Monday, May 4, 2015

Haziq Yang Rock

Masih lagi dalam suasana meriah bila Haziq dikunjungi saudara maranya pada penghujung bulan Februari tempohari. Sepanjang 3 hari 2 malam di sana, macam-macam keletahlah dia buat. Ada pula sepupu dia si Najwan yang rajin melayan. Menjadilah. 

Mengikut cerita ibunya, sekarang ni dia terpaksa panggil suaminya 'ayah' dan suaminya pula memanggil dia 'ibu'. Ini kerana, sebelum ini suaminya panggil dia sayang, maka si haziqpun panggil ibunya sayang. Si ibu pula panggil suaminya abang, maka si haziqpun ikut panggil abang. jadi untuk mengelakkan si haziq keliru dengan panggilan tersebut, maka ayah dan ibunya memanggil mengikut panggilan yang sepatutnya haziq panggil ayah dan ibunya. Si Haziq ni cepat mengikut. Kalau benda yang betul dia ikut..Alhamdulillah...yang menjadi masalah, bila dia ikut benda-benda yang kurang baik. 

Pada umur dia yang sebeginilah kena pantau supaya dia mengikut ajaran-ajaran yang baik dari sekeliling. Tapi bila dah hantar rumah mummy (panggilan haziq pada penjaganya bila ayah dan ibunya pergi kerja), susah juga nak pantau dia bila dia dah bercampur gaul dengan kawan2 sebaya. Pengaruh kawan-kawan memang cepat dia tiru. 

Haa..tengok je ;lah gambar-gambar di atas tu yang diambil di rumahnya sendiri ketika nenek sebelah bapa, nenek sebelah ibu, nenek saudara, mak long serta sepupunya mengunjungi Haziq.


(Update via Fotopages - Selasa 25.03.2008)




Haziq & Mak Long nya

Selalunya setiap gambar Haziq dalam fotopages ini di ambil ketika dia balik ke kampung ibunya di Melaka, tetapi oleh kerana Mak Long, nenek, sepupu dan Pak Andaknya berkunjung ke rumah Haziq baru-baru ini, maka dapatlah ambil gambar Haziq dirumahnya sendiri.

Tengoklah gambar Haziq dengan Mak Longnya tu. Sebenarnya dia kena 'gula-gula' dengan Mak Longnya. Itulah sebab dia 'sudi' nak dekat dengan mak Longnya. Mak Longnya dah berjanji untuk baha si Haziq pergi taman permainan pada petang itu. Itu sebab dia bermanja dengan Mak Longnya. Tapi pada sebelah petangnya pula hujan...si haziq ni tuntut janji dengan Mak Longnya. Jenuh juga nak berdolak dalih.

Kalau nak tahu, Haziq paling takut dengan Mak Longnya ini. Kalau dia buat perangai je, ayah dan ibunya akan gertaklah untuk panggil Mak Longnya....

Tengoklah jari 'rock' yang baru dia belajar buat tu. Haziq memang Rock!!!

(Update via Fotopages - Selasa 18.03.2008)





Haziq - Di Taman Permainan

Walaupun depan rumah si Haziq ada taman permainan, tapi bukan senang-senang ibu dan ayahnya nak lepaskan dia bermain seorang diri. Maklumlah, sekarang ni tak boleh leka dan biarkan anak bermaain sorang-sorang. Bahaya. Kejadian culik budak sedang hangat. Jadi, kebanyakan masa si Haziq dihabiskan di dalam rumah. 

Satu hari, Mak Long dan sepupu si haziq datang ke rumahnya. Mak Longnyapun dengan rela membawa Haziq pergi bermain di taman permainan tersebut. Fuhhh..bukan main seronok dia. Semua permainan dia nak cuba. Naik buai, papan gelongsor, jongkang jongkit...semuanya dia nak cuba. Jenuh nak mengawalnya. Dia buai laju-laju. Takut pulak kalau terpelanting nanti. 

Pada usia dia menginjak 2 tahun 5 bulan pada Februari tempohari, dia dah pandai tuntut janji. Janganlah berjanji dengan dia. Dia akan ingat. Tapi mak Long dia pandai umpan dia. Kalau nak suruh dia balik kampung, mak Long dia akan janjikan bagi si Haziq bola dan basikal. Dua benda ni, dia memang minat. 

Ok..kita tengok aksinya di taman permainan di atas tu....


(Update via Fotopages - Jumaat 14.08.2008)




Haziq Di Festival Layang-Layang Antarabangsa di Pasir Gudang

24-02-2008 tu hari, Haziq telah di bawa melihat Festival Layang-Layang Antarabangsa di Pasir Gudang. Selain ayahnya, nenek disebelah ayah dan juga nenek disebelah ibunya turut serta. Makcik dan Pak Cik serta sepupunya juga ikut serta. Sesekali berjalan lah katakan. 

Dengar je nak berjalan, awal-awal lagi dia dah bersiap. Pantang dengar nak berjalan. Bukan main suka. Cuaca pula panas...kurang berangin, jadi masa sampai di festival tu, layang-layang gergasi belum lagi dinaikkan. Orang punyalah ramai. Kesempatan cuti hujung minggu, semuanya bawa famili bersiar-siar. 

Layan pics haziq di festical tersebut..


(Update via Fotopages - Selasa 04.03.2008)






Haziq - Di Taman Tema

Kesempatan cuti, Haziq, mak sedara dan sepupu-sepupunya telah pergi ke taman permainan yang baru di bina di Melaka. Taman ini terletak betul-betul ditebing sungai Melaka. Walaupun ada beberapa jenis permainan sahaja, tapi Haziq tetap seronok untuk mencuba buaian pusing ala-ala eye on Malaysia. 
Tengok ajelah gambar2nya yang sempat dirakam. Mula-mula tu dia semacam pening dan agak takut dengan keriuhan orang ramai yang membanjiri kawasan tersebut, tetapi lama kelamaan dia dapat membiasakan diri dan semakin teruja pula.

Pada ketika ini, semasa entry ini ditulis, Haziq dah pandai baca doa makan. Walaupun sebutan tak berapa tepat, tapi ianya jelas. Setiap kali nak makan, pasti dia nak baca doa makan. Bila dah ramai berkumpul, dia jadi segan pula. Haziqpun dah pandai bilang 1-10 dalam bahasa Inggeris. Cepat dia menangkap apa yang di ajar oleh ayah dan ibunya.

Selain menonton rancangan di saluran ceria seperti tom tom bak dan macam-macam aznil, dia juga suka tengok kartun transformers dan sponge bob. Terbaru, dia sukla dengan cerita seram seperti SAKA di TV3. Khusyuk dia tengok. Tengok bolehlah..bila sebut jer TONTONG ( nama hantu yang entah mana dia dapat ) dia kelam kabut lari.
Ok...selamat melayan...



(Update via Fotopages - Jumaat 29.02.2008)