa umur menginjak 10 tahun. Darjah 4. Musim cuti sekolah juga. memang tak merancangpun. Takda dengar ura-urapun yang tempua akan disunatkan pada cuti itu.

Biasalah, time cuti sekolah, tempua akan pergi ke rumah kakak. Masa tu duk rumah kakak no. 3. Tiba-tiba jer ada jiran datang menjemput naik motor. Dia suruh balik. Aik...cuti lama lagi nak habis kenapa lak kena balik?! Macam-macam persoalan bermain di fikiran. Kebetulan masa tu sepupu juga yang tua setahun pun ada di situ. Dia dah mula syak dan menakut-nakutkan. Sunat!!! Kelu juga bila difikirkan...

Sepanjang perjalanan balik, diam je lah atas motor. Tanya jiran yang ambil tu pun dia hanya senyum dan tak cakap apa2. Sahlah ni...tapi kenapa tiba-tiba?

Sampai je rumah, mak suruh pakai pelikat. Sunat. Betullah...kena sunat. Rupanya dia tumpangkan aku bersunat dengan anak jiran belakang rumah. Orang tua-tua kata bidan terjun. Dulu orang hospital datang ke rumah untuk menyunatkan kanak-kanak.

Muka tempua pucatlah. Unsangkarable...tak berdetikpun dalam hati akan dipotong masa cuti tu. Di luar imaginasi...maka tiada persediaan mental. Harung je lah.

Sebelum ke rumah jiran belakang rumah tu, orang tua suruh mandi. Dulu mandi kat perigi. Berat je kaki nak melangkah..nak lari??? Tak terfikir lak masa tu. Pasrah...

Air perigi yang sejuk, mengecutkan lagi urat-urat seriau tempua. Habis mandi pergilah ke rumah jiran belakang rumah tu. Masa tu 3 orang yang bersunat termasuk tempua. Tempua giliran akhir.

Masa tunggu giliran tu dia bagilah makan. nasi putih ngan ikan seopat kering je. Masing segar di ingatan. Time makan tu pulak dia orang bagilah nasihat. Alaa...macam gigit semut je. Hakikanya, tempua tak nak dengar dah semua tu. Takleh masuk apapun. Tengah kritikal...mana leh pikir itu dan ini. Tapi biasalah, orang tua-tua ni kalau bagi nasihat boleh jadi serabut fikiran di buatnya.

Bila dah ramai tu, masing-masing duk cakap sabar, tahanlah sikit..dan macam-macam lagi ayat motivasi....tapi ayat-ayat itulah juga yang menjadikan tempua lemah semangat. Maka air mata mulalah mengenepi....dah tak boleh tahan. Masa yang terhad...fikiran yang serabut...di tambah dengan omokan dan nasihat yang membuat hati perut jadi sebu....sedu sedanlah jawabnya dengan bahu yang terjengkit-jengkit menahan esakan.

Masa menunggu terasa lama...tapi sampai juga giliran. Orang dulu-dulu dia suh baring atas meja plastik...lepas tu tempua dah tak ingat apa yang terjadi..bukan nyer pengsan akibat ubat pelali...tapi macam-macam yang masuk lam otak kepala...sampai tak tahu mana nak simpan dalam memori...yang jelas, bila pandang syiling...nampaklah beberapa orang lelaki dikeliling memegang badan dan tangan. Nampaklah muka bapa tempua...setia berada di sisi....Miss you..

Masuklah tempua ke alam dewasa. tanpa dirancang....

Tempoh berpantang juga amat berat. Air tak boleh minum banyak...Bentan nanti. Kena rajin titikkan minyak dekat balutan (di panggil kundang) supaya masa nak tanggalkan nanti dia tak melekat dekat kulit. Naya wooo kalau melekat. Satu kampung leh dengar jeritan masa nak buka balutan tu nanti. Arwah bapalah yang rajin titikkan minyak pagi-pagi.

Arwah bapalah juga buatkan alat sengkang kaki daripada buluh supaya masa tidur nanti tak terkepit. Dia jugalah pasang tali pada alang rumah untuk gantungkan kain pelekat masa tidur dan baring..tak lah lenguh tangan dok pegang kain tu. Remeh juga cara berpantang budak-budak dulu. makan masa 2-3 minggu. Barulah boleh pakai seluar...

Budak sekarang, dia punya acara berkhatan macam pesta. Di arak beramai-ramai, di palukan kompang lengkap berpakaian Melayu, naik atas bahu bapa, di bawa atas basikal, atas kereta tolak yang di hias indah dan macam-macam lagi. Perasaan ngeri mungkin dah takda dalam diri mereka. Kalau adapun cuma 2/3 orang yang lemah semangat.

Sunat pula beramai-ramai, jadi takkan nak tunjuk muka kecut dengan kawan-kawan. Tak tahan kena perli nanti...jadi senyumlah mereka walaupun senyum kelat. Tak cukup dengan itu, disimbah pula dengan air dari bomba. Pendek kata meriah...

Apapun cara perlaksanaannya, untuk budak-budak lelaki, itulah momen yang akan diingati sampai bila-bila. Tak kisahlah dulu atau sekarang, perubahan itu perlu seiring dengan kemajuan teknologi. Sudah tentu alat-alat yang digunakan juga moden dan ubat-ubatan juga yang terkini. Maka tidak hairanlah bila 3/4 hari selepas berkhatan, ada yang dah boleh berlari lasak macam sebelumnya.

Yang pasti, omokan dan usikan nakal dari orang sekeliling pasti ada. Dulu hingga sekarang sama aja. Guna parangl;ah, sabitlah, gergaji lah....semuanya adalah cara untuk menakut-nakutkan 'mangsa' khatan.

Selamat Berkhatan....dan Selamat Datang Ke Alam Dewasa...

1 comment:

naduta said...

bestnye story,mnginjak dewasa,skg dah dewasa lagi ke?xpe,kategori belia lg!postlah selalu, tertunggu2 mau baca =)